Yoo Jeong-yeon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jeongyeon
유정연
Fail:Twicejeongyeon.jpg
Jeongyeon TWICE
Kelahiran
Yoo Kyung-wan

(1996-11-01) 1 November 1996 (umur 27)
PekerjaanPenyanyi
Kerjaya muzik
GenreK-pop
InstrumenVokal
Tahun aktif2015–sekarang
Syarikat rakaman
JYP Entertainment
Pengkarya berkait
Nama Korea
Hangul유정연
Perumian SemakanYoo Jeongyeon
McCune–ReischauerYu Jongyon

Yoo Jeong-yeon (lahir Yoo Kyung-wan pada 1 November 1996) lebih dikenali sebagai Jeongyeon ialah seorang penyanyi wanita Korea Selatan. Beliau merupakan ahli kumpulan K-pop wanita, Twice yang ditubuhkan oleh JYP Entertainment melalui rancangan realiti tahun 2015, Sixteen.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Jeongyeon lahir pada 1 November 1996 di Suwon, Gyeonggi, Korea Selatan.[1] Beliau menukar namanya kepada Jeong-yeon ketika berada di gred tiga.[2] Kakak beliau, Gong Seung-yeon merupakan seorang pelakon.[3] Beliau menyertai JYP Entertainment selepas lulus Uji Bakat Terbuka ke–6 agensi tersebut pada 1 Mac 2010.[4] Beliau dijadual untuk membuat kemunculan pertama dalam kumpulan wanita, 6mix sebelum mengambil bahagian dalam rancangan Sixteen.[5]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2014, beliau bersama Nayeon muncul dalam video muzik GOT7, "Girls Girls Girls" dan pada tahun 2015, beliau muncul dalam video muzik miss A, "Only You". Jeongyeon diumumkan sebagai salah seorang peserta pertandingan Sixteen untuk menentukan ahli ahli kumpulan wanita JYP yang baru.[6] Rancangan ini bermula pada 5 Mei dan berakhir dengan beliau dinamakan sebagai salah seorang daripada ahli Twice. Pada 20 Oktober, Jeongyeon membuat kemunculan pertamanya sebagai ahli Twice menerusi album mini, The Story Begins dan lagu Like OOH-AHH.[7]

Beliau mengacarakan program muzik SBS, Inkigayo bersama kakaknya dan Kim Min-seok bermula 3 Julai 2016 sehingga 22 Januari 2017.[8]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Video muzik[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Artis
2014 "Girls Girls Girls" GOT7
2015 "Only You" Miss A
2016 "Fire" J.Y. Park

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Lee, Yoon-min. "'아는형님' 서장훈, 트와이스 정연과 짝꿍 되자 당황 "왜 하필..."". TV Daily (dalam bahasa Korea). TV Daily. Dicapai pada 1 Ogos 2016.
  2. ^ "[V LIVE] 트와이스 콤비 정연&지효의 Friend V" [[V LIVE] Twice duo Jeongyeon and Jihyo's Friend V]. Naver V Live. 19 Mac 2016. Peritiwa berlaku pada 50:30. Dicapai pada 1 Ogos 2016.
  3. ^ "'식스틴' 정연, 언니 공승연과 만남에 눈물 펑펑…과거 사진도 공개". Naver (dalam bahasa Korea). Sports Chosun. Dicapai pada 4 Februari 2016.
  4. ^ "JYP 걸그룹 프로젝트 '식스틴', 16번째 멤버 정연 공개 '섹시+시크'". BNT News (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 4 Februari 2016.
  5. ^ Yun, Seong-yeol. "[단독]'선미 피처링' 리나, JYP新걸그룹 데뷔..미모·실력 겸비". Naver TV (dalam bahasa Korea). Naver Corporation. Dicapai pada 26 Oktober 2017.
  6. ^ Yoo, Ji-hyae. "[단독] Mnet-JYP 손잡았다...걸그룹 제작 프로 론칭". Naver TV (dalam bahasa Korea). Naver Corporation. Dicapai pada 26 Oktober 2017.
  7. ^ Won, Ho-jung. "Twice's 'Story Begins'". K-pop Herald. Herald Corporation. Dicapai pada 26 Oktober 2017.
  8. ^ Kim, Soo-hyang. "New host lineup for 'Inkigayo' revealed". Kpop Herald. Herald Corporation. Dicapai pada 31 Oktober 2016.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]