Zainal Abidin Sakom

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Fail:Zainal Abidin Sakom.jpg
Zainal Abidin Sakom

Datuk Zainal Abidin Sakom merupakan bekas Adun Batang Kali , daerah Hulu Selangor dan pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK). Beliau sering dijemput oleh RTM untuk membicarakan isu-isu semasa . Dari penampilannya, jelas beliau seorang yang Islamik.

Namanya kembali popular apabila kerajaan negeri Selangor pimpinan Menteri Besar Selangor , Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberi syarat melantik beliau sebagai Pengerusi YBK dan 3 orang EXCO Selangor sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK sekiranya mahu mendapat kelulusan merancang UiTM Serenbdah di atas tanah YBK.

Saman terhadap Khalid[sunting | sunting sumber]

Pada 23 April 2010, Zainal Abidin Sakom dan YBK menyaman Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan exco kerajaan negeri Selangor Yaakob Sapari. Saman malu difailkan oleh peguam Hasnal Rezua Merican di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Surat khabar 'Suara Keadilan' sehingga 9 Mac 2010 mewnyiarkan artikel "Zainal Sakom Gadai Tanah YBK" berdasarkan sidang media Abdul Khalid pada 24 Februari 2010. Artikel itu melaporkan Yaakob Saparil menuduh Zainal Abidin menggadai tanah milik kerajaan negeri kepada bank untuk tujuan memenuhi keinginan peribadi beliau bersama teman seangkatannya sebagai perbuatan khianat . Pada 5 April 2010, laman web http://tvselangor.com menerbitkan artikel bertajuk "Kemelut YBK: MB Marah Orang Melayu Tipu Melayu" .

Pada 25 Februari 2010, YBK merayu Mahkamah Tinggi Shah Alam membatalkan keputusan Pentadbir Tanah Daerah Hulu Selangor merampas dan menolak bayaran cukai beberapa bidang tanah milik YBK.

Pada 25 Mac 2010, YBK memfailkan saman terhadap kerajaan Selangor, Pentadbir Tanah Daerah Hulu Selangor dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor bagi menuntut ganti rugi RM73.8 juta kerana didakwa menyalahguna kuasa berhubung isu pembinaan kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Serendah.

Rujukan[sunting | sunting sumber]