Wana

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Wana
Nama lahirNoriezuana binti Syed Shafudin
Juga dikenali sebagai
Wana Syed[1]
Kelahiran1986 (umur 37–38)
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Genre
PekerjaanPenyanyi
InstrumenVokal
Tahun aktif2004–kini
Syarikat rakaman

Noriezuana Syed Shafudin atau Wana (lahir 1986 di Johor Bahru, Johor) ialah seorang penyanyi wanita Malaysia.[2] Beliau mendapat perhatian meluas selepas dinobatkan sebagai juara My Starz LG musim kedua[3] yang berlangsung pada 22 Februari 2009 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), selepas berhempas pulas selama 12 minggu bertanding.

Wana yang pada mulanya mendapat markah tercorot berjaya memikat hati para juri dan penonton dengan nyanyian lagu medley ‘Ku Pendam Sebuah Duka’ dan ‘Ku Telah Jatuh Cinta’ pada bahagian pertama dan lagu ‘Kehebatan Cinta’ duetnya dengan Jamal Abdillah pada bahagian keduanya.

Dengan kemenangan tersebut, Wana merangkul hadiah wang tunai RM100,000, LCD TV (42’ LG LCD) tajaan LG, serta menjadi bintang dengan kontrak rakaman Warner Music Malaysia.

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album studio[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Syarridzuan Abdul Rashid (10 November 2014). "'Panggil saya Wana Syed'". Berita Harian. Dicapai pada 6 Mei 2015.
  2. ^ Ridzuan Abdul Rahman (3 November 2014). "Wana kembali bangkit". Harian Metro. Dicapai pada 6 Mei 2015.
  3. ^ Siti Azira Abd Aziz (23 Februari 2009). "Wana juarai My Starz LG 2". mStar Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-04-13. Dicapai pada 6 Mei 2010.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]