William Peel (pentadbir koloni)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sir William Peel
Governor of Hong Kong 18th
Dalam jawatan
9 May 1930 – 17 May 1935
Didahului olehSir Cecil Clementi
Digantikan olehSir Andrew Caldecott
Butiran peribadi
Lahir(1875-02-27)27 Februari 1875
Hexham, England, UK
Meninggal dunia24 Februari 1945(1945-02-24) (umur 69)
London, UK
PasanganViolet Mary Drake
Alma materQueens' College, Cambridge
Profesioncolonial administrator

Sir William Peel KCMG, KBE (nama Cina: 貝璐, 27 Februari 1875 – 24 Februari 1945) adalah seorang pentadbir koloni British yang menjadi Gabenor Hong Kong.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Peel dilahirkan di Hexham , Northumberland, England. Beliau adalah anak kepada Rev. W. E. Peel bagi Boston Spa di Yorkshire. Dia menghadiri Sekolah Silcoates dan kemudiannya Kolej Queens, Cambridge.[1]

Perkhidmatan Koloni Awal[sunting | sunting sumber]

Dia menjadi kadet dalam Perkhidmatan Koloni pada 1897 dan kemudiannya dilantik sebagai Pemangku Pegawai Daerah Nibong Tebal pada tahun 1898 dan Bukit Mertajam pada tahun 1899 dan Province Wellesley sehingga 1901. Lantikan berikutnya sebagai Pemangku Setiausaha Koloni Kedua membawanya ke Singapura pada tahun 1902 sehingga dia kembali ke Pulau Pinang pada tahun 1905 untuk berkhidmat sebagai Pemangku Hakim Kedua dan Koroner. Selepas berkhidmat sebagai Pemangku Auditor pada tahun 1908 di Pulau Pinang, dia meneruskan perkhidmatannya dalam pelbagai jawatan di Negeri Melayu Bersekutu seperti Pemangku Setiausaha pada Residen Selangor pada tahun 1909 dan Pemangku Pegawai daerah Hulu Perak pada tahun 1910, sebelum kembali ke Pulau Pinang sebagai Presiden Majlis Daerah pada tahun 1911. Dia menjadi pemangku Majlis Residen bagi Pulau Pinang dari (26 Februari - 5 Oktober 1917). Kemudian dia menjadi presiden majlis perbandaran Singapura pada tahun 1918. Pada tahun 1919, dia dilantik sebagai pengawal laluan bersama buruh bagi Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Selat pada tahun 1920; dan pengerusi Kommiti Penganggur Eropah pada tahun 1921. Pada tahun 1922, dia menjadi Penasihat Residen British bagi Kerajaan Kedah. Dia kemudian menjadi Pemangku Majlis Residen Pulau Pinang dari 10 May hingga 9 Julai 1925. Pada tahun 1927, dia bertindak sebagai pegawai tadbir kerajaan dan High Commissioner bagi Negeri Melayu, setelah dilantik sebagai Ketua Setiausaha pada Kerajaan pada tahun 1926.

Gabenor Hong Kong[sunting | sunting sumber]

Pada 9 May 1930, Peel dilantik sebagai Gabenor Hong Kong. Semasa pentadbirannya, sistem telefon di Hong Kong diautomatik, dan penerbangan kekal pertama antara China dan Hong Kong ditubuhkan. Juga Peel menyelia pembinaan Rumah Rehat Gabenor di Fanling, di Jajahan Baru.

Peel bersara pada May 1935.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Peel berkahwin dengan Violet Mary Drake, anak pada W. D. Laing dan mendapat dua anak lelaki.

Tempat dinamakan sempena namanya[sunting | sunting sumber]

Peel Rise di Hong Kong dan Peel Avenue di Pulau Pinang dinamakan sempenannya. Selain itu Pusat Kesihatan Violet Peel dinamakan sempena isterinya. Blok Peel di Sekolah King George V - Hong Kong dinamakan sempenannya. Jalan Peel di Kuala Lumpur juga sempena namanya.


Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Pejabat-pejabat kerajaan
Didahului oleh
Sir Cecil Clementi
Gabenor Hong Kong
9 May 1930 - 17 May 1935
Diikuti oleh:
Sir Andrew Caldecott

Templat:Governor of Hong Kong