Uthaya Sankar SB

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Uthaya Sankar SB (lahir 10 Jun 1972 di Taiping, Perak, Malaysia) ialah seorang penulis Malaysia yang menulis dalam Bahasa Malaysia.[1]

Kehidupan awal dan pendidikan[sunting | sunting sumber]

Uthaya Sankar SB dibesarkan di Lorong B, kampung Aulong Lama di Taiping, Perak, di mana majoriti penduduk di sepanjang lorong itu adalah kaum India dan hanya terdapat dua keluarga Melayu. (theSun, 16 Julai 2009) Beliau berpindah ke Klang, Selangor dan menetap di Shah Alam, Selangor. Beliau belajar di Universiti Malaya (1993-1998, 2019-2021) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (1998-1999). Beliau ialah orang Malayali Malaysia.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Uthaya bekerja di Radio Televisyen Malaysia (RTM) dari 1996 hingga 2010 sebagai pengarang berita Bahasa Malaysia, penyiar berita, penyemak akhbar dan jurulatih. Antara 1999 dan 2007 beliau mempunyai pengalaman mengajar di Kolej Muzik Antarabangsa (ICOM), The One Academy (TOA), Akademi Seni dan Muzik Yamaha, dan Kolej SEGI. Sejak 2011, Uthaya telah menjadi penulis, penyunting dan perunding bebas. Beliau mengendalikan Perunding Media, Motivasi dan Penerbitan Uthaya (syarikat perundingan) dan juga presiden pengasas Kavyan. Sejak Julai 2020, beliau ialah kolumnis akhbar Utusan Malaysia dan sejak Januari 2023, juga kolumnis di portal Harapan Daily.

Karya[sunting | sunting sumber]

Karya terbitannya (semuanya dalam Bahasa Malaysia) termasuk:

  • Orang Dimensi (1994)
  • Nari! Nari! (1995)
  • Siru Kambam (1996)
  • Munis Dengan Harimau (1996)
  • Hanuman: Potret Diri (1996)
  • Yang Aneh-aneh (1997)
  • Surat Dari Madras (1999)
  • Nayagi (1999)
  • Sasterawan Pulau Cinta (2001)
  • Panchayat (2002)
  • Rudra Avatara (2008)
  • Kathakali (2009)
  • Panchayat: Edisi Khas (2012)
  • Kisah dari Siru Kambam (2013)
  • Hanuman: Suara Hati (2013)
  • Pulau Pendatang (2015)
  • Nari! Nari! (2015)
  • Malaiur Manikam (2015)
  • Mandala Bicara (2016)
  • Ikan Patin dan Beruang Besar (2017)
  • Thirukkural dan Megha Duta (2018)
  • Ramayana dan Mahabharata (2019)
  • Vetalam dan Vikramaditya (2020)
  • Bhagavad Gita (2021)
  • Kavya Sastra (2021)
  • Suvarna Bhumi (2022)
  • Khanda Puranam (2022)
  • Katha Sarit Sagara (2023)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ R. Karthigesu, "A Tamil Writer Talks Back", New Straits Times, 25 February 2004

Pautan luar[sunting | sunting sumber]