Kawasan Tōhoku

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Wilayah Tōhoku, Jepun

Wilayah Tōhoku (東北地方 Tōhoku-chihō?) adalah sebuah kawasan yang terletak di bahagian timur laut Pulau Honshu, pulau terbesar di Jepun. Kawasan ini juga dikenal sebagai Michinoku (みちのく?).

Kawasan ini terdiri dari enam wilayah: Akita, Aomori, Fukushima, Iwate, Miyagi dan Wilayah Yamagata.

Sebagai daerah kekuasaan terakhir Suku Ainu di Honshu dan sebagai tempat terjadinya banyak peperangan, Wilayah Tohoku mempertahankan reputasinya sebagai wilayah yang paling belakang, dengan menawarkan pemandangan yang indah namun dengan iklim yang melampau.

Tōhoku, seperti kebanyakan kawasan di Jepun, mempunyai banyak bukit dan pergunungan, dengan Pergunungan Ou yang membentang dari utara ke selatan. Walaupun industri besi, baja, simen, kimia, kertas, dan minyak mentah baru bermula pada tahun 1960-an, Tōhoku sudah dikenali sejak lama sebagai 'gudang pertanian' Jepun, kerana wilayah ini membekal Sendai dan Tokyo-Yokohama dengan beras dan lain-lain keperluan pertanian. Tōhoku merupakan pengeluar 20 peratus dari penghasilan beras negara. Namun begitu, iklim yang melampau hanya membolehkan petani di wilayah ini untuk menuai sekali dalam setahun.

Pelancongan merupakan industri utama di Kawasan Tōhoku. Antara tempat-tempat tarikan pelancong:

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]