Daniel Padilla: Perbezaan antara semakan
Mencipta laman baru dengan kandungan '{{Hatnote|Nama ini menggunakan adat penamaan Filipina. Nama keluarga sebelah ibunya ialah ''Ford'' dan nama keluarga sebelah bapanya ialah ''Padilla''.}} {{...' |
(Tiada perbezaan)
|
Semakan pada 08:46, 18 Februari 2017
Daniel Padilla | |
---|---|
Kelahiran | Daniel John Ford Padilla 26 April 1995 |
Warganegara | Filipina |
Nama lain | DJ, DJP, Daniel |
Pekerjaan | Pelakon, penyanyi |
Tahun aktif | 2010 - kini |
Majikan | ABS-CBN |
Ejen | Star Magic |
Ibu bapa |
|
Saudara |
|
Kerjaya muzik | |
Genre |
|
Instrumen | |
Syarikat rakaman | Star Records |
Daniel John Ford Padilla atau lebih dikenali sebagai Daniel Padilla (lahir 26 April 1995) ialah seorang pelakon dan penyanyi Filipina. Beliau merupakan artis di bawah naungan ABS-CBN dan Star Magic dan terkenal menerusi gandingannya bersama Kathryn Bernardo dalam telenovela Got to Believe dan pembikinan semula drama Pangako Sa 'Yo.
Kehidupan peribadi
Daniel John Ford Padilla dilahirkan pada 26 April 1995 di Manila, Filipina. Beliau merupakan anak kepada pasangan pelakon Rommel Padilla dan Karla Estrada. Daniel juga merupakan anak saudara pelakon veteran Robin Padilla dan Rustom Padilla, atau lebih dikenali sebagai "BB Gandanghari".
Kerjaya
2010–11
Kerjaya lakonan Daniel Padilla bermula pada 2010, dimana beliau memegang peranan kecil dalam Gimik 2010, pembikinan asal siri keremajaan Filipina 1990an dan berpasangan dengan Julia Montes.[1] Beliau juga memegang watak Patrick Rivero dalam satu lagi drama remaja Growing Up. Beliau dilaporkan menggantikan Albie Casiño (yang merupakan pasangan Kathryn Bernardo dalam Mara Clara) untuk peranan tersebut.[2]
2011-kini
Padilla melangkah ke peranan utama dalam siri televisyen waktu perdana Princess And I. Beliau memegang watak Gerald Antonio "Gino" dela Rosa atau Dasho Yuan Rinpoche, watak yang beliau sifatkan sebagai "seorang kanak-kanak yang kaya sombong yang akan berubah dan mengorbankan banyak demi cinta".[3] Siri komedi romantik mendapat sambutan dalam penarafan, telah mencapai markah 40% dan berada di tempat kedua di belakang Walang Hanggan.[4]
Pada 28 Mei 2012, Padilla melancarkan album EPnya yang menggunakan namanya sebagai judul album, Daniel Padilla. Album ini mempunyai enam lagu dengan single taruhan "Hinahanap-hanap Kita", yang juga digunakan dalam telenovela Princess And I. Menurut penerbit Star Records Jonathan Manalo, album sulung Padilla telah terjual melebihi 10,000 salinan dalam masa seminggu.[5] Pada 17 Jun tahun sama, Padilla diberikan Gold Record Award untuk jualan bagi album pertamanya dan telah terjual melebihi 30,000+ salinan dan mencapai Platinum Berganda.[6] Pada 14 April 2014, Star Records melancarkan album terbaru Daniel, I Heart You. I Heart You merupakan salah satu single di dalam album tersebut. Album ini menerima platinum pada 29 Mei 2014 dan diberi pensijilan 2x platinum pada 8 Mei 2015[7] Daniel Padilla win 2015 Myx Awards for Favorite Artist[8]
Pada 1 Disember 2014 Daniel Padilla bersama Kathryn Bernardo dan Vice Ganda mempunyai bintang mereka sendiri di versi Filipina bagi Hollywood Walk of Fame, Eastwood Walk of Fame, terletak di Eastwood City, Quezon City.[9]
Filemografi
Drama
Tahun | Tajuk | Peranan | Catatan | Sumber |
---|---|---|---|---|
2010 | Gimik 2010 | Daniel Ledesma | ||
2011 | Growing Up | Patrick Rivero |
|
|
2012 | Princess and I | Gerald Antonio "Gino" de la Rosa / Dasho Yuan Rinpoche |
|
|
2013 | Kailangan Ko'y Ikaw | Young Gregorio "Bogs" Dagohoy | Kemunculan khas | |
Got to Believe |
|
|
[10] | |
2014 | Be Careful With My Heart | Young Anastacio Alejo | Kemunculan khas | |
2015 | Pangako Sa 'Yo | Angelo Buenavista |
|
[11] |
2017 | La Luna Sangre | Jedidiah Delgado | Peranan utama | [12] |
Menunjukkan filem yang belum dikeluarkan |
Filem
Tahun | Tajuk | Peranan | Catatan | Sumber |
---|---|---|---|---|
2012 | 24/7 In Love | Billy Fernandez | Pencalonan, 2013 PMPC Star Awards for New Movie Actor of the Year | |
Sisterakas | Angelo Santos | |||
2013 | Must Be... Love | Ivan Lacson | ||
Pagpag: Siyam na Buhay | Cedric Castillo |
|
[13][14][15][16] | |
2014 | Sa Ngalan ng Ama, Ina, at mga Anak | Nato Parojinog | ||
She's Dating the Gangster |
|
|
[17][18] | |
Bonifacio: Ang Unang Pangulo | Joaquin | Peranan utama | [19] | |
2015 | Crazy Beautiful You | Kiko Alcantara |
|
[20][21][22] |
2016 | Barcelona: A Love Untold | Ely Antonio | Peranan utama | |
2017 | Can't Help Falling in Love | Peranan utama | [23][24] |
Diskografi
- Daniel Padilla (2012)
- DJP (2013)
- I Heart You (2014)
- I Feel Good (2015)
Konsert
Konsert utama
- Daniel Live: A Birthday Concert (2013)[25]
- DOS: Daniel on Stage (2014) [26]
- Most Wanted (2015)[27]
- DJ Classics: Back at the Araneta (2017)[28][29]
Konsert jelajah
- Daniel Padilla Rocks with Yeng Constantino (2014)
Penglibatan dalam konsert
- One Magical Night 2015 Tour (2015)
- ASAP Live in New York (2016)[30]
Anugerah dan pencalonan
Rujukan
- ^ Acaba, Fionna (May 12, 2010). "Daniel Padilla is determined to become a good actor someday". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-05-14.
- ^ Placente, Rommel. "Newcomer Daniel Padilla replaces "best friend" Albie Casiño as Kathryn Bernardo's leading man in Growing Up". Philippine Entertainment Portal.
- ^ Santos, Rhea (July 1, 2012). "Daniel Padilla denies that he and Kathryn Bernardo are already mag-'M.U.'".
- ^ Donida, Krissa (July 4, 2012). "Khalil Ramos admits feeling more pressure because of Princess and I's high ratings".
- ^ "Daniel Padilla's Debut Album Turns Gold in Less Than A Week!". June 18, 2012.
- ^ "Daniel Padilla's debut album reaches gold". ABS-CBNnews.com. June 20, 2012.
- ^ Anarcon, James Patrick (July 15, 2015). "Topselling OPM Artists of 2015 (January-May)". "PEP PH". Retrieved January 17, 2017.
- ^ "Sarah Geronimo, Daniel Padilla win Myx Favorite Artist Awards". Archieved from the original on January 24, 2016
- ^ Umbao, Ed (December 2, 2014). "Daniel, Kathryn & Vice Ganda Newest Stars on the Eastwood Walk of Fame". Pilpippines News. Retrieved January 17, 2017
- ^ "2nd Philippine Edition Television Awards". www.philippineedition.com. Retrieved 2013-04-30.
- ^ "Look: Winners in ASAP's Pop Teen Choice Awards". ABS-CBN News. Retrieved December 29, 2016.
- ^ "Bright Start for New Showbiz Year". Philippine Daily Inquirer (Jan 9, 2017) on Pressreader. Retrieved February 6, 2017.
- ^ "Complete List of Winners: 45th Guillermo Mendoza Box-Office Entertainment Awards 2014 | The Summit Express". The Summit Express. Diarkibkan daripada yang asal pada March 26, 2016. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ "Winners of 39th Metro Manila Film Festival". Rappler (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada December 28, 2013.
- ^ "Who do you think will win in the 62nd FAMAS Awards?". Philippine Entertainment Portal. July 8, 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada July 10, 2014. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ "'Porno' named Young Critics Circle's Best Film of 2013 | Young Critics Circle Film Desk". Diarkibkan daripada yang asal pada March 2, 2014. Dicapai pada 2017-02-16. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ Calderon, Nora (May 18, 2015). "(Updated) Piolo Pascual and Toni Gonzaga named 2014 Box Office King & Queen; Vice Ganda retains Phenomenal Box Office Star title". "Philippine Entertainment Portal". Retrieved December 3, 2016.
- ^ Paulino, Ver (June 20, 2015). "The 2015 PEP List awardees". Philippine Entertainment Portal. Retrieved December 29, 2016.
- ^ Daniel, Jasmine, other stars at 'Bonifacio' event. philstar.com. Retrieved January 7, 2017
- ^ It's official, the KathNiel valentine movie is "Crazy Beautiful You". CHISMS.net Retrieved 2015-01-26.
- ^ FULL LIST: Nominees, FAMAS Awards 2016. Rappler. Retrieved January 7, 2017
- ^ Villano, Allexa (August 22, 2016). "FULL LIST: Winners, PEP List Awards 2016". Rapppler. Retrieved 30 December 2016.
- ^ Ta-as, Apple (January 24th, 2017)"After Moalboal, KathNiel explores more towns in southern Cebu". Cebu Daily News. Retrieved February 6, 2017.
- ^ Ta-as, Aplle (January 22, 2017)."KathNiel in Moalboal to shoot film". Cebu Daily News. Retrieved February 6, 2017.
- ^ Tornado, Nathalie (April 19, 2013). "Daniel Padilla takes on the big dome". The Philippine Star. Archived from the original on February 18, 2017.
- ^ Blanco, Eunice (March 29, 2014). "Daniel Padilla takes on the big dome". The Philippine Star. Archived from the original on September 25, 2014.
- ^ The Manila Times (June 12. 2015). Watch Daniel Padilla’s concert live . . . on TV". The Manila Times. Archived from the original on July 27, 2015.
- ^ Peach, Angeles (November 28, 2016)DJ Classics: Daniel Padilla Returns To Araneta For 2017 Concert. International Business Times Philippines. Archived from the original on January 27, 2017.
- ^ "Daniel Padilla explains decision to postpone February concert". ABS-CBN News. Archived from the original on December 14, 2016.
- ^ The Manila Times (September 26, 2016). ‘ASAP Live in New York’ conquers hearts in NYC. Archived from the original on September 27, 2016.