Maxis Communications Berhad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Maxis Communications Bhd
Jenis Swasta
Industri Telekomunikasi
Ditubuhkan diasaskan 1993, disenaraikan kepada umum 2002
Ibu pejabat Ibu pejabat di Menara Maxis, Kuala Lumpur, Malaysia
Produk Perkhidmatan telekomunikasi
Hasil 6.37 bilion MYR (2005)
Pekerja 2200+
Induk Usaha Tegas Sdn Bhd
Laman web http://www.maxis.com.my

Maxis merupakan pengendali perkhidmatan telefon bimbit yang terbesar di Malaysia, iaitu lebih besar daripada syarikat Celcom dan DiGi. Syarikat ini mempunyai 8 juta pelanggan pada tahun 2006. Maxis mengendalikan talian 012, 017 dan 0142.

Produk dan perkhidmatan[sunting | sunting sumber]

Maxis menawarkan pelbagai keluaran dan perkhidmatan telekomunikasi kepada penduduk Malaysia, seperti pelan panggilan prabayar (Hotlink), pelan langganan bulanan, perantauan global, MMS, WAP (dalam sistem GSM dan GPRS), perkhidmatan talian tetap perumahan, Internet jalur lebar, dan sperti pada awal 2005, perkhidmatan 3G bagi pelanggan prabayar dan pascabayar.

Bagi pelanggan perniagaan, Maxis menawarkan perkhidmatan VSAT (komunikasi berasaskan satelit) and perkhidmatan mobil berasaskan BlackBerry selain perkhidmatan biasa. Maxis juga menyediakan kedai muzik atas talian bagi semua pelanggannya untuk memuat turun kandungan multimedia.

Perkhidmatan paling popular yang ditawarkan Maxis ialah jenama prabayar Hotlink yang kini dilanggan oleh 6.3 juta orang di Malaysia. Selain tiu mereka juga menawarkan perkhidmatan IDD 132, yang menawarkan panggilan berdiskaun ke talian tetap di negara-negara terpilih pada kadar 20 sen seminit, iaitu pada masa tertentu bagi kebanyakan pelanggan, lebih murah berbanding panggilan tempatan.

Maxis kini terlibat dalam perang harga dengan pesaingnya (Celcom dan DiGi) dalam pasaran SIM prabayar yang menyebabkan pek permulaan Hotlinknya menjunam sehingga RM6.

Terdapat ramai selebriti yang menjadi "jurucakap" Maxis, seperti Siti Nurhaliza, bintang-bintang Akademi Fantasia dan ramai lagi.

Sejarah Maxis[sunting | sunting sumber]

Binariang Sdn Bhd, yang memiliki Maxis Mobile (GSM 900) dan juga MEASAT I, II dan III (bahasa Inggeris: Malaysia East Asia Satellite) merupakan salah sebuah pembekal perkhidmatan rangkaian penuh. Setakat ini, MEASAT digunakan terutamanya untuk membekalkan perkhidmatan penyiaran DTH di bawah perkhidmatan Penyiaran Astro Measat, anak syarikatnya. Ia juga bercadang untuk menawarkan perkhidmatan telekomunikasi kepada rantau Asia, terutamanya negara-negara yang masih belum memiliki satelit.

Binariang telahpun secara agresifnya membina infrastruktur telekomunikasi di kawasan penempatan baru dan kompleks perniagaan. Pendekatan ini dijangka akan dapat membuka pasaran telekomunikasi di kawasan penempatan baru serta zon perniagaan. Namun demikian Binariang telahpun mengalami krisis kewangan yang teruk.

Kebelakangan ini, dalam percubaan syarikat tersebut untuk memfokuskan halatuju perniagaannya kepada perkhidmatan bimbit yang lebih lumayan, Binariang telah membuat keputusan untuk memberhentikan sebanyak 400 pekerjanya daripada Astro dan 300 lagi daripada bahagian rangkaian perkhidmatan tetap.

Pemiliknya, Ananda Krishnan, memegang 22% saham, manakala majoriti saham dimiliki oleh Usaha Teguh, sebuah syarikat yang dimiliki bersama Ananda Krishnan dan Tabung Amanah Tun Fuad Stephens.

Binariang mendapat perhatian luas apabila terdapat khabar angin yang mengatakan bahawa ia akan dibeli dan dimiliki oleh syarikat asing. SingTel dipercayai telah memperolehi baki 61% saham, iaitu sebanyak RM1.4 bilion yang dibenarkan untuk pelabur asing. Sebaliknya, apa yang telah berlaku adalah British Telecom (BT) membayar sebanyak RM1.8 bilion untuk memperolehi hanya satu pertiga ekuiti syarikat Binariang.

Kini Binariang Sdn. Bhd. dikenali sebagai Maxis Communications Berhad yg diterajui oleh Dato' Jamaludin Ibrahim sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Edward Ying sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO).Ibu pejabatnya terletak di Menara Maxis, bersebelahan dengan Menara KLCC.

Pada 2002, Maxis telah mengambil alih Timecel seterusnya menggunakan talian 017.

Maxis 3G[sunting | sunting sumber]

Maxis merasmikan perkhidmatan 3Gnya pada 1 Julai 2005 (perkhidmatan kad data 3G dilancarkan secara kecilan pada bulan Februari 2005). Perkhidmatan 3G ini terdapat dalam kawasan-kawasan terpilih dalam negara sahaja. Kawasan-kawasan liputan utama termasuk:

  • Lembah Klang (merangkumi Kuala Lumpur dan sebahagian besar Selangor) - pelancaran asal pada Julai 2005
  • Pualu Pinang - Dec 2005
  • Johor Bahru - Jan 2006
  • Kuantan - Sept 2006

Maxis kelihatan sedang mengambil strategi "liputan tebal" bagi 3G. Ini bererti perkhidmatan 3G ini hanya dilaksanakan dalam kawasan-kawasan di mana aliran data amat berat, atau kawasan-kawasan yang mempunyai kepentingan strategik (contohnya, Putrajaya sebagai pusat pentadbiran kerajaan). Kawasan-kawasan lain dalam negara pula di bawah perkhidmatan 2.5G (GPRS; liputan seluruh negara) yang sedang dinaik taraf secara progresif ke 2.75G (EDGE atau E-GPRS).

Ciri-ciri utama Maxis 3G termasuk:

  • Panggilan video dan mel video
  • Khidmat pengaliran video packet-switched (termasuk saluran siaran langsung, video-on-demand dan muat turun klip video)
  • Pantauan lalulintas (Maxis mengaku mempunyai 50 buah kamera video yang dipasang sekitar Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor Bahru)
  • Muat turun lagu penuh
  • Kad data 3G

Pada bulan september 2006, Maxis melancarkan 3.5G (HSDPA) sebagai sebahagian perkhidmatan "modem jalur lebar tanpa wayar" yang disasarkan kepada pengguna "pasaran massa/rumah" (dan bukannya pengguna perniagaan). Maxis sedang menaik taraf keseluruhan rangkaian 3G kepada 3.5G secara berperingkat. Seperti pada bulan Disemnber 2006, seluruh Pulau Pinang, dan sebahagian Lembah Klang, Johor Bahru dan Kuantan sudah diliputi kemudahan 3.5G.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]