Truth in Numbers?

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Truth in Numbers? Everything, According to Wikipedia
Fail:Truth in Numbers film poster.jpg
Film poster
PengarahScott Glosserman
Nic Hill
Dihasilkan olehMichael Ferris Gibson
Scott Glosserman
Nic Hill
SinematografiEric Koretz
John Murillo
Disunting olehMadeleine Gavin
Nic Hill
John Murillo
Muzik olehJeff MacDonald
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehGlenEcho Entertainment
Tarikh tayangan
  • Julai 2010 (2010-07)
Masa tayangan
85 minit
NegaraAmerika Syarikat
BahasaBahaa Inggeris
Bajet$55,134

Truth in Numbers? Everything, According to Wikipedia (daripada bahasa Inggeris: Kebenaran dalam Nombor? Kesemuanya, Menurut Wikipedia) ialah sebuah filem dokumentari Amerika Syarikat 2010 yang memeriksa dengan teliti sejarah dan implikasi budaya ensiklopedia boleh sunting dan dalam talian Wikipedia. Filem tersebut memikirkan soalan sama ada kesemua individu atau hanya pakar sahaja yang patut ditugaskan dengan menyunting sebuah ensiklopedia.

Sejarah dan latar belakang tapak sesawang tersebut diberi, bersama dengan ulasan daripada pengasas Wikipedia Jimmy Wales dan Larry Sanger. Pengulas yang muncul dalam filem tersebut termasuk pengarang Howard Zinn, Len Downie dari The Washington Post, Bob Schieffer dari CBS News, bekas ketua Encyclopædia Britannica Robert McHenry dan bekas pengarah Agensi Perisikan Pusat James Woolsey. Dokumentari tersebut membincangkan kejadian yang memberi pandangan buruk terhadap Wikipedia, termasuk kontroversi Essjay dan kontroversi biografi Wikipedia.

Filem yang lama ditunda tersebut ditayang perdana di Wikimania 2010 di Gdańsk pada Julai 2010, dan ditayangkan di Pusat Paley untuk Media di Bandar Raya New York pada Oktober 2010. Ia ditunjuk sebagai sebahagian Festival Filem Savannah pada 3 November 2010, di Teater Pemegang Amanah Kolej Savannah Seni dan Reka Bentuk. Truth in Numbers? menerima sambutan bercampur, dengan ulasan baik daripada pengarang Ted Leonsis, dalam penerbitan AOL Urlesque, dan liputan di Festival Filem Savannah oleh Carlos Serrano dari District.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • McGrory, Rubi (November 5, 2010). "Truth in Numbers: The World According to Wikipedia". New York is Boring. Diarkibkan daripada yang asal pada July 14, 2011. Dicapai pada 2010-11-10.
  • S8333631 and HaeB (November 8, 2010). ""Truth in Numbers?" documentary about Wikipedia gains further attention". The Wikipedia Signpost. Wikipedia. Dicapai pada 2010-11-11.
  • Wackywace and HaeB (July 12, 2010). "Wikimania". The Wikipedia Signpost. Wikipedia. Dicapai pada 2010-11-11.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]