Wilayah Ibu Negara Australia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Wilayah Ibu Kota Australia

Wilayah Ibu Negara Australia (Australian Capital Territory - ACT) ialah wilayah ibu negara Komanwel Australia, di mana ibu negara Australia, Canberra, berada. Wilayah ACT dikelilingi oleh wilayah New South Wales di seluruh bahagiannya.

Geografi[sunting | sunting sumber]

Luas ACT ialah 2,358 km2 dan kesemuanya adalah wilayah daratan menjadikan ACT sebagai satu-satunya wilayah di Australia yang tidak memiliki batas laut. Satu-satunya batas darat ACT ialah wilayah New South Wales yang mengelilingi ACT di semua sisi.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Suku penduduk asli Australia yang mendiami daerah ACT adalah Ngunnawal, Walgalu dan Ngarigo, jauh sebelum kedatangan orang Eropah pada 1820-an. Sejak 1824, berbagai pemukiman pendatang kulit putih mulai berkembang menjadi kota-kota kecil.

Apabila perlembagaan Australia sedang dibicarakan oleh koloni-koloni, Melbourne dan Sydney bersaing untuk menjadi ibu negara Australia. Akhirnya disepakati bahawa Melbourne dapat menjadi ibu negara sejak 1901 sehingga ibu negara baru telah dibangun.

Tempat sekarang disepakati pada 1908 dengan memenuhi syarat bahawa wilayahnya diambil dari New South Wales dan terletak lebih dari 100 batu dari Sydney. Pertandigan reka bentuk antarabangsa untuk ACT diselenggarakan pada 1911 dengan pemenang bernama Walter Burley Griffin. Pemberian nama dan pembangunan rasmi dilaksanakan pada 12 Mac 1913.

Pada 9 Mei 1927, kerajaan persekutuan secara rasmi berpindah ke ACT dari Melbourne dengan berbagai jabatan menyusul kemudian.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Wikivoyage memiliki panduan pelancongan bagi Australian Capital Territory.