Zaman Logam di Malaysia
|
|
Rencana atau bahagian ini mungkin mengandungi bahan kajian peribadi atau tuntutan pendapat yang tidak disahkan. Sila perbaiki rencana ini dengan menambah rujukan. Lihat laman perbincangan untuk maklumat lanjut. (Ogos 2010) |
| Rencana ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. (Ogos 2010) |
Selepas Zaman Neolitik,teknologi manusia Zaman Prasejarah telah berkembang ke arah teknologi logam.Zaman Logam di Malaysia bermula kira-kira 4000 tahun dahulu.Pada zaman ini manusia telah mencipta alat gangsa dan besi.
Isi kandungan |
Ciri-ciri penempatan [sunting]
Pada zaman ini mereka hidup menetap di sesuatu tempat tidak berpindah-randah dari suatu tempat ke suatu tempat yang lain.Ada yang tinggal berhampiran dengan sungai dan ada yang masih tinggal di dalam gua.
Pada masa ini mereka mula mempunyai adat resam mereka yang tersendiri.
Kegiatan dan peralatan [sunting]
Mereka menghasilkan alat logam daripada gangsa dan besi.Mereka juga bercucuk tanam , menangkap ikan , berburu binatang liar di hutan, menternak binatang ternakan, dan menjalankan perniagaan secara tukar barang.
Di antara alat-alat yang digunakan ialah kapak, sabit, pisau, dan mata lembing.Mereka juga menggunakan tulang mawas sebagai salah satu daripada alat yang mereka gunakan.
Kepercayaan [sunting]
Pada Zaman Logam, mereka mempunyai kepercayaan dan pegangan hidup yang tertentu.Mereka turut menjalankan upacara pengebumian menggunakan kepingan batu.Mereka juga pandai menghasilkan keranda yang berbentuk perahu.
Lokasi di Malaysia [sunting]
- Sungai Tembeling, Pahang
- Gua Harimau, Perak
- Changkat Menteri, Perak
- Lembah Bernam, Selangor
- Sungai Muar, Johor
- Sungai Langat, Selangor