Ikan dan kentang goreng

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Ikan dan kentang goreng

Ikan dan kentang goreng (Bahasa Inggeris: fish and chips) ialah sejenis makanan bawa pulang yang berasal dari United Kingdom. Ia terdiri dari ikan goreng jeluk (biasanya ikan kod, ikan hadok atau ikan sebelah) dalam tepung sadur atau serbuk roti dengan kentang goreng potongan jejari.

Tradisi masyhur mengaitkan makanan ini dengan United Kingdom; dan ikan dan kentang goreng tetap menjadi masyhur di United Kingdom dan di kawasan-kawasan yang dijajah oleh orang dari UK pada abad ke-19, seperti Australia, New Zealand, dan sebahagian dari Amerika Utara (New England, Barat Daya Pasifik dan Kanada umumnya). Ikan dan kentang goreng juga agak masyhur di Republik Ireland dan Afrika Selatan. Kedai di Denmark dan di sesetengah pekan pantai di Norway menghidang filet goreng. Di Belanda, makanan filet goreng jeluk bersadur yang masyhur digelar lekkerbek kadangkala dihidang dengan kentang goreng.

Orang British biasanya menyediakan kepingan kentang yang lebih tebal daripada "kentang jejari" yang dimasyhurkan oleh rangkaian syarikat multinasional hamburger A.S. Di rumah mereka atau di restoran-restoran bukan-rantai, orang di atau dari A.S. memakan suatu jenis kentang yang lebih tebal, digelar "home fries" atau "steak fries".[1][2]

Selain dari perbezaan pada istilah, gabungan kepingan isi kentang dihidang panas dengan ikan masih mempunyai nama "ikan dan kentang goreng" di kebanyakan restoran A.S. yang menghidang makanan itu, tetapi sedikit restoran A.S. akan memberikan "kentang garing" berbanding "kentang goreng" apabila seorang pelanggan memesan "ikan dan kentang goreng".[3][4]

Nota kaki[sunting | sunting sumber]

  1. Online recipes.
  2. More online recipes.
  3. Townsend, Bob (2005-02-09). "Neighborhood Nosh". Atlanta Journal. Diperolehi pada 2007-01-04. 
  4. "Whitey's Fish Camp - Restaurant". Menu. Whitey's Fish Camp. Diperolehi pada 2008-05-27. 

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]