Zahari Awang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tuan Haji

Mohd Zahari Awang
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Kuala Krai, Kelantan
Dalam jawatan
1974–1978
Didahului olehKonstituensi baharu
Digantikan olehNik Hussein Wan Abdul Rahman
Setiausaha Parlimen
Kementerian Luar Negeri Malaysia
Dalam jawatan
1974–1977
Didahului olehJawatan diwujudkan
Digantikan olehZakaria Abdul Rahman
Butiran peribadi
Lahir1950
Kuala Krai, Kelantan
Parti politik Parti Islam Se-Malaysia
Sekutu gabungan
politik lain
Barisan Nasional (1974-1977)

Zahari Awang merupakan ahli parlimen PAS termuda di Malaysia kerana menjadi ahli parlimen Kuala Krai ketika berusia 24 tahun. Perdana Menteri keenam, Dato' Seri Mohd Najib Razak menjadi ahli parlimen Pekan, Pahang ketika berusia 24 tahun.[1]

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Zahari Awang berasal dari Kampung Bukit Tiu. Beliau pernah bekerja sebagai kerani di Pejabat Tanah Machang.Beliau merupakan bekas pelajar Fakulti Sains Politik, USM kini, menetap di Lorong Guchil, Kuala Krai, Kelantan. Beliau pernah mendapat biasiswa Full Bright, USA.

PAS keluar dari Barisan Nasional 1977[sunting | sunting sumber]

Pada 1971 PAS menyertai Barisan Nasional selepas Peristiwa 13 Mei 1969, tapi ditendang keluar pada 1977.Apabila PAS menyertai BN, PAS mendapat tiga jawatan menteri, 3 jawatan timbalan menteri dan tiga jawatan setiausaha parlimen.

Apabila PAS keluar dari BN, seramai 12 pemimpin PAS keluar daripada Barisan Nasional tetapi Dato Hassan Adli Mohd Arshad dan Dato Asri Haji Muda tidak keluar dari PAS. Zahari Awang dan 11 ahli parlimen PAS/Barisan Nasional yang lain mengumumkan keluar BN di lobi Parlimen.

Pada 1988, Setiausaha Agung Pas, ustaz Nakhaie Ahmad ,dari PAS,"murtad politik" menyertai UMNO. Ketika itu Nakhaie Ahmad sedang mengendalikan akhbar Harakah - lidah rasmi PAS.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]