Cakera liut

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Cakera liut (floppy disk) adalah peranti menyimpan data yang terdiri dari kepingan bulat nipis mudah lentur (liut) medium storan bermagnet disarung oleh bekas plastik segi empat sama atau segi empat bujur. Cakera liut dibaca atau ditulis dengan menggunakan pemacu cakera liut.

Cakera 5¼-inci dengan medium bermagnet separa terdedah berputar pada paksi tengah. Sarungnya mempunyai lapik kain bagi menyapu habuk daripada medium. Perhatikan "slot membenar penyimpanan" di sebelah atas kanan dan lubang berhampiran paksi yang menyelaras kepantasan pemancu.
Sejarah turutan format cakera liut, termasuk format terakhir yang diterima pakai secara meluas (ubiquitously adopted) (3½-inch HD).
DD = Double Density; QD = Quad Density; HD = High Density; ED = Extra High Density.
Format cakera liut Tahun diperkenalkan Kapasiti storan
8-inci 1971 80 KB
8-inci 1973 256 KB
8-inci 1974 800 KB
8-inci dwi-belah 1975 1,000 KB
5¼-inci 1976 110 KB
5¼-inci DD 1978 360 KB
5¼-inci QD 1984 1,200 KB
3-inch 1984? 360 KB
3-inci (DD) 1984? 720 KB
3½-inci DD 1984 720 KB
2-inci 1985? 720?KB
3½-inci HD 1987 1,440 KB
3½-inci ED 1991 2,880 KB

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Cakera liut, juga dikenali sebagai floppy atau disket (nama yang dipilih agar menyerupai perkataan "kaset"), adalah biasa pada 1980-an dan 1990-an, digunakan oleh komputer peribadi dan komputer rumah ("PC") seperti Apple II, Macintosh, Commodore 64, Amiga, dan IBM PC untuk mengedar perisian, memindahkan data antara komputer, dan menyimpan salinan (backup) kecil. Sebelum cakera keras menjadi popular bagi komputer peribadi, cakera liut seringkali menjadi pilihan bagi menyimpan sistem operasi komputer, perisian aplikasi, dan data lain. Banyak komputer rumah mempunyai OS utama (kernel (sains komputer)) disimpan secara kekal dalam cip ROM (on-board), tetapi menyimpan sistem operasi cakera dalam cakera liut, sama ada ia sistem proprietari, CP/M, atau kemudiannya, DOS.

Pada awal 1990-an, saiz perisian yang semakin meningkat bererti kebanyakan perisian diedarkan melalui set cakera liut. Pada akhir 1990-an, pengedaran perisian beransur-ansur ditukar kepada CD-ROM, dan format sokongan isipadu lebih tinggi (higher-density) diperkenalkan (contohnya, pemacu Zip) Iomega. Dengan ketibaan capaian Internet umum, Ethernet murah, dan pemacu USB, cakera liut tidak lagi diperlukan bagi pemindahan data lagi, dan cakera liut digantikan. Salinan pukal (mass backups) kini dilakukan kepada pita bermagnet (magnetic tape) seperti DAT atau streamer, atau ditulis kepada cakera padat (compact disc) - CD atau DVD. Salah satu cubaan yang gagal (di pasaran) pada akhir 1990-an untuk meneruskan cakera liut adalah SuperDisk (LS120) dengan kapasiti 120 MB sementara pemacu serasi mundur dengan cakera liut 3½-inci piawaian.

Bagaimanapun, pengilang keberatan untuk menyingkir pemacu cakera dari PC mereka, untuk keserasian mundur, dan kerana kebanyakan jabatan teknologi maklumat syarikat menghargai mekanisma pemindahan fail dalaman yang sentiasa berfungsi dan tidak memerlukan pemacu peranti (device driver) untuk berfungsi. Syarikat Komputer Apple merupakan pengilang komputer secara pukal yang pertama meninggalkan pemandu cakera daripada model komputer sepenuhnya, dengan penngeluaran model iMac pada 1998, manakala Dell meletakkan pemandu cakera liut sebagai pilihan dan model mereka bermula 2003. Walau bagaimanapun, sehingga kini cakera liut masih lagi menjadi peranti utama untuk menyimpan dan bertukar data.

Terdapat juga pemacu cakera liut yang berdasarkan USB untuk komputer yang tidak mempunyai pemacu cakera liut, dan ia berfungsi di mana-mana mesin komputer yang menyokong USB.

Cakera liut dirujuk secara universal di dalam ukuran imperial (imperial measurement), walaupun di negara yang menggunakan sistem metrik [Nota: Di dalam rencana ini, penggunaan "KB" adalah merujuk kepada "KiloBait" (1,024 Bait).]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Asal, cakera 8-inci[sunting | sunting sumber]

5.25-floppy-front.jpg
Hadapan dan belakang cakera liut dengan tab pelindung penyimpanan

Pada tahun 1967 IBM memberikan tugasan baru kepada pusat pembangunan storan di San Jose, California: bangunkan sistem yang mudah dan murah bagi mengisi kod-mikro ke dalam System/370 mainframe. 370s merupakan mesin IBM pertama yang menggunakan ingatan semikonduktor, dan apabila kuasa ditutup, kod-mikro perlu diisi semula (ingatan teras bermagnet, yang digunakan dalam mesin sebelum 370, the System/360 line, tidak kehilangan kandungannya apabila ditutup). Biasanya tugasan ini diberikan kepada pelbagai pemacu pita (tape drive) yang disekalikan bersama hampir kesemua sistem 370, tetapi pita adalah besar dan perlahan. IBM mahukan sesuatu yang lebih pantas dan dibina khusus yang boleh juga digunakan bagi mengedar kemaskini pada pelanggan dengan kos serendah US$5.

David Noble, bekerja di bawah arahan Alan Shugart, mencuba beberapa penyelesaian sediaada bagi melihat samaada dia dapat memajukan pita stail baru untuk tujuan tersebut, tetapi akhirnya berputus asa dan mula semula. Hasilnya adalah cakera 8-inci (20 cm) baca sahaja yang dipanggil "cakera ingatan", mengandungi 80 (kilobyte) (KB)]]. Versi asal adalah cakera sahaja, tetapi kekotoran menjadi masalah besar dan mereka melindunginya dalam bekas plastik yang dialas fabrik yang memerangkap habuk. Peranti baru menjadi bahagian piawaian bagi 370 pada 1971.

Pencipta Jepun, Yoshiro Nakamatsu (atau Dr. NakaMats), mendakwa bahawa dia secara bebas mencipta prinsip cakera liut semenjak 1950, dan dengan itu lesen jualan perlu didapati oleh IBM apabila mereka mula menghasilkan sistem cakera liut mereka.

Pada tahun 1973 IBM membebaskan versi baru cakera liut, kali ini pada Sistem Kemasukan Data 3740 (3740 Data Entry System). Sistem baru ini menggunakan format rakaman yang menyimpan sehingga 256 KB pada cakera yang sama, dan boleh baca-tulis. Pemacu ini menjadi biasa, dan kemudiannya digunakan untuk memindahkan sejumlah kecil data, hampir sepenuhnya menggantikan pita bermagnet.

Apabila komputer mikro pertama dimajukan pada 1970-an, cakera liut 8-inci  diletakkan sebagai salah satu peranti storan pukal berkelajuan tinggi yang hampir mampu dibeli oleh pasaran sasaran (individual dan business kecil). Sistem operasi komputer mikro pertama, CP/M, pada asalnya dijual pada cakera liut 8-inci . Bagaimanapun pemancunya masih mahal, biasanya lebih mahal berbanding komputer yang dilekatkan padanya pada masa itu, dengan itu kebanyakan mesin era tersebut sebaliknya menggunakan tape keset.

Ini bertukar dengan penerimaan piwaian pertama bagi cakera liut, Ecma International-59, dikarang oleh Jim O'Reilly dari Burroughs, Helmuth Hack dari BASF dan yang lain.

Pada masa ini Alan Shugart telah meninggalkan IBM, berpindah ke Memorex untuk tempoh masa yang singkat, dan sekali lagi pada 1973 untuk mengasaskan Shugart Associates. Mereka mulai berusaha memperbaiki format 8-inch&nbsp sediaada, akhirnya menghasilkan sistem baru 800 KB. Bagaimanapun keuntungan sukar dihasilkan dan pada tahun 1974 dia disingkirkan dari syarikatnya sendiri.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

  • RaWrite2 (a floppy disk image file writer/creator)
  • Zip drive (a newer, larger and proprietary format for removable storage)
  • On Unix or Unix-like systems the dd program can be used to write an image to a floppy.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]