1917 (filem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
1917
PengarahSam Mendes
Penerbit
Penulis
Dibintangi oleh
Muzik olehThomas Newman
SinematografiRoger Deakins
Disunting olehLee Smith
Syarikat
penerbitan
Pengedar
Mula ditayangkan
4 Disember 2019 (2019-12-04)(London)
25 Disember 2019 (United States)
10 Januari 2020 (United Kingdom)
Tempoh tayangan
119 minutes[1]
Negara
  • India
  • Spain
  • United Kingdom
  • Amerika Syarikat[2]
Bahasabahasa Inggeris
PerbelanjaanUSD90–100 juta[3][4]
Pecah panggung$374.7 juta[5]

1917 ialah suatu filem drama perang United Kingdom 2019 arahan dan terbitan Sam Mendes dilakonkan George MacKay dan Dean-Charles Chapman bersama Mark Strong, Andrew Scott, Richard Madden, Claire Duburcq, Colin Firth dan Benedict Cumberbatch.

Filem ini menumpukan kepada dua orang askar British yang ditugaskan menghantar pesanan membatalkan serangan balas berikutan pengunduran Tentera Darat Jerman ke dalam Garisan Hindenburg semasa Operasi Alberich. Kisah ini berdasarkan pengalaman yang diceritakan datuk Sam, Alfred Mendes,[6] yang pernah berkhidmat berperang di Flanders semasa Perang Dunia Pertama.

Jalan ceritat[sunting | sunting sumber]

Pada tanggal 6 April 1917, pengintaian udara telah mengamati bahawa para pasukan Jerman yang telah mundur dari sektor Front Barat di Perancis utara, tidak mundur tetapi telah melakukan penarikan strategis ke Garis Hindenburg baru, di mana mereka sedang menunggu untuk menyerang seluruh pasukan British dengan artileri. Di parit British, dengan terputusnya saluran telepon, dua askar muda British, Korporal William Schofield (George MacKay), seorang veteran Somme, dan Tom Blake (Dean-Charles Chapman), diperintahkan oleh Jeneral Erinmore (Colin Firth) untuk membawa pesan kepada Kolonel Mackenzie (Benedict Cumberbatch) dari Batalion Kedua Resimen Devonshire, membatalkan serangan terjadwal yang akan membahayakan nyawa 1.600 pasukan, termasuk kakak Tom, Letnan Joseph Blake (Richard Madden).

William dan Tom melintasi tanah tak bertuan untuk mencapai parit Jerman yang ditinggalkan. Di barak bawah tanah, mereka menemukan kawat peledak, yang disiapkan oleh pasukan Jerman untuk membunuh siapa pun di dalamnya, yang segera dipicu oleh tikus. Ledakan itu hampir membunuh William, tetapi Tom menyelamatkannya, lalu mereka berdua melarikan diri. Mereka tiba di rumah pertanian yang ditinggalkan di mana sebuah pesawat Jerman ditembak jatuh dalam pertempuran udara dengan pesawat Sekutu. William dan Tom menyelamatkan pilot yang terbakar, tetapi pilot tersebut menikam Tom dan ditembak mati oleh William. William menghibur Tom ketika dia meninggal, berjanji untuk menyelesaikan misi dan menulis kepada ibu Tom. M dijemput oleh unit British yang kebetulan bersemuka sambil mengambil cincin dan tag label Tom serta surat Erinmore.

Jembatan kanal yang hancur dekat Écoust-Saint-Mein mencegah truk-truk British menyeberang dan William memilih untuk berpisah dengan mereka. Ia menggunakan apa yang tersisa dari jembatan untuk menyeberang sendirian dan mendapat ancaman dari penembak jitu Jerman. Saling melepaskan tembakan, William melukai penembak jitu dan maju ke sarangnya di mana dia dan penembak jitu saling menembak secara bersamaan hingga sang penembak jitu terbunuh, sementara William tak berdaya. William sadar kembali di malam hari dan menemukan kota yang terbakar. Ia menemukan seorang wanita Perancis bersembunyi dengan seorang bayi. Wanita tersebut mengatu luka-lukanya, lalu Wiliam memberikan wanita tersebut dan bayinya makanan kaleng dan susu dari pertanian. Terlepas dari permintaan wanita itu, Wiliam pergi setelah mendengar bunyi lonceng jam di dekatnya bahawa sudah pagi dan waktu hampir habis. Dikejar oleh para pasukan Jerman, William melarikan diri dengan melompat ke sungai. Ia tersapu air terjun sebelum mencapai tepi sungai. Di hutan, dia menemukan markas Batalion Kedua Resimen Devonshire, yang berada di gelombang terakhir serangan. Ketika para pasukan itu mulai bergerak ke depan, William mencuba menemui Kolonel Mackenzie.

Menyadari bahawa parit tersebut terlalu ramai baginya untuk menuju Kolonel Mackenzie tepat waktu, William berlari cepat melintasi medan perang terbuka, tepat ketika pasukan darat memulai tugasnya. William memaksa masuk ke pertemuan Kolonel Mackenzie, yang membaca pesan dan terpaksa membatalkan serangan. William kemudian menemukan Joseph, yang berada di antara gelombang pertama tetapi tidak terluka. William memberitahu Joseph tentang misinya dan bahawa adiknya, Tom, sudah meninggal, menyerahkan cincin dan tag label Tom kepada Joseph. Joseph sangat sedih tentang adiknya dan dia berterima kasih kepada William atas upayanya. William meminta untuk menulis kepada ibu mereka tentang kepahlawanan Tom, yang disetujui oleh Joseph. Lelah, William duduk di bawah pohon, melihat foto-foto isteri dan anak-anaknya.

Barisan pelakon[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "1917". British Board of Film Classification. 6 December 2019. Diarkib daripada yang asal pada 19 December 2019. Dicapai pada 22 December 2019.
  2. ^ "1917 (2019)". British Film Institute (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 19 April 2020.
  3. ^ Siegel, Tatiana (26 December 2019). "Making of '1917': How Sam Mendes Filmed a "Ticking Clock Thriller"". The Hollywood Reporter. Diarkib daripada yang asal pada 26 December 2019. Dicapai pada 26 December 2019.
  4. ^ Lang, Brent (10 Januari 2020). "Box Office: 1917 Picks Up Impressive $3.2 Million in Previews, Kristen Stewart's Underwater Bombing". Variety. Diarkib daripada yang asal pada 12 Januari 2020. Dicapai pada 12 Januari 2020.
  5. ^ "1917 (2019)". Box Office Mojo. IMDb. Diarkib daripada yang asal pada 28 December 2019. Dicapai pada 4 April 2020.
  6. ^ Simon, Scott (21 December 2019). "It Was Part Of Me": Director Sam Mendes On The Family History In '1917'". www.ktep.org (dalam bahasa Inggeris). Diarkib daripada yang asal pada 25 December 2019. Dicapai pada 25 December 2019.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]