George VI

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
George VI
Raja United Kingdom
King George VI of England, formal photo portrait, circa 1940-1946.jpg
Pemerintahan 11 Disember 19366 Februari 1952
Pertabalan 12 Mei 1937
Nama Penuh Albert Frederick Arthur George
Lahir 14 Disember 1895
Sandringham House, Norfolk
Mangkat 6 Februari 1952
Sandringham House, Norfolk
Pendahulu Edward VIII
Pengganti Elizabeth II
Permaisuri Elizabeth
Anakanda Elizabeth II
Margaret, Countess of Snowdon
Wangsa House of Windsor
Ayahanda George V
Bonda Mary of Teck


George VI (14 Disember 18956 Februari 1952; nama penuh: Albert Frederick Arthur George Windsor) merupakan raja Kerajaan Great Britain dan Ireland Utara dari 1936 hingga 1952, serta Maharaja India dari 1936 sehingga 1947.

Dilahirkan di Rumah Sandringham, Norfolk sebagai anak kedua kepada Raja George V, George VI dididik di Kolej Trinity, Universiti Cambridge dan Kolej Tentera Laut DiRaja di Isle of Wight. Pada 1923, beliau berkahwin dengan Lady Elizabeth Bowes-Lyon dan melahirkan dua orang anak:

  • Elizabeth Alexandra Mary yang kemudiannya menjadi Ratu Elizabeth II; dan
  • Margaret Rose.

George menaiki takhta setelah abangnya, Edward VIII turun dari takhta secara sukarela.

Pemerintahan George VI telah menyaksikan bagaimana jawatan raja British sebagai Maharaja India dibubarkan dengan berpecahnya negara India kepada dua, iaitu, India dan Pakistan.

George VI mangkat di Sandringham dan digantikan oleh anaknya, Elizabeth II.