UniFi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

UniFi ialah perkhidmatan serbaguna yang ditawarkan kepada para pengguna perumahan dan perniagaan melalui rangkaian jalur lebar berkelajuan tinggi yang diusahakan oleh Telekom Malaysia. Perkhidmatan ini dilancarkan pada 24 Mac 2010, dengan menawarkan khidmat Internet yang kelajuan muat turunnya melebihi Streamyx, di samping perkhidmatan IPTV dan video atas permintaan (Hypp TV), pembacaan akhbar dan majalah menerusi Internet (e-browse), dan pelan panggilan istimewa untuk para pelanggannya.

Nama "UniFi" terdiri daripada "Uni" yang bermaksud kesatuan dan persaudaraan (united), dan "Fi" yang melambangkan gentian optik (fibre-optics).

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Bermula sebagai TM IPTV, projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) kebangsaan dilancarkan pada September 2008 dengan nilai RM11.3 bilion sebagai perjanjian PPP antara TM dan kerajaan untuk membangunkan prasarana dan perkhidmatan HSBB generasi akan datang. TM melaburkan RM8.9 bilion manakala kerajaan menyumbangkan RM2.4 bilion berasaskan tanggungan mengikut takat projek yang disiapkan oleh TM.[1]

Pelancaran UniFi dijangka menghangatkan lagi persaingan dalam industri jalur lebar yang menyaksikan kemasukan syarikat baru seperti P1,[2] di samping menzahirkan matlamat Inisiatif Jalur Lebar Kebangsaan yang melibatkan semua syarikat penyedia jalur lebar.

Am[sunting | sunting sumber]

UniFi menetapkan harga berlainan kepada para pelanggan mengikut jenis penggunaan (perumahan atau perniagaan) dan kadar kelajuan muat turun naik.

Ketika ini, UniFi untuk pengguna di rumah ditawarkan dalam tiga pakej berasaskan kelajuan muat turun naik maksimum, iaitu 5, 10 dan 20 megabit sesaat (Mbps), lebih mahal lebih laju, dengan had muat turun dalam kelajuan tinggi masing-masing pada 60, 90 dan 120 gigabait (belum berkuatkuasa). Setiap pelanggan UniFi diberi IP dinamik, kemudahan WiFi, perkhidmatan televisyen berprotokol Internet (IPTV) yang berbentuk linear, interaktif dan video atas permintaan (disertakan peti penerima), akaun e-mel bermuatan 2 GB, telefon DECT dan pelan panggilan percuma ke semua talian tetap TM seluruh negara, dan kadar tetap 10 sen seminit untuk panggilan ke talian tetap bukan TM dan telefon bimbit seluruh negara.

HyppTV[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: HyppTV

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "TM to announce UniFi pricing today", The Edge Financial Daily, 25 Mac 2010. 
  2. "TM launches UniFi high-speed broadband", The Malaysian Insider, March 24, 2010. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]