Siddiq Fadzil

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Dato' Dr. Siddiq Fadzil dilahirkan di Bagan Datoh, Negeri Perak pada 4 Januari 1947. Kini merupakan Presiden [(Wadah Pencerdasan Ummah Malaysia (WADAH))] semenjak tahun 2005 hingga kini. Diberi kepercayaan sebagai Presiden Kolej Dar al-Hikmah (KDH)sebuah kolej swasta yang ditubuhkan di bawah [(Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM))] pada tahun 1989 dengan nama asal Institut Pengajian Ilmu-Ilmu Islam (IPI). Beliau juga dilantik sebagai Pengerusi [(Akademi Kajian Ketamadunan (AKK))] sebuah badan kajian dan penyelidikan dalam bidang-bidang pemikiran Islam. Pernah dilantik sebagai Fellow Utama Akademi Pengurusan YAPEIM (Yasayan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia) sebuah yayasan di bawah YAB Perdana Menteri Malaysia. Pernah dilantik sebagai Ahli Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak.

Beliau berkelulusan B.A. dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya (1974), M. Litt. (Pemikiran Islam) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)dan Doktor Falsafah bidang Kebudayaan Melayu dan Falsafah Islam dari UKM pada tahun 1989. Antara pimpinan peringkat awal & merupakan Presiden ke-3 Angkatan Belia Islam Malaysia ABIM)] dari tahun 1983 - 1991. Beliau kini menetap di Sungai Ramal Dalam, Kajang, Selangor.

Pernah berkhidmat sebagai pensyarah UKM semenjak tahun 1974 hingga 2001 dengan menjawat jawatan sebagai Professor Madya.

Pernah dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Negeri Perak pada tahun 1427H.

Menariknya ketika ceramah-ceramah beliau seperti di Masjid Raja Muda Musa, Semenyih ialah ucapannya bernada keIndonesiaan. Beliau berketurunan orang Jawa.