Zujajat al-Masabih

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Zujajat al-Masabih (Melayu: zujajah al-masabih, lit.'geluk kaca lampu') ialah sebuah himpunan ringkasan Hadis yang menyokong pengajian Islam ahli sunah waljamaah bagi mazhab Hanafi. Kitab ini menghimpunkan sehingga lima jilid dan mengandungi 6634 buah hadis[1]. Ia dikarang oleh Hazrat Abdullah Shah Naqshbandi, ulama dari Hyderabad, India[2]. Kitab ini mula diterbitkan pada 1960.

Kitab ini dikarang bermodelkan gaya dan cara penulisan Al-Tabrizi bagi kitab Misykat al-Masabih. Kitab Misykat cenderung ke arah mazhab Syafii, manakala Naqshbandi menghasilkan Zujajat sebagai himpunan dalil-dalil bagi mazhab Hanafi.

Kitab ini diterjemahkan ke bahasa Urdu dengan syarahan oleh Maulana Mohammed Muneeruddin, bekas Khatib Masjid Makkah dan Mohammed Abdus Sattar Khan Naqshbandi, bekas Ketua Jabatan Bahasa Arab, Universiti Osmania, Hyderabad, India. Kemudian, para ulama dari Jamiah Nizamiyah mengambil alih kerja-kerja penterjemahan.[3]

Penyusunan[sunting | sunting sumber]

Buku ini mempunyai lima jilid yang mengandungi 6634 buah hadis.

  • Jilid pertama: Bermula dari Bab Iman hingga Bab Puasa. Ia mengandungi 2564 hadis.
  • Jilid kedua: Bermula dari Bab Kelebihan al-Quran hingga Bab Pembebasan (Hamba). Ia mengandungi 1255 hadis.
  • Jilid ketiga: Bermula dengan Bab Qisas hingga Bab Mimpi. Ia mengandungi 1170 hadis.
  • Jilid keempat: Bermula dengan Bab Adab hingga Bab al-Fitan (Ujian). Ia mengandungi 1093 hadis.
  • Jilid kelima: Bermula dengan Bab Kelebihan Nabi hingga akhir, Bab Ganjaran Umat. Ia mengandungi 552 hadis.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ https://www.waseemziyai.com/zujajtul-masabih.html
  2. ^ arbab, Munawar (2015). Sufi Saints of Indus Valley. Lulu press. m/s. 107. ISBN 9781329580886.
  3. ^ "Zujajat al Masabih, Vols 5, زجاجة المصابيح, أبي الحسنات السيد عبدالله الحيدرآبادي".