Tokyo Metro

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Tokyo Metro
TokyoMetro.svg
Maklumat
Kawasan Kawasan metropolitan Tokyo
Jenis transit Alihan laju
Jumlah laluan 9
Jumlah stesen 168
Penumpang harian 6,307,390 (2010)[1]
Laman web tokyometro.jp
Operasi
Mula beroperasi 1927 (1941 sebagai Lembaga Alihan Laju Teito; 2004 dibawah nama semasa)
Pengendali Tokyo Metro Co., Ltd. (syarikat swasta yang ditubuhkan secara perkongsian bersama antara kerajaan Metropolitan Tokyo dan Kementerian Tanah, Prasarana, Pengangkutan dan Pelancongan (MLIT))
Teknikal
Panjang sistem 203.4 km (126.4 bt)
Tolok landasan 1,067 mm (1,435 mm untuk jaluran Ginza & Marunouchi)
Ibu pejabat Tokyo Metro.

Tokyo Metro ( 東京メトロ Tokyo Metoro) adalah salah satu daripada dua sistem alihan laju iaitu sistem kereta api bawah tanah yang terdapat di Tokyo, Jepun. Kadang-kala sistem ini juga disebut sebagai 'Toei'. Ia adalah sistem laluan bawah tanah yang paling banyak digunakan di dunia.

Organisasi[sunting | sunting sumber]

Tokyo Metro dikendalikan oleh Tokyo Metro Co, Ltd (东京地下鉄株式会社 Tokyo Chikatetsu Kabushiki-gaisha), sebuah syarikat swasta yang dimiliki bersama oleh kerajaan Jepun dan kerajaan Metropolitan Tokyo.

Syarikat ini menggantikan Lembaga Alihan Laju Teito (帝都高速度交通営団 Teito Kōsokudo Kōtsū Eidan) atau lebih dikenali sebagai Eidan atau TRTA sejak 1 April 2004. TRTA telah ditadbir oleh Kementerian Tanah, Infrastruktur dan Pengangkutan Jepun. Ia dibiayai bersama oleh kerajaan pusat dan metropolitan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 1941 atau seawal 1927.

Pengendali kereta bawah tanah yang lain ialah Biro Pengangkutan Metropolitan Tokyo (Toei), yang dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan Tokyo. Kereta api Metro dan Toei membentuk rangkaian yang berasingan. Pas kereta api prabayar boleh bertukar ganti antara kedua-dua rangkaian. Namun tambang dinilai secara berasingan. Kebanyakan Tokyo Metro (dan Toei) diselaraskan dan agak merumitkan tiket.

Banyak usaha dibuat untuk membuat sistem ini dapat memudahkan pengguna yang tidak boleh bertutur Jepun seperti:

  • Pengumuman mengenai perhentian kereta api dalam bahasa Inggeris dan Jepun.
  • Mesin tiket dalam bahasa Inggeris dan Jepun.
  • Stesen keretapi yang ditanda dalam Bahasa Inggeris dan Jepun (dalam tulisan kanji dan hiragana). Terdapat juga dalam bahasa Cina dan Korea.
  • Stesen keretapi mengunakan kod warna tanpa perlu mengetahui nama stesen. Sebagai contoh, Stesen Shinjuku di Jaluran Marunouchi bertanda M-08 dengan bulatan berwarna merah.
  • Banyak stesen juga direka untuk membantu orang-orang yang cacat penglihatan.
  • Stesen Tokyo Metro mula menerima kad prabayar PASMO (RFID) sejak Mac 2007 untuk membayar tambang. Sistem Suica JR Timur untuk tujuan universal. Kedua-dua pas boleh digunakan di sekitar sistem keretapi. Kebanyakan pengguna beralih kepada kad ini kerana ia sangat efisen.

Tokyo Metro sangat cekap kerana mempunyai kereta api tiba kurang dari lima minit. Ia beroperasi pada waktu siang dan malam. Walau bagaimanapun, ia tidak berjalan 24 jam sehari. Kereta api pertama amnya bermula pada 05:00.

Tokyo Metro bersambung dengan Lapangan Terbang Narita dan Lapangan Terbang Haneda dan Stesen Tokyo. Ia mempunyai pintasan ke Jaluran Asakusa Toei dan Jaluran Keisei Oshiage .

Tokyo Metro turut mengekalkan sebuah sebuah muzium berhampiran Stesen Nishi-Kasai di Jaluran Tōzai yang dibuka pada 12 Julai 1986. Di muzium ini terdapat beberapa buah kereta api lama yang pernah beroperasi di Jaluran Ginza dan Marunouchi.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. http://www.train-media.net/report/1110/metro.pdf Tokyo Metro station ridership in 2010 Train Media (sourced from Tokyo Metro) Diambil 28 Mei 2012.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]