Wikipedia:Kedai Kopi/Arkib11/2006

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Laman ini merupakan arkib kepada Wikipedia:Kedai Kopi

iklan kemasukan ke MRSM

salam hormat dan pertemuan untuk warga MRSM. saya ingin bertanya bilakah biasanya iklan kemasukan ke MRSM akan diiklankan. dan bagaimana pula dengan syarat2 kemasukan.

Sila telefon operator dan dapatkan MRSM yang anda ingin hubungi. Dapatkan maklumat tepat secara langsung daripada MRSM yang anda ingini. Yosri 11:22, 3 November 2006 (UTC)[balas]

ms.wikiquote

Perlukah kita mewujudkan ms.wikiquote untuk mewujudkan subwiki bagi mengumpulkan segala petikan dari buku, filem, drama, ucapan tokoh dan peribahasa? — Polar

Saya rasa perlu ada...che 18:09, 11 November 2006 (UTC)[balas]

Agak sukar untukmencari petikan-petikan yang dimaksudkan tetapi sememangnya perlu diadakan wikiquote. — Master2841 08:51, 12 November 2006 (UTC)[balas]

Kesilapan Pengalihan..

Semalam saya telah mengalihkan Artikel MRSM Jasin kepada Maktab Rendah Sains MARA Tun Ghaffar Baba. Tanpa saya sedari, saya turut mengalihkan Artikel 'Maktab Rendah Sains MARA Tun Ghaffar Baba' ke 'Maktab Rendah Sains MaraTun Ghaffar Baba'. (Lihat tiada ruang kosong antara Mara dan Tun) Boleh sesiapa tolong ubah kembali artikel itu ke 'Maktab Rendah Sains MARA Tun Ghaffar Baba'? - Jess421 ---

Sudah. — Polar 18:46, 10 November 2006 (UTC)[balas]


Terjemahan Link

Soalan 1: Sesetengah page ada kotak di sebelah kiri untuk "Lain-Lain Bahasa" atau "In other Languages". Boleh saya tahu macammana saya nak dapatkan kotak tu? Misalannya saya buat satu topic dalam bahasa Malaysia dan kemudiannya saya nak terjemahkan page tersebut dalam bahasa Inggeris dan saya nak ada kotak tersebut untuk kedua-dua page (english / Melayu), supaya kedua-dua topic boleh dicari dalam dua bahasa.

Soalan 2: Bagaimana saya nak delete page yang saya tak mahu atau disebabkan kesilapan teknik?

Whjayg 03:17, 17 November 2006 (UTC)[balas]


1. Kotak lain-lain bahasa itu sebenarnya adalah pautan interwiki daripada wikipedia bahasa-bahasa lain yakni rencana yang mempunyai rencana yang sama dalam wikipedia lain. Untuk membuat pautan pautan interwiki itu rencana yang dikarang mesti wujud di wikipedia lain. Contohnya Taipei 101, terdapat rencana-rencana lain dalam bahasa berbeza. Selepas itu barulah boleh diletakkan pautan interwiki itu. Selalunya apabila saya ingin membuat rencana baru saya akan merujuk di Wikipedia English untuk pautan interwiki ke bahasa-bahasa lain dan "pastekan" ke dalam rencana yang akan dikarang. Untuk letakkan pautan interwiki. Cth rencana Taipei 101:

Letakkan pautan interwiki di bawah rencana iaitu selepas kategori seperti begini:

[[Kategori:Menara]]

[[ar:تايبي 101]]
[[bg:Тайпе 101]]
[[cs:Tchaj-pej 101]]
[[en:Taipei 101]]

Di atas ialah pautan interwiki dan apabila halaman disimpan ia akan kelihatan dalam kotak bahasa-bahasa lain.

Kalau anda nak tulis rencana itu dalam Bahasa Inggeris maka anda kena menulisnya di Wikipedia bahasa Inggeris.

2. Letak teks ini {{padam}} dan penyelia yang bertugas akan memadamkannya.

Master2841 07:20, 17 November 2006 (UTC)[balas]


Terima Kasih

-Whjayg 10:10, 17 November 2006 (UTC)[balas]

Letak pautan Kedai Kopi di kotak pandu arah

Saya ingin mencadangkan supaya pautan ke Rencana gotong-royong digantikan dengan pautan ke Kedai Kopi kerana saya lihat laman Kedai Kopi lebih banyak dikunjungi daripada laman gotong-royong. — Master2841 07:22, 17 November 2006 (UTC)[balas]

Saya tidak setuju. Sebenarnya, setiap laman tersebut mempunyai matlamat masing-masing. Cuma kita kekurangan penyumbang yang baik bagi mengendalikan kesemua laman tersebut. Yosri 08:13, 17 November 2006 (UTC)[balas]

Samada Rencana gotong-royong hendak dikekalkan atau tidak, pada pendapat saya Kedai Kopi patut diletakkan didalam kotak Pandu Arah. Itu untuk memudahkan kita ke sini. - Whjayg 10:45, 17 November 2006 (UTC)[balas]

Setuju dengan Whjayg. ...Aurora... 13:34, 17 November 2006 (UTC)[balas]
Setuju juga. Kedai Kopi sudah meningkat kepentingannya dalam komuniti portal ini kerana pengguna masing-masing sering ke sini untuk berbincang dan membantu dalam penyelesaian masalah dan rujukan masalah yang lepas. — Polar 15:46, 17 November 2006 (UTC)[balas]
Saya rasa penyelesaian yang paling praktikal ialah adakan kedua-dua pautan di kotak pandu arah. — Master2841 17:29, 19 November 2006 (UTC)[balas]

Kategori 'perlu di terjemah'

Saya mencadangkan artikel Perdana Menteri dikeluarkan dari senarai kategori perlu diterjemah kerana saya dapati penterjemahan telah selesai. Jess421

Siap. Anda juga boleh mengeluarkan rencana itu daripada kategori yang perlu diterjemah dengan hanya membuangkan templat terjemahan. — Master2841 17:29, 19 November 2006 (UTC)[balas]

saya tak jumpa templat tersebut dari laman artikel tersebut pada waktu itu. hehe. --Jess421 18:14, 19 November 2006 (UTC)[balas]

Undian

Satu undian telah diadakan berhubung dengan rencana Thailand. Sila ke Perbualan:Thailand untuk maklumat lanjut dan untuk mengundi. — Master2841 17:29, 19 November 2006 (UTC)[balas]

Pemerhatian menarik

Saya telah mengkaji perkataan bahasa Melayu dan bahasa Arab, sesetengah dari perkataan antara dua bahasa ini amat menarik dijumpai iaitu sesetengah perkataan Arab diubah sikit untuk kesesuaian perkataan Bahasa Melayu, antaranya:

a) Bahasa Arab:Lisan - Bahasa Melayu:Lidah
b) Bahasa Arab:Anta - Bahasa Melayu:Anda
c) Bahasa Arab:Tarab - Bahasa Melayu:Tanah

Menarik, betul tak? — Aeonimitz 14:46, 21 November 2006 (UTC)[balas]

Sudah tentu. Kita juga gunakan nama Arab untuk nama hari-hari kita. Banyak juga perkataan bahasa arab yang kita gunakan harian seperti hayat, maut, karib, syukur, doa, dunia dan banyak lagi. Bahasa adalah suatu yang mampu diubahpakai serta diterapkan dalam mana-mana bahasa lain di dunia. — Polar 15:27, 21 November 2006 (UTC)[balas]
Sebenarnya dan sememangnya bahasa Arab memang banyak mempengaruhi kita sejak zaman Melayu Melaka lagi....menarik lagi kalau kita amati ia juga mempengaruhi bukan sahaja kita bahasa Melayu tetapi seperti bahasa Urdu dan Parsi...saya pernah ke Asia Tengah...Uzbekistan, Kyrgyzstan dan Kazakhstan, saya dapati walaupun dulu dijajah oleh Russia berkurun lama tetapi bahasa Arab masih banyak mempengaruhi mereka....contoh....Marhaban (Bahasa Arab)..(marhamat) (Bahasa Uzbek)...Assalamualaikum.. Salom mualaykum...(Bahasa Tajik).....gula...mereka masih menggunakan "Shakar" (bahasa Uzbek)...bahasa Inggeris juga meminjam perkataan Arabnya Shahar....iaitu saccarides.. dll... Bahasa Urdu dan hindi kalau kita amati banyak menggunakan bahasa Arab..cuba lihat bahasa Urdu masih lagi menggunakan huruf-huruf Arab....tetapi kita dah banyak tidak tahu menggunakan jawi...sangat sedih..!!! che 17:30, 21 November 2006 (UTC)[balas]

Siapa yang akan terjemahkan lebih 200 rencana?

Saya lihat rencana Wikipedia Melayu kita semakin bertambah tetapi malangnya lebih 200 rencana masih belum diterjemahkan sepenuhnya. Jadi saya menyesyorkan bahawa rencana yang belum diterjemahkan perlu diterjemahkan segera dari kerelaan pelbagai pengguna aktif lebih daripada menambahkan rencana baru. — Aeonimitz 11:03, 24 November 2006 (UTC)[balas]

Benar. Tapi masalahnya, kini ada juga pengguna meletakkan rencana untuk diterjemahkan dan tinggalkan begitu sahaja setelah menterjemahkan hanya beberapa baris. Malah, pengguna tersebut terus menambahkan rencana terjemahan lain dan mengulanginya. Keadaan ini semakin berleluasa malangnya tidak ramai pula yang rela menterjemahkannya. Masalah ini pernah bangkit dahulu dan berulang-ulang kali juga masalah ini telah timbul. Kita mungkin perlu mengetatkan peraturan selepas ini agar tidak satu pun rencana yang tidak habis diterjemah diletakkan di sini. Mungkinkah Wiki Melayu kini sudah tercemar? — Polar 11:34, 24 November 2006 (UTC)[balas]
Saya mencadangkan kita bekerjasama menterjemahkan Rencana tersebut satu per satu daripada kita menambah satu rencana dan sekiranya terdapat penambahan rencana baru yang mengandungi 30% atau lebih bahasa asing termasuk bahasa Inggeris, minta penyelia tolong padamkan. Saya pernah lihat Artikel dalam bahasa Jerman yang di padam oleh penyelia dengan alasan artikel dalam bahasa Jerman--Jess421 17:42, 24 November 2006 (UTC)[balas]

Saya berasa bahawa bahagian bahasa Inggeris disembunyikan jika rencana itu mengandungi lebih daripada tiga ayat bahasa Melayu dan dilabelkan sebagai stub. Serupa juga dengan rencana yang perenggan pengenalannya telah diterjemahkan dengan sepenuhnya, tetapi rencana sebegini boleh dianggap sebagai rencana yang lengkap. -- Adnan 18:19, 24 November 2006 (UTC)[balas]

Pertanyaan Mengenai Penyakit

wikipedia adalah ensiklopedia bebas dan saya ingin bertanya dengan kamu jika kamu tahu tentang simptom tiba-tiba hilang daya kaki setelah bangun dari tidur... saya mengalami simptom ini ketika saya bangun dari tidur dan apabila memijak lantai, kaki sebelah kanan atau kiri saya akan tiba2 hilang daya untuk berjalan dan menyebabkan lutut saya terhempas...saya terpaksa menunggu beberapa ketika sehingga kaki saya terasa boleh bergerak...

Pergi ke klinik berhampiran rumah anda.... — Master2841 13:12, 25 November 2006 (UTC)[balas]
atau google dan bila anda ada diagnosis, kami di wikipedia melayu amat mengalukan artikel dari anda berkenaan simptom berkenaan..--Jess421 23:18, 25 November 2006 (UTC)[balas]

Ada sesiapa di sini mempunyai kucing berbulu panjang?

Hehe, saya amat minat kucing bulu panjang kerana bagi saya kucing ini tahan lasak, peramah dan mudah didampingi. Pendapat anda sekalian pula bagaimana? — Aeonimitz 07:19, 26 November 2006 (UTC)[balas]

Saya ada 3 kucing pedigree (kucing yang memiliki certficate) and 1 ekor kucing yang tidak pedigree. Kesemuanya berbulu panjang. Saya aktif dalam pertandingan kucing. Kucing - kucing saya menang banyak pulak tu :). Pertandingan kucing yang terbaru ialah pada 25~26/11/2006 di A'Famosa Resort, Melaka. Mengenai pendapat anda "kucing ini tahan lasak, peramah dan mudah didampingi", itu tidak betul. Pertama, anda mesti fikirkan bulu2 kucing yang berterbangan satu rumah dan kebanyakan kucing2 berbulu panjang tidak tahan lasak kecuali "Forest Cats" seperti Maine Coon, Siberian Forest dan Norwegian Forest. Walaupun mereka sepatutnya tahan lasak, tetapi setelah dijinakkan, diorang dah tak lagi macam dahulu. Untuk menjadikan kucing awak peramah dan "sopan santun", awak kena latih mereka dan juga selalu belai mereka. Awak juga kena memikirkan cost makan, perubatan, penghawa dingin dan cost meghantar kucing2 bulu panjang kepada orang yang mahir memandikan kucing2 berbulu panjang. Itu tidak termasuk harga kucing berbulu panjang lagi. Kebanyakan orang tertipu dengan ramai peniaga yang tidak beretika. Kucing berbulu panjang tidak semestinya kucing Parsi (Persian). Kucing Parsi atau kucing - kucing yang mempunyai pedigree adalah mahal. Tapi ada sesetengah peniaga yang menjual kucing berbulu panjang tanpa pedigree dengan harga yang mahal. Kalau saya nak cerita pasal semua ni, saya rasa ceritanya amatlah panjang. Saya berhenti di sini saja, kalau ada soalan, bolehlah bertanya - Jay 09:42, 28 November 2006 (UTC)[balas]

Kategori "Parti Politik" dan "Parti politik"?

Saya merujuk kepada perkara di atas.

Bolehkah sesiapa menggabungkan (merge) Kategori:Parti politik Malaysia dan Kategori:Parti Politik Malaysia? Terdapat juga beberapa artikel yang telah dibuat dua kali, seperti Sarawak United People's Party dengan Parti Rakyat Bersatu Sarawak. Kristalyamaki 11:39, 29 November 2006 (UTC)[balas]

Wikipedia Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia?

Saya nak usulkan perbincangan mengenai ayat Bahasa Melayu di dalam kotak Bahasa Lain di sebelah kiri dan juga di laman utama. Di laman utama ditulis "Selamat Datang ke Wikipedia Bahasa Melayu"

Sepengetahuan saya, bahasa yang kita gunakan ialah bahasa kebangsaan dan dalan ertikata lainnya bermaksud Bahasa Malaysia”.

Saya rasa kita patut fikirkan sensitiviti bangsa lain di negara kita yang berbilang kaum yang saya rasa membaca seksyen Bahasa Malaysia Wikipedia. Semalam, waktu saya berbincang dengan 2 rakan sekerja (India dan Cina) mengenai topik Thailand, saya terasa segan bila saya perasan bahawa perbincangan kita berkisar kepada Bahasa Melayu dan bukan bahasa Malaysia.

Jadi saya berfikir untuk mendapat komen dari rakan-rakan di sini samada kita patut menggunakan ayat Bahasa Melayu di semua laman atau tukarkan kepada Bahasa Malaysia. Terima Kasih. Jay 09:21, 30 November 2006 (UTC)[balas]

Sebenarnya kedua-dua pun boleh digunakan tetapi menurut kehendak perasmi kerajaan dan ahli akademik di Malaysia menunjukkan Bahasa Malaysia dahulunya digunakan tetapi sudah berbalik semula kepada bahasa Melayu. Sila lihat rencana bahasa Melayu dalam edisi Wikipedia Inggeris untuk keterangan lebih lanjut. — Aeonimitz 10:27, 30 November 2006 (UTC)[balas]
Bahasa Melayu merujuk kepada bahasa yang asalnya dipertuturkan oleh orang Melayu. Ia hanyalah satu nama bahasa, dan tidak ada apa-apa kesan menggunakannya. Contohnya, bertutur bahasa Inggeris, tidak menjadikan seseorang itu berkulit putih dan mata biru. Sama juga, orang Cina atau India bertutur bahasa Melayu bukannya secara automatik di anggap Melayu. Setiap kaum mempunyai bahasa sendiri. Sekiranya bahasa Melayu ditukar menjadi bahasa Malaysia, lenyaplah bahasa Melayu ... nanti keturunan orang Melayu dikatakan tiada berbahasa... lagi tiada berbangsa. Anda harus bangga berbincang mengenai bahasa Melayu, sebagai mana bangsa lain berbangga menggunakan bahasa ibunda mereka. Kalau ada yang mahu memilih untuk merasa kecil hati, kita merasa dukacita kerana itu yang menjadi pilihan mereka. Selain itu, Wikipedia ini adalah untuk semua penutur bahasa Melayu, bukannya bahasa Malaysia. Apa pula kata orang Brunei, orang Singapore jika dinamakan Bahasa Malaysia. Bahasa Melayu dipilih agar adalah bebas dari pembahagian politik dan prasangka. Selain itu, ia adalah nama piawaian yang dirujuk di mana-mana Universiti di seluruh dunia. Jabatan bahasa Melayu, bukannya Jabatan bahasa Malaysia. Yosri 10:32, 30 November 2006 (UTC)[balas]


Bahasa Malaysia ialah bahasa Melayu. Oleh itu, kedua-dua boleh digunakan, berdasarkan keutamaan seseorang. -- Adnan 12:08, 30 November 2006 (UTC)[balas]

Bahasa Malaysia adalah bahasa Melayu tetapi Bahasa Melayu bukan Bahasa Malaysia (sahaja). Ia turut dituturkan di negara lain. Ia boleh juga menjadi bahasa Brunei. Kita utamakanlah bahasa Melayu kerana berbeza dengan bahasa Indonesia, bahasa Melayu digunakan bagi petutur bahasa Melayu dari pelbagai rumpun dan keturunan. — Polar 14:13, 30 November 2006 (UTC)[balas]

Rencana ahli muzik luar negara

Sebenarnya saya ingin mencadangkan kebanyakan pengguna di sini untuk membuat rencana mengenai ahli muzik luar negara memandangkan ahli muzik luar negara tidak begitu banyak di sini. Saya mencadangkan sedemikian kerana saya ingin rencana Wikipedia Melayu lebih bersifat antarabangsa dan bukan hanya sekadar rencana biasa semata-mata. Pendapat anda sekalian pula bagaimana? — Pencadang 10:32, 30 November 2006 (UTC)[balas]

Cadangan dan sumbangan anda mengenai perkara tersebut dialu-alukan. Yosri 10:34, 30 November 2006 (UTC)[balas]
Cadangan anda disambut baik. Bergantunglah kepada pengguna lain sama ada mereka ingin lakukan atau tidak kerana sumbangan di sini adalah sumbangan sukarela semata-mata. Jika mereka tidak mahu, kita tak boleh berbuat apa-apa. Apapun, kita galakkanlah jika ada pengguna yang ingin membuat rencana sedemikian seperti yang dibuat oleh Pengguna:Fantastic4boy dulu terhadap pelakon luar. — Pemerhati 14:16, 30 November 2006 (UTC)[balas]


Sila lihat laman pengguna saya, klik di sini.