Turbin jet

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Jet engine.svg

Turbin jet merupakan jenis terawal dalam enjin jet kegunaan am. Dua orang jurutera, Frank Whittle dari United Kingdom dan Hans von Ohain dari Jerman telah membangunkan secara bebas konsep menjadi enjin praktikal semasa akhir tahun 1930-an. Walaubagaimanapun, kredit bagi turbin jet pertama telah diberikan kepada Whittle yang telah menghantar cadangan pertama dan memegang paten UK yang banyak dibaca.

Turbin jet mengandungi salur masuk udara, pemampat udara, ruang pembakaran, turbin gas (yang memacu pemampat) dan muncung. Udara dimampatkan di dalam ruang pembakaran, dipanaskan dan dikembangkan oleh pembakaran bahan api, kemudian dibenarkan mengembangkan keluar melalui turbin kepada muncung di mana ia dipecut dengan halaju tinggi untuk memberi dorongan

Turbin jet kurang cekap (jika diterbangkan kurang dari Mach 2) dan sangat bising. Kebanyakkan pesawat moden menggunakan turbin kipas kerana sebab ekonomi. Turbin jet masih digunakan dalam peluru berpandu krus jarak sederhana,[perlu rujukan] disebabkan kelajuan ekzosnya yang tinggi, luas hadapan rendah dan keringkasannya.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]