Wikipedia:Kedai Kopi/Arkib1/2007

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Laman ini merupakan arkib kepada Wikipedia:Kedai Kopi

Gambar dan artikel akan datang

Saya sedang buat terjemahan untuk kumpulan Pop Opera , Il Divo dari english. Saya nakkan penjelasan berhubung dengan syarat-syarat upload gambar, sekiranya kita tidak dibenarkan menggunakan gambar tanpa kebenaran, macamana kita nak upload gambar-gambar selebriti terutama penyanyi2 antarabangsa? Buat masa ini, saya menggunakan gambar kulit untuk album-album (milik Sony BMG) dan buku yang diterbitkan. Saya juga minta kebenaran bertulis untuk menterjemah artikel tersebut dari site english.

Saya juga baru membina paparan untuk Simon Cowell, Carlos Marín, Urs Bühler, David Miller dan Sébastien Izambard (Masih dalam pembinaan) dan di masa akan datang akan meliputi rencana berkaitan Muzik klasikal dan Opera termasuk The Three Tenors- (Plácido Domingo, José Carreras, Luciano Pavarotti)

Saya rasa kita kekurangan artikel mengenai muzik dalam Wikipedia bahasa melayu begitu juga untuk mencari terjemahan untuk ayat-ayat muzik klasikal (seperti tenor, baritone, lyrical voices dan banyak lagi). Sekira ada kesilapan di dalam tatacara dan sebagainya, kita boleh berbincang di http://ms.wikipedia.org/wiki/Perbualan:Il_Divo


Jay 18:35, 5 Januari 2007 (UTC)[balas]


Saya nakkan penjelasan berhubung dengan syarat-syarat upload gambar, sekiranya kita tidak dibenarkan
menggunakan gambar tanpa kebenaran, macamana kita nak upload gambar-gambar selebriti terutama
penyanyi2 antarabangsa?

Guna teg lesen {{Fairuse}} beserta penjelasan mengapa penggunaan imej ini ialah untuk kegunaan adil. — Master2841 10:29, 6 Januari 2007 (UTC)[balas]

Kumpulan Opera atau Kumpulan Rock?

Saya keliru, sila lihat http://ms.wikipedia.org/wiki/Kumpulan_Opera. Permulaan perenggan rencana bermula dengan “Kumpulan Opera adalah sebuah kumpulan penyanyi rock Malaysia yang mula dikenali semenjak tahun 1989-1991.” Tetapi rencana selepas itu berkisar kepada sejarah kumpulan rock di Malaysia. Saya sedang membuat rencana – rencana mengenai penyanyi opera klasik, pop opera dan seterusnya bercadang untuk membuat alih bahasa mengenai “Opera” apabila saya terjumpa rencana ““Kumpulan Opera” di dalam ms wikipedia. Boleh tolong sesiapa di sini jelaskan apa rencana http://ms.wikipedia.org/wiki/Kumpulan_Opera ini sebenarnya. Ini adalah kerana, Kumpulan Rock BUKAN kumpulan opera. Rock dan opera adalah 2 cabang genre muzik yang amat berlainan. Seperkara lagi, betulkah ada kumpulan rock yang bernama "Kumpulan Opera" pada tahun 1989 - 1991? - Jay 04:10, 17 Januari 2007 (UTC)[balas]

Kumpulan Opera merupakan nama salah satu kumpulan rock yang muncul sekitar 1989-1991. Opera sebagai satu generi muzik tidak memerlukan perkataan Kumpulan di hadapan. Itu sebabnya, kumpulan penyanyi akan bermula dengan nama Kumpulan ?????, bagi membezakan nama kumpulan dengan kata asal, contoh lain adalah Hurricane, Akar, Aura, dll. Anda boleh memulakan rencana Opera tanpa menambah kata Kumpulan. Bagaimanapun sekiranya anda ingin menulis mengenai kumpulan-kumpulan muzik Opera, anda perlu meletakkan nyahkekaburan Yosri 04:40, 17 Januari 2007 (UTC)[balas]

Rombakan Rencana Bill Gates

Saya sedang dalam proses untuk rombakan (agak besar) untuk mengemaskini dan menambah data-data yang terkini untuk rencana Bill Gates. Saya dah menukar dan menambah pembukaan rencana (4 perenggan teratas, tukar gambar baru, dan sedikit alih suai perenggan) dan perlahan - lahan akan mengemaskini keseluruhan rencana yang sedia ada. Kalau ada bantahan, silalah cakap. Saya tak nak nanti setelah saya tukar semua, ianya diubah kepada yang sedia ada atau mana tahu ada yang kecil hati ke :) - Jay 10:21, 15 Januari 2007 (UTC)[balas]

Rombakan besar, atau suntingan kecil, semuanya dialu-alukan jika menambah kualiti. ...Aurora... 14:36, 15 Januari 2007 (UTC)[balas]

Kalian, saya sekarang sedang dalam proses mengembangkan artikel Iran. Malangnya, jata negara Iran yang berwarna hijau kelihatan tidak jelas dalam kotak info negeri kerana latarbelakang kotaknya berwarna hijau. Kerana templat banyak digunakan, jadi saya memohon izin kalian untuk membuat sedikit perubahan untuk templat itu. Terima kasih Pejuang bahasa 01:21, 8 Januari 2007 (UTC)[balas]

Buat saja tak ada masalah. :) — Master2841 08:01, 8 Januari 2007 (UTC)[balas]

Bulan pada tarikh Tahun Baru Cina 2007

Sila pinda tarikh Tahun Baru Cina 2007 daripada 18-19 JANUARI kepada 18-19 FEBRUARI. Terima kasih

Apakah yang anda maksudkan? Harap beri sedikit penjelasan supaya sebarang kemaskini dapat dilakukan. Terima kasih. — Master2841 08:44, 10 Januari 2007 (UTC)[balas]
Telah diperbaiki. ...Aurora... 14:39, 10 Januari 2007 (UTC)[balas]

Siapakah yang bakal menjadi penyelia baru selepas abangmanuk?

Saya rasa penyelia yang ramai boleh membantu mengawal trafik kehadiran pengguna di sini samada yang berdaftar mahupun tidak. Ini kerana sebarang kandungan yang tidak berkaitan serta vandalisme pada rencana dapat dielakkan serta-merta. Juga penyelia ramai dapat menyekat pengguna yang melakukan salah laku di wiki ini. Malahan juga, penyelia yang ramai juga dapat melindungi rencana yang dianggap amat berharga dan piawai dari perbuatan vandalisme. Akhir sekali, persoalan saya, siapakah yang bakal menjadi penyelia baru selepas abangmanuk? — Aeonimitz 13:51, 10 Januari 2007 (UTC)[balas]

Sesiapa yang layak/memenuhi syarat. ...Aurora... 14:39, 10 Januari 2007 (UTC)[balas]
Nampaknya buat masa sekarang, semua pengguna masih di dalam pemerhatian untuk mencari bakal penyelia yang baru pada tahun 2007 ini. Diharap semua pengguna baru menunjukkan prestasi yang baik untuk dijadikan calon penyelia sebelum ditapis menjadi penyelia yang akan diketuai oleh Yosri. - Didie 09:33, 11 Januari 2007 (UTC)[balas]

Birokrat

Saya ingin bertanya bila tibanya masa untuk pemilihan birokrat di kalangan birokrat ini kerana setakat ini ms.wikipedia hanya mempunyai 2 birokrat iaitu Yosri dan Dekoelie. Sekian..........- Didie 09:59, 11 Januari 2007 (UTC)[balas]

Perkara ini telah saya bangkitkan juga Didie, bukannya sekali, tetapi lebih dari sekali. Pertambahan birokrat penting kerana ia boleh menjaga wiki ms dengan lebih berkesan. Tambahan lagi, ia boleh memudahkan lagi pertambahan perlantikan jawatan bakal penyelia, dimana, untuk jadi penyelia perlu ada birokrat kerana birokratlah yang boleh melantik seseorang jadi penyelia. — Aeonimitz 10:40, 11 Januari 2007 (UTC)[balas]
Pilih dari senarai penyelia sekarang dan calonkan. ...Aurora... 13:25, 11 Januari 2007 (UTC)[balas]
Nampaknya saya tiada pilihan, jika saya pilih Master2841, dia menolak kerana dia beritahu saya bahawa menjadi sysop sudah cukup baginya. Manakala Polar pula, dia telah menjadi kurang aktif sejak kebelakangan ini. Didie pun keadaannya sama. Jadi saya mahu pilih Aurora sebagai birokrat ketiga. Ada bantahan? — Aeonimitz 13:40, 11 Januari 2007 (UTC)[balas]
Saya ingin bertanya penamaan calon birokrat 2007 ini akan dijalankan di halaman yang mana? - Didie 07:33, 12 Januari 2007 (UTC)[balas]
Pencalonan boleh dibuat di Laman Penyelia. Peranan tambahan birokrat (berbanding Sysop), hanyalah melantik Sysop yang layak melalui pengundian. Yosri 11:46, 12 Januari 2007 (UTC)[balas]

Terima kasih, Yosri kerana memberitahu cara-caranya. Semua penyelia dijemput mengundi untuk penamaan calon birokrat bagi tahun 2007 ini di halaman Wikipedia:Penyelia - Didie 13:24, 12 Januari 2007 (UTC)[balas]

Nota: Pengguna berdaftar juga boleh mengundi. ...Aurora... 13:41, 12 Januari 2007 (UTC)[balas]

Scukz

Saya ingin membuat pengundian mengenai rencana Scukz itu sama ada untuk dipadamkan rencana atau dibiarkan. Ini kerana isi kandungannya tidak difahami. Diharap semua penyelia turut serta mengundinyalah ye. Nyatakan setuju atau tidak setuju. - Didie 09:33, 11 Januari 2007 (UTC)[balas]

Padam. ...Aurora... 13:25, 11 Januari 2007 (UTC)[balas]
Padam. — Master2841 17:07, 11 Januari 2007 (UTC)[balas]
Padam. Bagi saya itu bukan rencana tetapi sebagai iklan untuk ke pautan pengarang tersebut. - Jay 07:01, 12 Januari 2007 (UTC)[balas]
Sudah dipadam. Pengundian ini ditutup. Terima kasih kepada Aurora,Master2841, dan Whjayg ye. hehehe... -Didie 07:46, 12 Januari 2007 (UTC)[balas]

"Laman web"?

Dalam bahasa Inggeris ada dua istilah web: web site dan web page. Web site (atau lazimnya dieja sebagai website) ialah sekelompok web page. Dalam erti kata lain, satu web site terdiri daripada beberapa web page.

Yang menjadi masalah ialah apabila kedua-dua istilah ini diterjemahkan kepada bahasa Melayu. Lazimnya, apabila kita melawat mana-mana web site berbahasa Melayu, kita akan dialukan dengan kata-kata "selamat datang ke laman web ...". Soalnya, "laman web" merujuk kepada yang mana satu? "Web site" atau "web page"? Kalau "laman web" tu "web site", "web page" diterjemah kepada apa? Kalau "laman web" tu pula "web page", "web site" diterjemah kepada apa?

Untuk memeningkan lagi kepala, Kamus Dewan menyatakan bahawa perkataan "halaman" (sinonim dengan "laman") mempunyai dua erti: 1. perkarangan, 2. muka buku. Jadi, kalau kita anggap bahawa "laman web" tu boleh bermaksud "web site" dan "web page" pada masa yang sama, kekaburan (kes berambiguiti) akan timbul.

Mungkin perbincangan sebegini tak patut timbul di Wikipedia, tapi sebagai sebuah ensiklopedia dalam talian berbahasa Melayu, para penyunting harus arif dan peka tentang bahasa Melayu (terutamanya yang berkaitan dengan istilah-istilah teknologi maklumat) dan cuba melaksanakan bahasa tersebut setepat dan sesempurna yang mungkin, supaya setaraf dengan mana-mana ensiklopedia yang lain. Setiap maklumat, data, istilah, harus diusul periksa dahulu.

Saya sudah mencari dalam kamus istilah KaryaNet, tapi tak jumpa jawapan. Bila saya cari di Kamus Inggeris-Melayu Dewan, "site" dalam bahasa Melayu ialah "tapak". Jadi adakah "web site" diterjemahkan kepada "tapak web"? Kalau ya, kenapa tak ramai yang menggunakan istilah ini?

Satu lagi berkenaan perkataan "portal". Wikipedia bahasa Melayu menggunakan perkataan ini (contoh: Portal:Masyarakat), sedangkan perkataan tersebut adalah dalam bahasa Inggeris dan perkataan "gerbang" lebih sesuai digunakan.

Ada siapa-siapa yang boleh beri jawapan? Wahai munsyi, bantuan anda amat diperlukan. --Aviator 20:41, 23 Januari 2007 (UTC)[balas]

Pada pendapat saya, jika tiada istilah bahasa Malaysia yang sinonim ditemui, sesuatu perkataan patut dikekalkan.

dan Saya juga berpendapat bahawa, "web page" boleh diterjemah kepada "halaman web", mungkinkah kita perlu terjemahankan lagi "web" kepada jaringan? Hal ini, akan menambah sukar untuk difahami kelak.

Saya mencadangkan agar daftar istilah perlu dimulakan untuk mengelak sebarang kekeliruan. Masalahnya, hakcipta terpelihara, laman web dbp pun tidak lengkap.

Sebagai rujukan:

--Tearfate 22:30, 23 Januari 2007 (UTC)[balas]


Terima kasih, Tearfate, atas pautan-pautan yang diberikan. Saya sudah melawat pautan-pautan tersebut, tetapi gagal menemui terjemahan yang tepat dalam bahasa Melayu bagi dua istilah yang amat ringkas: "web site" dan "web page". Kalau ada pun, saya curiga akan kesahihannya. Saya rasa jalan terbaik ialah dengan merujuk kepada sumber yang datang terus dari DBP sendiri. --Aviator 23:37, 23 Januari 2007 (UTC)[balas]

Sunting: Saya dah cuba guna LinguaWeb, hasilnya "web site" jadi "laman web", dan "web page" jadi "halaman web"...

Seperti kata anda, ia tiada dalam kamus, jadi tiadalah orang yang menggunakannya. Mungkin kita boleh mulakan?
Kalau pengguna lain setuju, saya tiada masalah. Penggunaan "tapak web" agak janggal bagi saya sebenarnya ^_^;. Betulkah akhbar dan universiti menggunakan perkataan "portal?" --Aviator 01:47, 25 Januari 2007 (UTC)[balas]
Portal Pendidikan Utusan.[1]Master2841 08:20, 25 Januari 2007 (UTC)[balas]
Portal Komuniti e-Universiti UUM, Portal i-staf UiTM. Juga Portal Halal JAKIM, Portal Rasmi JPJ, Portal Ilmu. ...Aurora... 13:02, 26 Januari 2007 (UTC)[balas]
Saya jumpa pautan ini. "Web site" diterjemahkan kepada "tapak web" atau "tapak jaring", dan "web page" diterjemahkan kepada "laman web" atau "laman jaring". --Aviator 01:55, 29 Januari 2007 (UTC)[balas]
Terima kasih semua. Saya setuju dengan Aurora. Kalau tiada kekaburan lagi, saya rasa perbincangan ini boleh ditutup. --Aviator 12:58, 1 Februari 2007 (UTC)[balas]

Iklan

Di sini saya ingin membangkitkan semula cadangan supaya ms.wiki disiarkan melalui akhbar. Sekarang, saya sudah menjumpai halaman untuk mengiklankan ms.wiki dengan memaut laman http://www.utusangroup.com.my/bm/contact.html. Cadangan ms.wiki diiklankan di akhbar boleh disuarakan di sana. Diharap cadangan ini diambil perhatian oleh semua pihak. - Didie 11:00, 28 Januari 2007 (UTC)[balas]

Perlu bayar atau percuma? — Master2841 17:05, 28 Januari 2007 (UTC)[balas]
Cadangan: Untuk garis panduan mengenai pengiklanan, saya rasa elok kita rujuk meta:Marketing dan meta:Ads. Dalam tu ada banyak sumber iklan Wikipedia yang telah dihasilkan, seperti poster, leaflet, dan pamflet. Satu lagi, sebab Wikimedia ni non-profit organization, eloklah kita cari media pengiklanan yang percuma, atau dapatkan penaja. --Aviator 06:06, 29 Januari 2007 (UTC)[balas]

Macam mana nak letak gambar???

Saya nak bertanya, macam mana nak letak gambar pada sesuatu rencana, maksud saya gamabar yang nampak bila kita buka rencana itu. Contoh seperti rencana Mariah Carey. Saya dah cuba pada rencana Kumpulan Headwind tapi tak boleh, gambar itu tersembunyi, dan bila diklik baru gambar itu keluar. Terima kasih.

218.208.249.54 07:47, 31 Januari 2007 (UTC)mkal[balas]

Letakkan sebegini [[Imej:Gambar.jpg|thumb|right|Gambar yang cantik sekali.]] Yosri 11:13, 31 Januari 2007 (UTC)[balas]
Rujuk juga Tutorial imej. Yosri 11:16, 31 Januari 2007 (UTC)[balas]