Ubi tum

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Ubi tum
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Plantae
Klad: Trakeofit
Klad: Angiosperma
Klad: Monokot
Order: Dioscoreales
Keluarga: Dioscoreaceae
Genus: Dioscorea
Spesies:
D. bulbifera
Nama binomial
Dioscorea bulbifera
Sinonim[1]
  • Helmia bulbifera (L.) Kunth
  • Polynome bulbifera (L.) Salisb.
  • Dioscorea tamifolia Salisb.
  • Dioscorea crispata Roxb.
  • Dioscorea heterophylla Roxb.
  • Dioscorea pulchella Roxb.
  • Dioscorea tenuiflora Schltdl.
  • Dioscorea latifolia Benth.
  • Dioscorea hoffa Cordem.
  • Dioscorea hofika Jum. & H.Perrier
  • Dioscorea anthropophagorum A.Chev.
  • Dioscorea longipetiolata Baudon
  • Dioscorea rogersii Prain & Burkill
  • Dioscorea korrorensis R.Knuth
  • Dioscorea perrieri R.Knuth

Ubi tum, ubi cina, ubi kastela, ubi kemili hutan, ubi sentul, ubi setong, ubi takut babi dan kentang angin,[2][3] dengan nama saintifik Dioscorea bulbifera ialah spesies ubi betul dalam keluarga gadung-gadungan, Dioscoreaceae. Ia tempatan dari Afrika, Asia dan utara Australia.[1] Ia ditanam dengan meluas dan telah diserapkan ke bermacam kawasan (Amerika Latin, Hindia Barat, tenggara Amerika Syarikat, dan beberapa kepulauan Oceanik).[1]

Penerangan[sunting | sunting sumber]

Dioscorea bulbifera dari ensiklopedia pertanian Seikei Zusetsu Jepun.

Dioscorea bulbifera ialah tumbuhan saka memanjat dengan daun lebar berselang-seli dan dua jenis organ simpanan. Tumbuhan ini membentuk bebawang gantung di ketiak daun pada batang lilitnya dan umbi di dalam tanah. Umbinya semacam kentang yang bujur kecil. Beberapa jenis boleh makan dan ditanam menjadi tanaman makanan, lagi-lagi di Afrika Barat. Umbi jenis boleh makan kerap berasa pahit, yang mana boleh dihilangkan selepas direbus. Ia boleh dihidangkan dengan jalan yang sama dengan keledek, kentang dan ubian lain.

Ubi tum boleh tumbuh dengan sangat pantas kira-kira 8 inci setiap hari, sehingga mencapai lebih 60 ka panjang.[4] Ia sering memanjat ke puncak pokok dan cenderung menawan tumbuhan tempatan. Tumbuhan baru berkembang daripada bebawang yang terbentuk pada pokok dan menjadi satu cara bagi pemencaran. Batang udara ubi tum mati pada musim sejuk, namun pertunasan kembali terjadi melalui bebawang dan batang bawah tanah.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d "Dioscorea bulbifera". World Checklist of Selected Plant Families. Taman Botani Diraja, Kew. Dicapai pada 2022-07-23.
  2. ^ "Ubi Tum @ Air potato". Fazlisyam Dot Com. 12 Julai 2015. Dicapai pada 2022-07-23.
  3. ^ "ubi cina". Kamus Dewan (ed. 4). Dewan Bahasa dan Pustaka. 2017.
  4. ^ Invasives Database, TexasInvasives.org, Dioscorea bulbifera