Vety Vera

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Vety Vera
Latar belakang
Nama lain Vety Vera
Lahir (1973-11-23) 23 November 1973 (umur 50)
Indonesia Tasikmalaya, Jawa Barat, Indonesia
Jenis Muzik Dangdut
Pekerjaan penyanyi dan pelakon
Instrumen vokal
Tahun aktif 1990 – kini
Syarikat rakaman HP Record
Musica Studio's
Hubungan Alam (adik)
Pasangan Ronny Fathony (bercerai)
Suparno
Anak Daffa Veron Abdala

Vety Vera (lahir di Tasikmalaya, Jawa Barat, 23 November 1973; umur 50 tahun) ialah seorang penyanyi dan pelakon Indonesia yang berketurunan Sunda yang terkenal berkat lagu Sedang-Sedang Saja pada tahun 1991.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Sebelum dikenali berkat lagu "Sedang-Sedang Saja" pada tahun 1991, Vety telah mengeluarkan album Si Ujang. Namun yang kedua iaitu Sedang-sedang Saja. Album ini berjaya membawanya meraih HDX Award dan pertunjukan keliling ke lima negara, Amerika Syarikat (AS), Belanda, England, Perancis, dan Hungary, pada 1995.

Selepas itu, Vety menerbitkan album Kok Masih Kurang, Kira-kira Dong, Jakarta dan Kasihku, Repot Ganti Baju, Terus Terang Saja, Macho, Diraba-raba, dan Gerimis (2001). Selepas vakum dari dunia rakaman selama 5 tahun, anak sulung dari pasangan H. Ibrahim dan Hj. Enok Emi ini melancarkan album ke 12 pada hari jadinya yang ke 32 bertajuk Suratan Cintaku (2005). Album ini berisi lapan lagu baru, ditambah satu karya Rhoma Irama bertajuk "Santai" yang dinyanyikannya secara duet bersama sang adik yang juga penyanyi dangdut, Alam.[1]

Pada peristiwa penghargaan Anugerah Musik Indonesia (AMI) 2006 yang berlangsung tarikh 20 Disember 2006 di Plenary Hall, Jakarta Convention Center, Jakarta, Vety meraih penghargaan untuk Artis Solo Wanita Terbaik serta lagu "Suratan Cintaku" meraih Penata Muzik Terbaik dan dinominasikan sebagai Lagu Dangdut Terbaik.[2][3]

Vety juga menciptakan seluruh lagu dalam album perdana Julia Perez yang bertajuk Mau Dong Ah! (2007). Lagu "Mau Dong Ah!" dibawakan Julia Perez dalam filem Susahnya Jadi Perawan[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]