Xilofon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Xilofon daripada Filipina dipanggil "Kulintang a Kayo"

Xilofon (daripada Greek ξύλον - xilon, "kayu" + φωνή - fon, "suara", bererti "bunyi kayu") ialah alat muzik yang merupakan sebahagian keluarga perkakasan genderang (percussion). Ia termasuk dalam kumpulan yang dikenali sebagai genderang tala (tuned percussion) kerana ia boleh memainkan nota pic berlainan. Xilofon mempunyai palang yang dibuat daripada kayu. Xilofon dimainkan dengan memukul palang dengan pemukul (seperti tukul). Setiap kepingan kayu mempunyai panjang berbeza, dengan itu setiap satu memainkan nota berlainan apabila dipukul. Palang diatur seperti kekunci piano. Di bawah palang terdapat tiub panjang, dikenali sebagai penyalun, yang menguatkan bunyi.

Xilofon orkestra moden dikembangkan dari xilofon yang datang dari Afrika dan Asia. Ia digunakan sebagai peralatan muzik orang kebanyakan bagi negara di tengah Eropah. Ia pertama kali digunakan dalam orkestra oleh Humperdinck dalam opera Hansel dan Gretel. Ia juga digunakan oleh Saint-Saëns bagi Danse macabre di mana ia sepatutnya berbunyi seperti rangka, dan dalam Carnival of the Animals di mana ia sepatutnya berbunyi seperti fosil.

Xilofon biasanya dimainkan supaya bunyi muzik satu oktaf lebih tinggi dari yang ditulis. Kerana bunyinya agak pendek, xilofon biasanya digunakan bagi nada solo pendek yang pantas dan kering.

Marimba merupakan sejenis Xilofon yang mempunyai bunyi lebih lembut. Ia jarang digunakan dalam okestra. Ia biasanya didengari bersendirian, atau dalam kumpulan kecil, atau dalam jazz. Ia dicipta pada tahun 1910 di Amerika Syarikat.

Xilofon dan marimbas biasanya dimainkan dengan dua pemukul, tetapi pemain yang bagus mampu bermain dengan empat (sepasang setiap ttangan) supaya mereka boleh memainkan empat nota serentak. Pemukul yang lebih besar seperti yang digunakan bagi marimba juga boleh dipanggil sebagai pemalu.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • The Illustrated Encyclopedia of Musical Instruments, Könemann ISBN-10 3-8331-2195-5