Colin Firth

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Colin Firth

Firth pada 2016
Kelahiran
Colin Andrew Firth

(1960-09-10) 10 September 1960 (umur 63)
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1983–kini
PasanganLivia Giuggioli (k. 1997)
Anak-anak3
SaudaraKate Firth (kakak)
Jonathan Firth (abang)
AnugerahAnugerah Akademi untuk Pelakon Lelaki Terbaik

Colin Andrew Firth (lahir 10 September 1960) ialah seorang pelakon British.[1] Firth dilahirkan di Grayshott, Hampshire, England.[1] Beliau telah berlakon sejak tahun 1983. Beliau menjadi terkenal apabila beliau memainkan watak Fitzwilliam Darcy dalam Pride and Prejudice.[2] Beliau memainkan watak Mark Darcy dalam Bridget Jones's Diary dan sekuelnya Bridget Jones: The Edge of Reason. Beliau memenangi Anugerah Akademi untuk Pelakon Lelaki Terbaik untuk peranannya sebagai Raja George VI dalam The King's Speech.[3] Firth juga telah menerima beberapa BAFTA dan Anugerah Screen Actors Guild. Firth juga seorang penulis dan aktivis politik.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Berikut adalah beberapa filemografi yang beliau pernah bintangi:

Kempen[sunting | sunting sumber]

Beliau telah berkempen untuk hak-hak orang puak asli, dan adalah ahli Survival International. Firth juga telah berkempen mengenai isu-isu pencari suaka, hak pelarian, dan alam sekitar.[4]

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2011, Firth menerima bintang di Laluan Kemahsyuran Hollywood, dan juga dipilih sebagai salah satu Time 100.[5] Beliau telah dianugerahkan ijazah kehormat dari Universiti Winchester pada tahun 2007, dan telah membuat Freeman of the City of London pada tahun 2012. Beliau telah berkempen untuk hak-hak orang puak asli, dan adalah ahli Survival International.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Colin Firth". TV Guide. Dicapai pada 20 February 2016.
  2. ^ "Colin Firth". Rotten Tomatoes. Flixster. Dicapai pada 20 February 2016.
  3. ^ "Colin Firth Biography". Bio/A&E Television Networks, LLC. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-04-29. Dicapai pada 20 February 2016.
  4. ^ a b "Colin Firth credited in brain research". BBC News.
  5. ^ "Full List – The 2011 TIME 100" Diarkibkan 2011-07-25 di Wayback Machine, Time, 21 April 2011. Retrieved 8 October 2012.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]