Vietnam Utara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Việt Nam Dân chủ Cộng hòa
Republik Demokratik Vietnam

 

1945–1976
Bendera Jata
Moto
"Độc lập – Tự do – Hạnh phúc"
(Melayu: "Kemerdekaan - Kebebasan - Kebahagiaan")
Lagu kebangsaan
"Tiến Quân Ca"
(Melayu: "Mac Tentera")
Loksi Vietnam Utara di Asia Tenggara
Ibu negara Hanoi
Bahasa Vietnam (rasmi)
Agama Tiada (negeri ateisme)
Kerajaan Negara komunis parti tunggal
Presiden
 - 1945–1969 Hồ Chí Minh
 - 1969–1976 Ton Duc Thang
Setiausaha Pertama
 - 1960–1986 Lê Duẩn
Zaman bersejarah Perang Dingin · Perang Vietnam
 -  Kemerdekaan diisytiharkan September 2, 1945
 - Viet Minh memasuki Hanoi 10 Oktober 1954
 -  PAVN memasuki Saigon April 30, 1975
 - Utara dan Vietnam Selatan digabungkan 2 Julai 1976
Keluasan
 - 1960 157,880 km2 (60,958 bt persegi)
Kependudukan
 - 1960 est. 15,916,955 
     Kepadatan 100.8 /km2  (261.1 /bt persegi)
 - 1974 (anggaran) 23,767,300 
     Kepadatan 150.5 /km2  (389.9 /bt persegi)
Mata wang Dong
Bendera Vietnam Utara (juga merupakan bendera Vietnam)

Republik Demokratik Vietnam (RDV) (bahasa Vietnam: Việt Nam Dân Chủ Cộng Hòa), biasa dikenal sebagai Vietnam Utara, adalah sebuah negara yang didirikan oleh Ho Chi Minh dan diakui oleh Republik Rakyat China dan Kesatuan Soviet pada 1950. Setelah kekalahan Perancis dalam Pertempuran Dien Bien Phu pada tahun 1954, Perancis secara rasmi mengakui kedulatan negara tersebut dan negara itu pun terpecah menjadi dua; satunya lagi Vietnam Selatan.

Setelah pemecahan tersebut, banyak warga di Utara yang melarikan diri ke Selatan, kebanyakan daripada mereka adalah umat Katolik yang mendakwa bahawa pemerintah Utara mempunyai kebijakan yang tidak adil terhadap pemeluk agama tersebut.

Ibu negara Vietnam Utara berada di Hanoi dan diperintah oleh pemerintahan komunis yang mendapatkan dukungan dari Kesatuan Soviet dan China. Kedua negara ini membantu Vietnam Utara saat terjadinya Perang Vietnam melawan Amerika Syarikat dan Vietnam Selatan.

Setelah jatuhnya pemerintah Vietnam Selatan pada 30 April 1975, kedua negara ini secara rasmi bersatu pada 2 Julai 1976 menjadi sebuah negara bernama Republik Sosialis Vietnam atau yang biasanya dikenal sebagai Vietnam.