Zulkifli Hasan (Malaysia)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Zulkifli Hasan

LLB (Hons), MCL (UIAM); PhD (Durham)
Timbalan Menteri
Jabatan Perdana Menteri
(Hal Ehwal Agama)
Memegang jawatan
12 Disember 2023
Raja
Perdana MenteriAnwar Ibrahim
MenteriMohd Na'im Mokhtar
Timbalan Rektor Pembangunan Pelajar dan Perhubungan Masyarakat
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Dalam jawatan
2018–2022
Dekan Fakulti Syariah dan Undang-Undang
Universiti Sains Islam Malaysia
Dalam jawatan
2017–2018
Butiran peribadi
Lahir (1977-06-03) 3 Jun 1977 (umur 46)
Tanjong Malim, Perak
Alma materDurham University
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (LLB & MCL)

Yang Berhormat Senator Dr. Zulkifli bin Hasan (lahir 3 Jun 1977) ialah seorang ahli akademik, penulis dan ahli politik di Malaysia. Beliau telah dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sejak 12 Disember 2023.[1]

Dr. Zulkifli Hasan merupakan bekas Timbalan Rektor (Pembangunan Pelajar dan Perhubungan Masyarakat), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), dan mantan Dekan Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Beliau pernah memegang pelbagai jawatan akademik lainnya seperti penyunting untuk Malaysian Journal of Syariah and Law, untuk Journal of Islamic Accounting and Business Research, Anggota Lembaga Penasihat Journal of Contemporary Maqasid Studies, Penolong Penyunting untuk Malaysian Journal of Islamic Movements and Muslim Societies, ahli panel bagi regulasi muamalat dan halal,Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jawatankuasa Pendidikan Syariah dan Undang-Undang, JAKIM, ahli jawatankusa timbang tara Universiti Inns of Court Malaysia, jawatankuasa Penguam Syarie, JAKIM, jawatankuasa teknikal Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU), Anggota Pengarah Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, Ketua Majlis Debat Universiti-Universiti Malaysia (MADUM], Wakil Ketua Majlis Tatatertib dan Disiplin Universiti Malaysia (MATDUM), pensyarah jemputan untuk Judicial and Legal Training Institute, Jabatan Perdana Menteri dan Centre For Islamic Banking, Finance And Management (CIBFM), Brunei Darussalam, penyemak jurnal untuk banyak jurnal antarabangsa yang dirujuk serta anggota lembaga Penasihat Editorial Shari'ah Law Reports dan Global Islamic Finance Magazine. Beliau juga merupakan Lembaga Pengarah bagi Malaysian-American Commission on Educational Exchange (MACEE), anggota Lembaga Penasihat untuk Institut Ekonomi Islam dan Kewangan, Universiti Marmara, Istanbul, Turki, Felo Penyelidik Kanan, Universiti Selangor, Penasihat Akademik, Kolej Dar Al-Hikmah, Selangor.[2]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Lahir dari pasangan Haji Hasan Yeen dan Hajah Rabeah Khalid di Tanjong Malim,[3] beliau hidup bersama keluarga penoreh getah di Slim River pada awal hidupnya. Mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Kebangsaan Sungai Behrang. Kemudian melanjutkan pelajaran di Madrasah Idrisiah di Kuala Kangsar, dan dinobatkan sebagai pelajar terbaik tahunan pada 1994 di Madrasah tersebut.[4]

Beliau telah menamatkan pengajian peringkat ijazah sarjana muda di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam ijazah sarjana muda undang-undang pada tahun 2001, dan ijazah sarjana muda keduanya dalam jurusan syariah pada tahun 2002, kemudian beliau memperoleh ijazah sarjana undang-undang perbandingan di universiti yang sama pada tahun 2004. Selepas itu, beliau melanjutkan pelajaran di Durham University di United Kingdom, dan tamat dengan doktor falsafah dalam Kewangan Islam pada tahun 2011.[4]

Kerja-Kerja Kemasyarakatan[sunting | sunting sumber]

Dr. Zulkifli juga aktif dalam kerja-kerja kemasyarakatan sebagai lembaga pemegang amanah Global Peace Mission Malaysia, mantan Ketua Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Negeri Sembilan, anggota Lembaga Pengelola Sekolah Rendah Islam Seremban, dan Ketua MYCOM4SDG. Beliau memiliki pengalaman di peringkat antarabangsa yang berharga dan terlibat aktif dengan masyarakat awam di United Kingdom, iaitu Durham Islamic Society dan Palestine Solidarity Campaign, serta di Amerika Syarikat, iaitu Association of Muslim Lawyers of New York dan Fordham Islamic Society. Pada tahun 2013, beliau mewakili Malaysia dalam sebuah Program berprestij iaitu Young Muslim Intellectuals in Southeast Asia di Jepun yang dianjurkan oleh Japan Foundation. Beliau telah dipilih sebagai penerima geran pada tahun 2014 untuk mejalankan kajian ilmiah di Universiti Fordham, New York, Amerika Syarikat oleh J. William Fulbright Foreign Scholarship Board melalui Inisiatif Fulbright US-ASEAN Visiting Scholars.[5]

Penulisan[sunting | sunting sumber]

  1. Imam Yusuf al-Qaradawi: Pemikiran dan Pengaruhnya Terhadap gerakan Dakwah, Politik dan Masyarakat
  2. Minda Masa Depan Strategik Katalis Reformasi Intelektual
  3. Pemimpin Seribu Wajah – Himpunan Ceritera Mengenang Siddiq Fadzil
  4. Ilmuan Pencerah Umat Misi dan Wawasan dalam Kebangkitan Islam di Alaf Baharu
  5. Merintis Kampus Barakah
  6. Kompendium Maqasid al-Shariah
  7. Fiqh Isu Semasa
  8. Student Union
  9. The Edinburgh Companion to Shari’ah Governance in Islamic Finance
  10. Readings in Islamic Economic and Finance
  11. Manifesto Perubahan
  12. Essential Readings in Islamic Finance
  13. Islam Di Barat Muslim Di Timur
  14. Hududisme: Antara Retorik Dan Realiti
  15. Generasi Kedua Politikal Islam
  16. Revolusi Intelektual
  17. Rashid al-Ghannoushi: Intelektual-Reformis Politikal Islam
  18. Pemikiran Yusuf Al Qaradhawi
  19. Rashid al-Ghannoushi: Intelektual-Reformis Gerakan Islam
  20. Shari’ah Governance in Islamic Banks
  21. Konsep Sumpah (Al-Yamin) dan Pelaksanaannya di Mahkamah Syariah
  22. HUDUD DI MALAYSIA: CABARAN PELAKSANAAN
  23. Islamic Banking and Financial Crisis: Reputation, Stability and Risks
  24. Islamic Commercial Law Report 2016
  25. Anwar Ibrahim: Semangat Anak Muda
  26. Research in Corporate and Shari’ah Governance in the Muslim World: Theory and Practice
  27. Developments in Malaysian Law
  28. Masa Depan Strategik Kebangkitan Islam
  29. Amalan Kehakiman dan Guaman Syarie di Malaysia
  30. Diskusi Syariah dan Undang-Undang Siri 3

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Zulkifli Hasan miliki pengalaman luas bidang syariah, kewangan Islam". Sinar Harian. 2023-12-12. Dicapai pada 2023-12-12.
  2. ^ https://www.zulkiflihasan.com/about-me/
  3. ^ https://www.zulkiflihasan.com/my-family/
  4. ^ a b "About me". zulkiflihasan.com (dalam bahasa Inggeris). 2016-07-06. Dicapai pada 2023-12-12.
  5. ^ https://www.zulkiflihasan.com/about-me/

Pautan luar[sunting | sunting sumber]