Éamon de Valera

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Éamon de Valera
Fotograf De Valera c. 1922–30
Presiden Ireland ke-3
Dalam jawatan
25 Jun 1959 – 24 Jun 1973
TaoiseachSeán Lemass
Jack Lynch
Liam Cosgrave
Didahului olehSeán T. O'Kelly
Digantikan olehErskine H. Childers
Taoiseach
Dalam jawatan
20 Mac 1957 – 23 Jun 1959
PresidenSeán T. O'Kelly
TánaisteSeán Lemass
Didahului olehJohn A. Costello
Digantikan olehSeán Lemass
Dalam jawatan
13 Jun 1951 – 2 Jun 1954
PresidenSeán T. O'Kelly
TánaisteSeán Lemass
Didahului olehJohn A. Costello
Digantikan olehJohn A. Costello
Dalam jawatan
29 Disember 1937 – 18 Februari 1948
PresidenDouglas Hyde
Seán T. O'Kelly
TánaisteSeán T. O'Kelly
Seán Lemass
Didahului olehNew office
Digantikan olehJohn A. Costello
Ketua Pembangkang Parlimen Ireland
Dalam jawatan
2 June 1954 – 20 March 1957
PresidenSeán T. O'Kelly
TaoiseachJohn A. Costello
Didahului olehJohn A. Costello
Digantikan olehJohn A. Costello
Dalam jawatan
18 Februari 1948 – 13 Jun 1951
PresidenSeán T. O'Kelly
TaoiseachJohn A. Costello
Didahului olehRichard Mulcahy
Digantikan olehJohn A. Costello
Dalam jawatan
11 Ogos 1927 – 9 Mac 1932
PresidenW. T. Cosgrave
Didahului olehThomas Johnson
Digantikan olehW. T. Cosgrave
Ketua Parti Fianna Fáil
Dalam jawatan
23 Mac 1926 – 23 Jun 1959
Didahului olehJawatan ditubuhkan
Digantikan olehSeán Lemass
Presiden Majlis Eksekutif
Negara Bebas Ireland
Dalam jawatan
9 Mac 1932 – 29 Disember 1937
Naib PresidenSeán T. O'Kelly
Didahului olehW. T. Cosgrave
Digantikan olehJawatan ditubuhkan
Presiden Republik Ireland
Dalam jawatan
26 Ogos 1921 – 9 Januari 1922
Didahului olehJawatan ditubuhkan
Digantikan olehArthur Griffith
Presiden Dáil Éireann
Dalam jawatan
1 April 1919 – 26 Ogos 1921
Didahului olehCathal Brugha
Digantikan olehJawatan dihapuskan
Teachta Dála
Dalam jawatan
Ogos 1922 – Jun 1959
Kawasan pilihan rayaClare
Dalam jawatan
Disember 1918 – Jun 1922
Butiran peribadi
LahirGeorge de Valero
(1882-10-14)14 Oktober 1882
Bandar Raya New York, New York, Amerika Syarikat
Meninggal dunia29 Ogos 1975(1975-08-29) (umur 92)
Blackrock, Dublin, Ireland
Sebab kematianPneumonia dan sakit jantung
Tempat persemadianTanah Perkuburan Glasnevin, Dublin, Ireland
KerakyatanIreland
Parti politikFianna Fáil
Sekutu gabungan
politik lain
Cumann na Poblachta
(1922 – 1923)
Sinn Féin
(1916 – 1922)
(1923 – 1926)
PasanganSinéad de Valera
(m. 1910; d. 1975)
Anak-anak
  • Vivion
  • Máirín
  • Éamon II
  • Brian
  • Rúaidhrí
  • Emer
  • Terence
Ibu bapa
Pendidikan
Alma materUniversiti Diraja Ireland
Profesion
Tandatangan

Éamon de Valera (disebut [ˈeːmˠən̻ˠ dʲɛ ˈvˠalʲəɾʲə, é.měn dé va.lě.rĕ]; nama lahir: George de Valero, kemudiannya Edward de Valera selepas 1901;[1] 14 Oktober 1882 – 29 Ogos 1975) merupakan seorang negarawan dan pemimpin politik tersohor di Ireland. Beliau berkhidmat sebagai ketua pemerintah dan ketua negara republik tersebut sejak penubuhan ia berikutan kemerdekaan dari pihak British pada tahun 1917 sehinggalah 1973.[2][3]

Beliau menubuhkan parti Fianna Fáil pada 1926 bersama beberapa orang lain setelah meninggalkan parti Sinn Féin atas perselisihan pendapat mereka dengan polisi abstensionsime parti tersebut berikutan penandatanganan Perjanjian Inggeris-Ireland.

Awal hidup[sunting | sunting sumber]

Éamon de Valera lahir di Nursery and Child's Hospital, Lexington Avenue - sebuah rumah khas untuk anak-anak yatim miskin -[4] di Bandar Raya New York pada 14 Oktober 1882. Ibunya, Catherine Coll, merupakan imigran kelahiran Bruree, County Limerick manakala Juan Vivion de Valera (atau Valero), merupakan seorang pelukis berbangsa Sepanyol dari Negara Basque.[5][6] Pada sijil kelahiran beliau, nama pertama yang diberikan kepadanya ialah "George de Valero". Namanya ditukar kepada Edward manakala nama keluarga apabila suatu sijil kelahiran baharu dikeluarkan untuknya pada tahun 1910.[7][8]

Juan Vivion meninggal pada tahun 1885 lalu kedua janda dan anak yang ditinggal Juan hidup dalam kesusahan.[9] Éamon dibawa kembali ke Ireland bersama bapa saudaranya, Ned Coll, pada usia 2 tahun. Beliau dibesarkan oleh nenek sebelah ibunya, Elizabeth Coll, seorang bapa saudaranya Patrick Coll, dan sepupunya Hannie di Kaunti Limerick.

Keterlibatan dalam politik dan Kebangkitan Easter[sunting | sunting sumber]

Beliau menjadi terlibat dalam kegiatan aktivisme memprejuangkan pemerkasaan bahasa Ireland - beliau menyertai Conradh na Gaeilge ("Liga Gael") pada tahun 1908. Melalui lingkungan inilah beliau menaruh minat kepada perjuangan revolusi politik Ireland apabila beliau menyertai kelompok Irish Volunteers pada 25 November 1913;. Selepas Perang Dunia Pertama, de Valera banyak mara dalam tahap kepangkatan sehingga beliau dilantik sebagaoi kapten cawangan Donnybrook; beliau turut dijadikan komandan Batalion Ketiga Briged Dublin..[10] Beliau dimasukkan ke dalam Persaudaraan Republikan Ireland oleh Thomas MacDonagh.[11]

Dalam Kebangkitan Easter pada 24 April 1916, beliau menegtuai suatu pasukan yang mengepung Boland's Mill[12] di Grand Canal Street, Dublin dengan tujuan menutup jalan arah tenggara kota tersebut. Pádraig Pearse menyerah diri atas arahan polis British seminggu kemudian, manakala beberapa ketua pasukan termasuk de Valera dibicarakan dan ditahan. Beliau pada asalnya dipertimbangkan menjalani hukuman mati sepertimana beberapa ketua revolusi yang lain, namun beliau terlepas keadaan tersebut[12] atas beberapa faktor: beliau ditahan di tempat yang berbeza lalu menyukarkan perbicaraan, malah beliau tiada latar belakang yang meragukan lalu disyaki MI5.

De Valera dan beberapa rakan seperjuangannya dilepaskan berikutan suatu pengampunan pada Jun 1917. Beliau dilantik sebagai Ahli Parlimen British untuk kawasan Clare Timur pada 10 Julai 1917 selepas suatu pilihan raya kecil. Beliau dilantik untuk kerusi sama serta kawasan Mayo Timur dalam pilihanraya umum Ireland tahun 1918.[13] Beliau dilantik sebagai Presiden Parti Sinn Féin pada tahun sama,[12] parti ini dijadikan suatu wahana untuk mereka yang terselamat daripada Pemberontakan Easter meluahkan perjuangan dan semangat republikan mereka.[14]

Pemerintahan[sunting | sunting sumber]

Dalam Perang Saudara Ireland[sunting | sunting sumber]

De Valera lama-kelamaan percaya bahawa langkah abstensionisme tidak lagi berkesan dalam jangka panjang; namun lebih menginginkan merubah arus pemerintahan Ireland menjadi suatu negara republik. Beliau cuba menyakinkan Sinn Féin agar berubah haluan namun tidak berjaya. Beliau meletakkan jawatan dari Sinn Féin lalu mahu meninggalkan dunia politik, namun rakan sekerjanya Seán Lemass mencadanglkan de Valera menubuhkan suatu parti politik baru.[15] Parti baru ini, Fianna Fáil ditubuhkan mereka berdua antaranya pada Mac 1926.[16]

Sebagai Presiden Ireland[sunting | sunting sumber]

De Valera memutuskan untuk meletak jawatan sebagai Perdana Menteri untuk bertanding sebagai Presiden setelah dipujuk beberapa anggota partinya. Beliau memenangi pilihan raya presiden Ireland pada 17 Jun 1959 dan mengangkat sumpah Presiden of Ireland on 25 Jun 1959.[16] Beliau dilantik smeula sebagai Presiden dalam pilihan raya presiden tahun 1966 - pada ketika ini beliau merupakan ketua negara tertua dunia pada usia 84 sehingga tahun 2013.[17] Beliau bersara pada tahun 1973 ketika berusia 90 tahun.[18]

Senja hidup[sunting | sunting sumber]

Éamon meninggal akibat komplikasi daripada pneumonia dan serangan jantung di Linden Convalescent Home, Blackrock, Dublin pada usia 92 tahun tanggal 29 Ogos 1975.[19] Mayat beliau dipertunjukkan di Dublin Castle untuk penghormatan terakhir sebelum upacara penuh diberikan pada 3 September di St Mary's Pro-Cathedral yang disiarkan melalui televisyen se-Ireland. Mayat beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Glasnevin, Dublin bersama mendiang isteri dan anak.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ UK Census 1901 held in the National Archives in the Republic of Ireland de Valera listed as Edward in a Roman Catholic boarding school, Blackrock College, in Dublin. This was the same boarding school which T.F. O'Rahilly attended, listed as Rahilly.
  2. ^ "Mr. Éamon de Valera". Oireachtas Members Database. Dicapai pada 1 Jun 2009.
  3. ^ Synge, J. L. (1976). "Eamon de Valera 14 October 1882 -- 29 August 1975". Biographical Memoirs of Fellows of the Royal Society. 22: 634–653. doi:10.1098/rsbm.1976.0022.
  4. ^ Tim Pat Coogan (31 January 2005). "De Valera's begrudging attitude to 'The Big Fellow'". The Irish Times. Dicapai pada 19 January 2019.
  5. ^ Ronan Fanning (2016). A Will To Power: Eamon De Valera. Harvard University Press. m/s. 3. ISBN 9780674970557. De Valera was born on 14 October 1882 in the Nursery and Child's Hospital, Lexington Avenue, Manhattan, New York; the only child of Juan Vivion de Valera and Catherine ('Kate') Coll [..] Vivion de Valera had been born in 1853 in Spain's Basque Country
  6. ^ "Mystery of 1916 leader and New Yorker Eamon de Valera's birth". IrishCentral.com. 14 October 2016.
  7. ^ ""Eamon de Valera's father" 2006". Homepage.eircom.net. Dicapai pada 21 August 2013.
  8. ^ "Notable New Yorkers – Eamon de Valéra". nyc.gov. NYC Department of Records. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 February 2004.
  9. ^ Proinsias Mac Aonghusa Quotations from Éamon de Valera (1983), p. 89, ISBN 0-85342-684-8.
  10. ^ Dwane, David T. (1922). Early Life of Eamonn De Valera. Dublin: The Talbott Press Limited. m/s. 43.
  11. ^ Jordan, Anthony J. Eamon de Valera 1882–1975, p. 32.
  12. ^ a b c Gunther, John (1940). Inside Europe. Harper & Brothers. m/s. 371.
  13. ^ "Éamon de Valera". ElectionsIreland.org. Dicapai pada 1 Jun 2009.
  14. ^ "Eamon de Valera | president of Ireland". Encyclopedia Britannica (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 4 September 2017.
  15. ^ Exam notes Diarkibkan 2017-10-03 di Wayback Machine about Seán Lemass
  16. ^ a b "BBC - History - Eamon de Valera". Dicapai pada 4 September 2017.
  17. ^ Giorgio Napolitano, menjadi ketua negara tertua dunaia selepas dilantik sebagai Presiden Itali pada usia 87 tahun 2013.
  18. ^ Diarmaid Ferriter (2007). Uachtaráin – Eamon de Valera (Television production) (dalam bahasa Ireland). Dublin, Ireland: TG4. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Jun 2011. Dicapai pada 7 Februari 2011. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  19. ^ RTE 1975 – Eamon De Valera is dead di YouTube RTÉ News (video). Dicapai pada 11 November 2011.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Presiden Ireland