Zamzani Abdul Wahab

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Chef Zam
Kelahiran
Zamzani bin Abdul Wahab

(1970-04-19) 19 April 1970 (umur 54)
PendidikanDiploma Masakan
Pusat pendidikanUniversiti Teknologi MARA (UiTM)
PekerjaanCef, pengacara televisyen, personaliti media
Tahun aktif1994–kini

Prof. Dato' Zamzani Abdul Wahab (lahir 19 April 1970) lebih dikenali sebagai Chef Zam ialah seorang chef, pengacara televisyen dan personaliti media Malaysia.[1]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Chef Zam dilahirkan dan dibesarkan dj Kuala Terengganu yang mana beliau belajar memasak bersama ibunya sejak berusia 7 tahun. Beliau memperoleh diploma masakan dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) pada 1993. Selepas itu, beliau bekerja sebagai cef di beberapa hotel sebelum melanjutkan ijazah sarjana Sains Bersekutu dalam Pengurusan Hotel-Restoran dan ijazah sarjana dalam Pengurusan Institusi/Restoran-Hotel di Universiti Johnson and Wales, AS. Chef Zam bekerja di New York selama tiga tahun. Beliau kemudian pulang ke Malaysia dan bekerja di Kolej KDU pada 1998. Pada tahun 2003, beliau menerima biasiswa untuk belajar dalam ijazah sarjana dalam Pengurusan Hospitaliti dari Universiti Thames Valley, London. Selepas pulang dari London, Chef Zam kembali ke Malaysia dan kembali mengajar di Kolej KDU.

Beliau kini memegang jawatan sebagai Ketua Projek Khas di Sekolah Hospitaliti, Pelancongan & Seni Kulinari di kolej sama, kampus selama lebih 11 tahun.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau muncul dalam beberapa rancangan televisyen seperti Garam Gula, Citarasa Selebriti, Ole-ole Malaysia, Serimas...Selera Dunia, Aroma Selebriti, Chef Selebriti Realiti TV (Suria TV, Singapura) dan Sajian Ramadhan 2008. Beliau juga menjadi duta Philips.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Chef Zam sebelum ini mempunyai berat badan 136 kg, telah turun kepada 76 kg selepas melakukan pembedahan bariatrik pada 2007.[2]

Ibu beliau, Chik Minah meninggal dunia pada 26 September 2020 akibat pneumonia.[3]

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Grace Chen (16 Mac 2008). "Gastronomic bliss" [Godaan gastronomi] (dalam bahasa Inggeris). The Star Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-10-17. Dicapai pada 12 Jun 2017.
  2. ^ "Dulu besar, sekarang kecil". Perak Today. 13 September 2014. Dicapai pada 13 Jun 2018.
  3. ^ Qarami Hashim (26 September 2020). "Ibu Chef Zam meninggal dunia akibat pneumonia". mStar Online. Dicapai pada 26 September 2020.
  4. ^ "Azizulhasni, lima doktor dikurnia gelaran Datuk". Harian Metro. 18 July 2021. Dicapai pada 18 July 2021.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]