Trout

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ikan Trout Pelangi (Oncorhynchus mykiss)
Ikan Trout Biwa (Oncorhynchus masou subsp)

Ikan trout (disebut [traut]) merujuk kepada seberapa jenis ikan air tawar tergolong dalam genus-genus Oncorhynchus, Salmo dan Salvelinus, kesemuanya dalam cabang Salmoninae keluarga Salmonidae. Badan ikan-ikan ini mengandungi minyak secukupnya dikelaskan secara tersendiri.[1]

Jenis[sunting | sunting sumber]

Ikan-ikan yang umumnya disebut sebagai "trout" boleh tergolong dalam pelbagai jenis genus berbeza:

Oncorhynchus: rainbow trout, O. mykiss
Salvelinus: brook trout, S. fontinalis

Taburan dan habitat[sunting | sunting sumber]

Trout biasanya ditemukan paling aktif dalam air sungai dan tasik yang jelas bersuhu sejuk dingin sekitar 10-16 °C, , meskipun banyak spesies memiliki strain anadromous juga. Trout muda yang disebut sebagai troutlet, troutling atau fry. Mereka didistribusikan secara alami di seluruh Amerika Utara, Asia Utara dan Eropah.

Beberapa spesies ikan diperkenalkan ke Australia dan Selandia Baru oleh penggemar sukan memancing amatur pada abad ke-19, secara efektif menggusur dan membahayakan beberapa spesies ikan asli dataran tinggi. Spesies yang diperkenalkan termasuk Trout Coklat dari Inggris dan Trout Pelangi dari California. Trout Pelangi adalah strain Steelhead, umumnya diterima berasal dari Sonoma Creek. Trout Pelangi di Selandia Baru masih menunjukkan kecenderungan Steelhead untuk berjalan sampai sungai di musim dingin untuk bertelur.[2]

Tabiat[sunting | sunting sumber]

Biasanya, ikan ini boleh didapati di kawasan sungai-sungai gunung yang tidak tercemar dan sarat oksigen. Ikan trout turut dikenali sebagai ikan air tawar terpantas berenang kerana memiliki kelajuan berenang antara 10 hingga 20 kilometer sejam. Biasanya ikan ini hidup dalam kumpulan terpencil dan akan mempertahankan kawasannya apabila diganggu.

Pemakanan[sunting | sunting sumber]

Makanannya adalah haiwan yang agak besar seperti ikan minnows, serangga, dan larva. Pemakanan ikan ini secara semulajadi boleh mempengaruhi rasa isi ikan yang ditangkap dan dimasak.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "What are oily fish?". Food Standards Agency. June 23, 2004. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-12-04. Dicapai pada 2020-11-30.
  2. ^ Peter Landergren, Spawning of anadromous rainbow trout, Oncorhynchus mykiss (Walbaum): a threat to sea trout, Salmo trutta L., populations?, Fisheries Research 40(1), 1999, pp. 55–63.