Ōtsuchi, Iwate

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Ōtsuchi

大槌町
Pulau Horai
Pulau Horai
Bendera Ōtsuchi
Mohor rasmi Ōtsuchi
Kedudukan Otsuchi di wilayah Iwate
Kedudukan Otsuchi di wilayah Iwate
Koordinat: 39°21′29.7″N 141°53′58″E / 39.358250°N 141.89944°E / 39.358250; 141.89944Koordinat: 39°21′29.7″N 141°53′58″E / 39.358250°N 141.89944°E / 39.358250; 141.89944
NegaraJepun
KawasanTōhoku
WilayahIwate
DaerahKamihei
Kerajaan
 • Datuk BandarKozo Hirano
Penduduk
(31 Oktober 2018)[1]
 • Jumlah11,956
Laman webhttps://www.town.otsuchi.iwate.jp/

Ōtsuchi (大槌町, Ōtsuchi-chō) ialah sebuah pekan yang terletak di Daerah Kamihei, Iwate, Jepun. Sejak tahun 1973, Universiti Tokyo mengendalikan sebuah makmal penyelidikan marin di Ōtsuchi yang dikenali sebagai Pusat Penyelidikan Pantai Antarabangsa yang diurus oleh Institut Penyelidikan Atmosfera dan Lautan.[2]

Geografi[sunting | sunting sumber]

Perbandaran-perbandaran jiran[sunting | sunting sumber]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Gempa bumi dan tsunami Tohoku 2011[sunting | sunting sumber]

Pada 11 Mac 2011, pekan ini dimusnahkan oleh sebuah gempa bumi bermagnitud 9.0 dan tsunami.[3] Tsunami itu membinasakan pelabuhan dan kawasan rendah, sementara kawasan tinggi pekan terselamat tetapi mengalami kemusnahan akibat gempa dan gempa susulan. Lebih kurang separuh kawasan pekan ditenggelami air tsunami.[4] Tsunami itu juga membinasakan semua kecuali 30 daripada 650 buah bot perikanan dan menghancurkan industri pertanian laut pekan.[5]

Ahli bomba pekan menutup 12 pintu air di tembok perintang tsunami pelabuhan itu secara manual, tetapi tembok itu tidak mampu menahan ombak gergasi itu. Lapan orang ahli bomba dilaporkan mati atau hilang. Setakat 31 Ogos 2011, 799 penduduk pekan ini disahkan mati, dan 608 lagi hilang,[6][7] iaitu 10% daripada sejumlah 16,000 orang penduduk pekan.[8]

Datuk Bandar pekan ketika itu, Koki Kato kali terakhir dilihat menghadiri mesyuarat keselamatan bersama para pegawai pekan pada hari Jumaat.[9] Mayatnya dijumpai pada Sabtu, 19 Mac, iaitu lapan hari selepas bencana.[10]

Pengangkutan[sunting | sunting sumber]

Kereta api[sunting | sunting sumber]

Kesemua stesen di bawah telah ditutup akibat sebahagian landasan menerima kerosakan besar daripada bencana gempa bumi pada 2011. Kawasan landasan tersebut sedang dibaiki dan akan diserahkan kepada Sanriku Railway pada 2019.[11]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "大槌町行政サイト" (dalam bahasa Jepun). Diarkibkan daripada asal pada 3 Disember 2018. Dicapai 3 Disember 2018. 
  2. ^ http://www.icrc.ori.u-tokyo.ac.jp/
  3. ^ Kyodo News, "Death toll may surpass 10,000 in Miyagi", Japan Times, 14 March 2011, p. 1.
  4. ^ NHK, "Tsunami flooded 100 square kilometers of city land", 29 March 2011.
  5. ^ Fukada, Takahiro, "Iwate fisheries continue struggle to recover", Japan Times, 21 September 2011, p. 3.
  6. ^ Fukada, Takahiro, and Setsuko Kamiya, "Six months on, few signs of recovery", Japan Times, 11 September 2011, p. 1.
  7. ^ Ito, Shingo, (Agence France-Presse/Jiji Press), "Iwate firefighter gave his life to save others", Japan Times, 9 April 2011, p. 3.
  8. ^ Fukada, Takahiro, "http://search.japantimes.co.jp/cgi-bin/nn20110915f2.html New mayor's warnings fell on deaf ears", Japan Times, 15 September 2011, p. 3.
  9. ^ http://www.newstime.co.za/WorldNews/Tsunami_Obliterates_Otsuchi_Fishing_Town/22547/
  10. ^ "Death toll to top 15,000 in quake-hit Miyagi alone: police". Kyodo News. March 20, 2011. Diarkibkan daripada asal pada March 22, 2011. Dicapai March 20, 2011. 
  11. ^ "<JR山田線>復旧工事3月7日着工へ". Kahoku Shinpo. 2015-01-24. Diarkibkan daripada asal pada 2015-01-24. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]