Zodiak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Roda zodiak: Mozek abad ke-6 di sebuah rumah ibadat menggabungkan unsur Greek-Byzantine.

Dari sudut astronomi, zodiak dikatakan terdiri daripada gugusan buruj atau rasi bintang yang terletak disepanjang lingkaran (garisan) matahari. Bulan dan juga planet-planet di galam galaksi Bima Sakti terletak di dalam lingkaran matahari yang pada masa yang sama berada di ruangan gugusan zodiak. Sumber astrologi pula menyifatkan zodiak sebagai tanda-tanda buruj yang terbahagi kepada dua belas bentuk yang sama besar. Zodiak kini terbahagi kepada tiga belas buruj yang terdiri daripada dua belas tanda-tanda.

Istilah zodiak diambil dari perkataan Latin zōdiacus, yang digubah daripada perkataan Greek ζωδιακός κύκλος (zōdiakos kuklos), yang membawa maksud lingkaran kecil haiwan. Istilah ini diambil berikutan fakta yang mengatakan separuh daripada tanda-tanda zodiak Greek purba terdiri daripada makhluk hidup. Pada hari ini, istilah dan juga nama-nama kesemua dua belas tanda-tanda lebih banyak dikaitkan dengan astrologi horoskopik walaupun zodiak masih lagi digunakan sebagai asas rujukan astronomi.

Zodiak sebagai kalendar[sunting | sunting sumber]

Sebuah lukisan abad ke-17 daripada Svetitskhoveli yang menggambarkan Yesus Kristus dalam lingkaran zodiak.

Konsep zodiak berasal dari Babylon dimana pada tahun 2000 Sebelum Masihi digunakan sebagai kaedah untuk memvisualisasikan berlalunya waktu. Seperti kalendar, ianya dibahagikan kepada dua belas bahagian, iaitu dua belas bulan dalam satu tahun. Tanda-tanda zodiak yang digunakan sekarang adalah daripada hasil kajian ahli astronomi Mesir, Ptolemy pada abad kedua Masihi, ketika zodiak sudah digunakan sekurang-kurangnya selama dua ribu tahun.

Tanda-tanda zodiak (astrologi) berserta maksud[sunting | sunting sumber]

Pada abad kelima sebelum masihi, zodiak (astrologi) telah dibahagikan kepada dua belas bahagian yang sama (satu untuk setiap bulan daripada tahun). Berikut merupakan senarai zodiak astrologi berserta unicode dan terjemahan dengan zodiak Serpentarius diabaikan:

  • Aries (): Kambing biri-biri – kawasan ekuinoks musim bunga pada 21 Mac, yang merupakan tempoh tahun baru bagi kalendar purba.
  • Taurus (): Lembu jantan.
  • Gemini (): Si kembar.
  • Cancer (): Ketam – bermulanya musim panas, 21 Jun.
  • Leo (): Singa.
  • Virgo (): Gadis yang masih dara.
  • Libra (): Dacing – musim gugur 21 September.
  • Scorpio (): Kala jengking.
  • Sagittarius (): Centaur si pemanah.
  • Capricorn (): Kambing laut – musim sejuk 21 Disember.
  • Aquarius (): Pembawa air.
  • Pisces (): Ikan.

Jadual tarikh zodiak[sunting | sunting sumber]

Simbol-simbol yang digunakan oleh ahli astrologi barat untuk menggambarkan tanda-tanda astrologi.
Tanda-tanda zodiak seperti yang ditunjukkan dalam ukiran kayu pada abad yang ke-16.

Berikut merupakan jadual kesemua dua belas tanda-tanda zodiak (astronomi dan astrologi).

Astrologi Astronomi
Nama Simbol Zodiak Tropika
(2014, UTC)
Zodiak Sidereal
(2014, UTC)[1]
Nama Tarikh Astronomi (2014) Pancaran Solar Bintang
Aries Aries 20 Mac – 20 April 14 April – 7 Mei Aries 19 April – 14 Mei 25.5 hari Hamal
Taurus Taurus 20 April – 21 Mei 14 Mei – 7 Jun Taurus 14 Mei – 21 Jun 38.2 hari Aldebaran
Gemini Gemini 21 Mei – 21 Jun 14 Jun – 7 Julai Gemini 21 Jun – 21 July 29.3 hari Pollux
Cancer Cancer 21 Jun – 22 July 14 July – 6 Ogos Cancer 21 July – 11 Ogos 21.1 hari Al Tarf
Leo Leo 22 July – 23 Ogos 14 Ogos – 7 September Leo 11 Ogos – 17 September 36.9 hari Regulus
Virgo Virgo 23 Ogos – 23 September 13 September – 6 Oktober Virgo 17 September – 31 Oktober 44.5 hari Spica
Libra Libra 23 September – 23 Oktober 13 Oktober – 7 November Libra 31 Oktober – 21 November 21.1 hari Zubeneschamali
Scorpio Scorpio 23 Oktober – 22 November 13 November – 6 Disember Scorpius 21 November – 30 November 8.4 hari Antares
Serpentarius Serpentarius diabaikan oleh ahli astrologi Ophiuchus 30 November – 18 Disember 18.4 hari Rasalhague
Sagittarius Sagittarius 22 November – 22 Disember 13 Disember – 6 Januari Sagittarius 18 Disember – 21 Januari 33.6 hari Kaus Australis
Capricorn Capricornus 22 Disember – 20 Januari 13 Januari – 8 Februari Capricornus 21 Januari – 17 Februari 27.4 hari Deneb Algedi
Aquarius Aquarius 20 Januari – 18 Februari 12 Februari – 7 Mac Aquarius 17 Februari – 13 Mac 23.9 hari Sadalsuud
Pisces Pisces 18 Februari – 20 Mac 15 Mac – 8 April Pisces 13 Mac – 20 April 37.7 hari Eta Piscium

Dalam jangka panjang, jika Kalendar Gregory tidak diubahsuai, maka ekuinoks akan dipindahkan ke tarikh yang sebelumnya.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Nilai yang digunakan boleh berubah, tetapi selalunya menghampiri 24°.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]