Angkatan Belia Islam Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
اڠکتن بليا اسلام مليسيا
Logoabim.gif
Jenis NGO
Ibu pejabat Kuala Lumpur, Malaysia
Penubuhan
Diasaskan 6 Ogos 1971
Identiti
Orang penting Amidi Abdul Manan (Presiden)
Matlamat "Gerakan Islam Yang Komprehensif untuk Merealisasikan Cita-cita Islamiyyah"
Moto "Membina Dan Memimpin Tamadun Khayra Ummah"
Laman sesawang abim.org.my

[1]


sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Angkatan Belia Islam Malaysia (Jawi: اڠکتن بليا اسلام مليسيا, Bahasa Inggeris: Muslim Youth Movement of Malaysia, disingkatkan sebagai ABIM) merupakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) di Malaysia. Presiden ABIM masakini adalah Amidi Abdul Manan.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah ditubuhkan pada 6 Ogos 1971 di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hasil beberapa pertemuan generasi pengasas ketika itu. Pengerusi penaja rasmi ketika itu ialah Ustaz Abdul Wahab Zakaria dan Fauzi Abd. Rahman (sekarang Dato’) sebagai Setiausaha Agung. ABIM merupakan sebuah badan bukan kerajaan Islam yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan pada 17 Ogos 1972 di bawah Akta Pertubuhan 1966.

Muktamar ABIM yang pertama telah diadakan pada tahun 1972 di mana Ustaz Razali Nawawi (sekarang Profesor Dr) telah dipilih sebagai Presiden ABIM yang pertama manakala Anwar Ibrahim (sekarang Dato’ Seri) dipilih sebagai Setiausaha Agung. Pada tahun 1974 Anwar Ibrahim telah dilantik sebagai Presiden ABIM yang kedua. Ustaz Siddiq Fadzil (sekarang Dato’ Dr) pula telah dilantik untuk memangku dan seterusnya menjadi Presiden ABIM selepas penyertaan Anwar Ibrahim ke dalam UMNO pada tahun 1982.

Ustaz Muhammad Nur Manuty (sekarang Dr) telah dilantik sebagai Presiden pada tahun 1991. Pada September 1997, Ahmad Azam Abdul Rahman telah dipilih sebagai Presiden ABIM yang kelima di Muktamar Sanawi ABIM ke-26 di Alor Setar, Kedah. Pada Ogos 2005 pula, saudara Yusri Mohamad dipilih sebagai Presiden ABIM yang keenam di Muktamar Sanawi ABIM ke-34. Dalam era 1970-an, semasa ABIM berada di bawah kepimpinan Ustaz Razali Nawawi dan Anwar Ibrahim, ABIM mengambil pendekatan konfrontasi dan dengan demikian, ABIM menjadi lantang terhadap beberapa dasar dan pendirian pihak pemerintah. Pendekatan ini dirasakan sesuai dengan tuntutan dan keperluan era itu.

Pada dekad kedua, di tahun-tahun 1980-an, ketika kepimpinan Ustaz Siddiq Fadzil, pendekatan ABIM ditandai oleh perubahan orientasi ke arah pendekatan menangani dan menyelesaikan masalah (problem-solving). Pendekatan ini melahirkan banyak institusi dan agensi ABIM seperti Islamic Outreach-ABIM dan seumpamanya. Ketika dekad ketiga 1990-an pula, ABIM yang berada di bawah kepimpinan Ustaz Muhammad Nur Manuty berperanan lebih proaktif sebagai rakan dalam pembinaan negara (partner in nation-building).

Di alaf baru, Ahmad Azam Abdul Rahman membawa tema pemugaran semula idealisme untuk menggilap semula dinamika perjuangan serta agenda pemersatu ummah, bertepatan dengan tuntutan semasa yang begitu mendesak. ABIM terus menjadi jurubicara umat dalam pelbagai dimensi agar umat seluruhnya terpelihara iman, nyawa, harta, maruah, kebebasan, hak dan keselamatan mereka. Kini ABIM di bawah pimpinan saudara Yusri Mohamad memberikan tumpuan kepada agenda dakwah serta memperkasa agama dan bangsa. Pada 1 Ogos 2009, Muhamad Razak Idris dipilih sebagai Presiden ABIM yang ketujuh di Muktamar Sanawi ke-38.

Identiti[sunting | sunting sumber]

Misi dan visi[sunting | sunting sumber]

ABIM adalah sebuah gerakan yang bertunjangkan ilmu (knowledge-based) dan memilih untuk mengambil sikap terbuka serta sederhana berasaskan realiti masyarakat setempat di samping memegang teguh prinsip-prinsip Islam serta kesepaduan ilmu, iman dan amal dalam rangka pembangunan manusia. Walaupun ABIM menangani isu-isu politik, namun ia sentiasa bersikap non-partisan; bebas dan tidak memihak atau tunduk kepada kepentingan mana-mana parti-parti politik.

Visi ABIM ialah "Membina Dan Memimpin Tamadun Khayra Ummah manakala misinya pula ialah "Gerakan Islam Yang Komprehensif untuk Merealisasikan Cita-cita Islamiyyah".

Budaya ABIM:

  1. Menghayati Budaya Ilmu,
  2. Menghayati Amalan Kerohanian,
  3. Menghayati Amal Shura dan Amal Jama’iyy,
  4. Memahami dan Melibatkan Diri Pada Isu Semasa, dan
  5. Menghayati Ruh - Jihad fi Sabilillah.

Objektif[sunting | sunting sumber]

  1. Menegak, mengembang dan memperjuangkan cita-cita Islamiah sesuai dengan ajaran asasi al-Qur’an al-Karim dan Sunnah Rasulullah s.a.w.
  2. Menjalankan da’wah Islamiah dengan cara yang progresif kepada seluruh lapisan masyarakat;
  3. Menggembleng tenaga belia seluruhnya dan mengarahkannya untuk kebaikan masyarakat;
  4. Mewakili belia-belia Islam Malaysia di persidangan-persidangan luar negeri;
  5. Menjalankan kegiatan-kegiatan lain yang tidak berlawanan dengan ajaran al-Qur’an dan al-Sunnah.

Isu tahanan ISA[sunting | sunting sumber]

Ramai pemimpin ABIM menjadi mangsa Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terutama pada 3 Disember 1974 berikutan Demosntrasi di Universiti Malaya dan di padang Dataran Merdeka. Anwar Ibrahim selaku Presiden ABIM ditahan bersama pemimpin pelajar dan pensyarah universiti. Antaranya ialah Kamarazaman Yacob, Ibrahim Ali, Syed Husin Ali, Adi Satria, Hamzah Kassim, CCYong, Yong Ah Chit, Yeo Ben Foo. Tempat Anwar dipangku oleh Fadhil Noor. Mereka ditahan di bawah seksyen 117, Akta Polis .Ketika itu Dr Mahathir Mohamad menjadi Menteri Pelajaran. Pada 5 Februari 1975, mereka dipindah ke Kem Tahanan Kamunting, di Taiping, Perak sehingga dibebaskan pada November 1976.

AJK ABIM ketika Anwar ditahan adalah Syed Ibrahim, Naib Presiden (sekarang dalam PAS), Kamaruddin Mohd Nor, Setiausaha Agong (sekarang dalam UMNO), Anwar Hashim, Setiausaha Kewangan, Omar Jaafar, Ketua Perhubungan (sekarang dalam PKR), Sidiq Fadhil, Ketua Penerangan (sekarang Presiden WADAH), Nakhaei Ahmad, Ketua Dakwah (mantan Pengerusi YADIM dan UMNO), Ramli Ibrahim, Ketua Kebajikan (Sekarang dalam PKR), Osman Bakar, Ketua Pelajaran ( Ahli Akademik).

Alamat surat-menyurat[sunting | sunting sumber]

Angkatan Belia Islam Malaysia
No 6, Jalan TC 2A/2,
Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur
Telefon: 603-6188 0300
Faks: 603-6189 6700
E-mel: abim@po.jaring.my

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. abim@po.jaring.my

Laman web[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]