Wilayah Aichi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Wilayah Aichi (愛知県 Aichi-ken?) ialah sebuah wilayah (prefektur) di Jepun yang terletak di Kawasan Chubu, secara tepatnya di bahagian tengah pulau Honshu, Jepun. Ibu negeri Wilayah Aichi ialah Nagoya.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada awalnya wilayah ini terbahagi menjadi tiga daerah, iaitu Owari, Mikawa, dan Ho. Setelah era Taika, Mikawa dan Ho disatukan menjadi satu daerah. Pada tahun 1871, setelah penghancuran sistem Han, seluruh wilayah Owari kecuali [semenanjung Chita]], dirasmikan sebagai wilayah Nagoya. Pada waktu yang hampir sama, Mikawa bergabung dengan semenanjung Chita dan membentuk wilayah Nukata. Wilayah Nagoya diubah namanya menjadi Wilayah Aichi pada April 1872 dan pada 27 November bersatu dengan Wilayah Nukata.

Geografi[sunting | sunting sumber]

Terletak berdekatan dengan bahagian tengah dari pulau utama Jepun, iaitu Honshu, Wilayah Aichi berhadapan dengan Teluk Ise dan Mikawa di selatan, dan berbatasan dengan Wilayah Shizuoka di timur, Wilayah Nagano terletak di timur laut, Wilayah Gifu di utara, dan Wilayah Mie di barat. Panjangnya sekitar 106 km dari timur ke barat dan 94 km dari utara ke selatan. Dengan luas 5,153.81 km² Wilayah Aichi turut mencakupi sekitar 1.36% dari jumlah keluasan Jepun. Titik tertingginya adalah Chausuyama dengan 1415 m di atas permukaan laut.

Bahagian barat dari wilayah ini didominasi oleh Nagoya, bandar ke-4 terbesar di Jepun, dan wilayah subbandarnya. Sedangkan bahagian timur relatif lebih rendah kepadatan penduduknya, namun ada beberapa pusat industri utama yang terletak di bahagian ini.

Bandar[sunting | sunting sumber]

Pekan dan desa[sunting | sunting sumber]

Berikut ini ialah senarai pekan dan desa di Wilayah Aichi mengikut daerahnya masing-masing.

Ekonomi[sunting | sunting sumber]

Hasil industri Aichi merupakan yang tertinggi di Jepun. Wilayah Aichi dikenali sebagai pusat industri automotif dan penerbangan di Jepun. Beberapa perusahaan yang memiliki markas besar di Wilayah Aichi antara lain:

Perusahaan seperti Daimler Chrysler, Fuji Heavy Industries, Mitsubishi Motors, Pfizer, Sony, Suzuki, dan Volkswagen juga mengoperasikan fabriknya di Aichi.