Shikoku

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Shikoku
Geografi
LokasiAsia Timur
KepulauanKepulauan Jepun
Kedudukan luaske-50
Pentadbiran
Demografi
Populasi4,141,955

Shikoku (Jepun: 四国, "empat ilayah") ialah sebuah kawasan di Jepun dan yang terkecil (panjang 225 km dan lebar 50–150 km) dan paling sedikit penduduk (4,141,955 orang pada tahun 2005) dalam kalangan empat pulau utama di Jepun. Shikoku terletak di selatan Honshū dan di timur pulau Kyūshū. Shikoku pernah dikenali dengan nama-nama kuno Iyo-no-futana-shima (伊予之二名島), Iyo-shima (伊予島), dan Futana-shima (二名島). Nama Shikoku memaksudkan empat wilayah lama yang terdiri dalam pulau itu, iaitu Awa, Tosa, Sanuki, dan Iyo.

Geografi[sunting | sunting sumber]

Kawasan Shikoku yang terdiri daripada pulau Shikoku dan pulau-pulau kecil di sekelilingnya, meliputi keluasan 18,800 kilometer persegi (7,259 bt2) dan terdiri daripada empat wilayah, iaitu Ehime, Kagawa, Kōchi, dan Tokushima. Di seberang Laut Pedalaman terletaknya wilayah-wilayah Wakayama, Osaka, Hyōgo, Okayama, Hiroshima, dan Yamaguchi di Honshū. Di sebelah baratnya pula afa wilayah-wilayah Ōita dan Wilayah Miyazaki di Kyūshū.

Shikoku ialah pulau ke-50 terbesar di dunia dari segi keluasan, iaitu lebih kecil daripada Sardinia dan Bananal, tetapi lebih besar daripada Halmahera dan Seram. Dari segi kependudukan pula, Shikoku menduduki tempat ke-23, iaitu kurang penduduk berbanding Sicily atau Singapura, tetapi lebih berbanding Puerto Rico atau Negros.

Gunung-ganang yang berbanjar di timur dan barat membahagikan Shikoku kepada kawasan sempit di utara yang menghadap Laut Pedalaman, dan kawasan selatan yang menghadap Lautan Pasifik. Kebanyakan daripada 4.5 juta penduduknya tinggal di utara, di mana terletaknya kebanyakan bandaraya terbesar di pulau ini. Gunung Ishizuchi (石鎚山) di Ehime ialah gunung tertinggi di pulau ini pada ketinggian 1,982 m (6,503 ka). Sektor perindustriannya cukup mantap, termasuk sekali pemprosesan bijih dari lombong tembaga Besshi yang terkemuka. Penggunaan tanahnya amat intensif. Kawasan lanar yang luas, khususnya di kawasan timur, ditanam padi bergilir dengan gandum musim sejuk dan barli. Di seluruh kawasan utaranya tertanam pelbagai jenis buah-buahan, termasuk buah sitrus, pisang kaki, pic, dan anggur. Perusahaan gandum di sini menjadikan sanuki udon (讃岐うどん) sebagai makanan penting di wilayah Kagawa (bekas wilayah Sanuki) sejak zaman Edo.

Shikoku berhampiran Laut Pedalaman dan Honshū.

Kawasan selatan Shikoku pula adalah bergunung-ganang dan tidak ramai penduduknya. Satu-satunya tanah pamah penting di situ ialah sebidang kawasan padang lanar kecil di ibu wilayah Kōchi. Musim sejuk sederhana yang dialami di situ membolehkan kegiatan perkebunan trak khusus untuk penanaman sayur-sayuran luar pasaran yang dilitupi oleh plastik. Di kawasan selatan juga, padi boleh ditanam dua kali setahun. Industri pulpa dan kertas memanfaatkan hutan yang luas serta kuasa hidroelektrik.

Sungai utama di Shikoku ialah Sungai Yoshino yang panjangny 196 km dari puncanya berhampiran Gunung Ishizuchi, mengalir dari barat ke timur merentasi sempadan utara wilayah Kōchi dan Tokushima, sehingga ke laut di bandaraya Tokushima. Sungai Yoshino terkenal sebagai kawasan rakit redah jeram terunggul di Jepun, khususnya sepanjang bahagian Oboke Koboke di sungai ini.

Shikoku ada empat tanjung utama, iaitu: Gamōda di Anan, Tokushima sebagai titik paling timur di pulai ini; Sada di Ikata, Ehime yang paling barat; Muroto di Muroto, Kochi dan Ashizuri, titik paling selatan di Shikoku, yang terletak di Tosashimizu, Kochi, menganjur ke Lautan Pasifik. Titik paling utaranya pula ialah Takamatsu, Kagawa.

Berbeza dengan tiga pulau utama yang lain di Jepun, Shikoku tiada gunung berapi.

Pengangkutan[sunting | sunting sumber]

Istana Kōchi.
Anraku-ji di Kamiita, Tokushima.

Shikoku dihubungkan dengan Honshū oleh tiga batang lebuhraya.

Gerbang timur Shikoku, iaitu Bandaraya Naruto di Wilayah Tokushima dihubungkan dengan Lebuhraya Kobe-Awaji-Naruto sejak tahun 1998. Lebuh raya ini menghubungkan Shikoku dengan kawasan Kansai yang amat ramai penduduknya, termasuk bandar-bandar gabungan besar di Osaka, Kyoto dan Kobe. Justeri, Lebuhraya Kobe-Awaji-Naruto mengangkut lalu lintas yang besar, termasuk sebilangan besar perkhidmatan bas yang beroperasi antara Kansai dan Wilayah Tokushima.

Bahagian timur Shikoku dihubunhkan dengan Honshū oleh perkhidmatan feri, udara dan rangkaian Jambatan Seto Besar (sejak tahun 1988). Sebelum jambatan itu siap dibina, rantau ini dipencilkan dari seluruh kawasan lain di Jepun. Pemudahan perhubungan antara Honshū dan Shikoku diharapkan memupuk pembangunan ekonomi di kedua-dua belah jambatan.

Di dalam pulau ini, serangkaian lebuh raya kebangsaan menghubungkan pusat-pusat kependudukan utama, termasuk Laluan-Laluan 11, 32, 33, 55, dan 56.

Syarikat Keretapi Shikoku (JR Shikoku) berkhidmat di pulau ini dengan landasan-landasan berikut:

Selain JR Shikoku, juga terdapat perkhidmatan keretapi swasta yang beroperasi di keempat-empat wilayahnya.

Shikoku tiada lapangan terbang antarabangsa utama, tetapi ada empat lapangan terbang domestik (Tokushima, Takamatsu, Kochi-Ryoma dan Matsuyama). Keempat-empat lapangan terbang ini berhubung dengan Tokyo dan bandaraya utama lain di Jepun seperti Osaka, Nagoya, Sapporo, dan Fukuoka. Penerbangan antarabangsa ke Seoul, Korea Selatan dikendali oleh Asiana Airlines dari bandaraya Matsuyama dan Takamatsu. Juga adanya penerbangan sewa khas antarabangsa secara bermusim.

Perkhidmatan feri menghubungkan Shikoku dengan Honshu, Kyūshū dan pulau-pulau kecil di keliling Shikoku.

Pertanian[sunting | sunting sumber]

Shikoku merupakan tempatnya pelopor pertanian organik Masanobu Fukuoka, pengarang Revolusi Sebatang Jerami, membangunkan kaedah pertanian di ladang milik keluarganya.

Tradisi[sunting | sunting sumber]

Shikoku juga terkenal kerana ziarah 88 kuil yang berhubungan dengan pendeta Kūkai. Jika dahulu berjalan kaki, penziarah masa kini lebih gemar menaiki bas, serta memakai baju putih yang terpampang aksara kanji.

Wilayah Tokushima juga menganjurkan Awa Odori setiap bulan Ogos ketika perayaan Obon, yang menarik ribuan pelancong dari dalam dan luar negara.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Koordinat: 33°45′N 133°30′E / 33.750°N 133.500°E / 33.750; 133.500