Zaman Air Batu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Zaman air batu adalah tempoh di mana suhu iklim bumi turun menyebabkan peningkatan jumlah pembentukan air batu di kutub dan glasier gunung.

Zaman air batu adalah tempoh suhu menurun dalam jangka masa yang lama dalam iklim bumi yang seterusnya menyebabkan peningkatan dalam keluasan air batu di kawasan kutub dan glasier gunung. Secara geologi, zaman air batu sering digunakan untuk merujuk kepada tempoh lapisan air batu di utara dan selatan hemisfera dengan takrifan ini kita masih dalam zaman air batu. Secara ringkasnya, dan untuk tempoh 4 juta tahun kebelakangan ini, takrifan "zaman air batu" digunakan untuk merujuk kepada tempoh yang lebih sejuk dengan litupan air batu yang luas di seluruh benua Amerika Utara dan Eropah. Dari sudut ini, zaman air batu terakhir berlaku kira-kira 10,000 tahun lalu. Zaman ini juga dikatakan sebagai suatu tempoh glasier untuk tempoh sejuk ketika zaman air batu dan perantaraan glasier (interglacial) untuk suatu tempoh yang panas.