Benedict Cumberbatch

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Benedict Cumberbatch
CBE
Benedict Cumberbatch SDCC 2014.jpg
Cumberbatch pada tahun 2014
Kelahiran Benedict Timothy Carlton Cumberbatch
(1976-07-19) 19 Julai 1976 (umur 41)
London, England, UK
Pendidikan Sekolah Brambletye
Sekolah Harrow
Pusat pendidikan
Pekerjaan Pelakon, penerbit
Tahun aktif 2000–sekarang
Pasangan Sophie Hunter (kahwin 2015–kini) «start: (2015)»"Marriage: Sophie Hunter to Benedict Cumberbatch" Location: (linkback://ms.wikipedia.org/wiki/Benedict_Cumberbatch)
Anak 1

Benedict Timothy Carlton Cumberbatch CBE (lahir 19 Julai 1976)[1] ialah seorang pelakon dan penerbit filem Inggeris. Beliau membintangi Amazing Grace sebagai William Pitt the Younger (2006), Star Trek Into Darkness sebagai Khan (2013), 12 Years a Slave sebagai William Prince Ford (2013), The Fifth Estate sebagai Julian Assange (2013) dan The Imitation Game sebagai Alan Turing (2014).

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Cumberbatch dilahirkan pada 19 Julai 1976 di London, England, kepada Timothy Carlton (né Timothy Carlton Congdon Cumberbatch)[2] dan Wanda Ventham.[3] Beliau membesar di Royal Borough of Kensington and Chelsea. Beliau mempunyai seorang adik beradik tiri, Tracy Peacock, daripada perkahwinan pertama ibunya.[4]

Karier[sunting | sunting sumber]

Teater[sunting | sunting sumber]

Sejak tahun 2001, Cumberbatch melakonkan pelbagai peranan utama dalam lakonan pentas klasik di Teater Regent's Park Open Air, Almeida, Royal Court dan Royal National. Beliau dicalonkan Anugerah Olivier bagi kategori Lakonan Terbaik dalam Peranan Sokongan untuk peranannya sebagai George Tesman dalam Hedda Gabler.[5] Pada bulan Jun 2010, Cumberbatch berlakon dalam pementasan After the Dance diarahkan oleh Thea Sharrock di Teater Royal National.[6]

Cumberbatch berlakon dalam pementasan The Children's Monologues di Teater Old Vic pada 14 November 2010. Pada bulan Februari 2011, Cumberbatch mula berlakon dalam pementasan Frankenstein di Teater Royal National.[7][8]

Cumberbatch merupaka sebahagian daripada ahli Royal National Theatre Company dalam 50 Years on Stage. Beliau melakonkan watak Rosencrantz dalam sebuah babak terpilih daripada pementasan Rosencrantz and Guildenstern Are Dead.[9] Cumberbatch kembali ke teater untuk melakonkan watak Hamlet di Teater Barbican.

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Menjalani penggambaran Sherlock di Chinatown, London, Mac 2010

Peranan awal televisyen Cumberbatch termasuk dua peranan tetamu dalam Heartbeat (2000, 2004), Freddy dalam Tipping the Velvet (2002), Edward Hand dalam Cambridge Spies (2003) dan Rory dalam siri ITV, Fortysomething (2003). Beliau juga muncul dalam Spooks dan Silent Witness. Pada tahun 2004, beliau mendapat watak besar pertama dalam televisyen sebagai Stephen Hawking dalam filem Hawking. Beliau dicalonkan Anugerah TV bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik dan memenangi Golden Nymph untuk Filem Televisyen – Lakonan Terbaik oleh Pelakon Lelaki. Beliau kemudiannya menyuarakan watak Hawking dalam episod pertama siri televisyen, Curiosity. Beliau juga muncul dalam minisiri BBC, Dunkirk sebagai Leftenan Jimmy Langley.[10]

Pada tahun 2005, Cumberbatch melakonkan watak Edmund Talbot dalam minisiri, To the Ends of the Earth.[11] Beliau muncul dalam rancangan sketsa komedi, Broken News dan sitkom Channel 4, Nathan Barley pada tahun 2005. Beliau muncul bersama Tom Hardy dalam Stuart: A Life Backwards yang ditayangkan di BBC pada bulan September 2007.[12]

Pada tahun 2008, Cumberbatch melakonkan watak utama dalam minisiri BBC, The Last Enemy, mendapat pencalonan Anugerah Satelit bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik dalam Minisiri atau Filem TV. Pada tahun 2009, beliau muncul dalam Marple: Murder Is Easy sebagai Luke Fitzwilliam. Beliau melakonkan watak Bernard dalam Small Island, mendapatkan beliau pencalonan Anugerah TV BAFTA bagi kategori Pelakon Lelaki Sokongan Terbaik.[13]

Cumberbatch muncul dalam The Turning Point,[14] yang disiarkan di Sky Arts. Beliau menyuarakan siri 6-bahagian, South Pacific yang ditayangkan dari bulan Mei sehingga Jun 2009 di BBC 2.[15]

Pada tahun 2010, Cumberbatch melakonkan watak Vincent van Gogh dalam Van Gogh: Painted with Words. Pada tahun yang sama, Cumberbatch mula melakonkan watak Sherlock Holmes dalam siri televisyen BBC/PBS, Sherlock.[16][17][18] Cumberbatch memenangi Anugerah Primetime Emmy bagi kategori Pelakon Lelaki Cemerlang dalam Minisiri atau Filem untuk episod ketiga siri ketiga rancangan itu.[19] Pada bulan April 2015, Cumberbatch dicalonkan Anugerah Televisyen Akademi British keenamnya bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik.[20][21]

Pada tahun 2012, Cumberbatch membintangi minisiri, Parade's End bersama Rebecca Hall.[22][23] Cumberbatch mendapat pencalonan Anugerah Emmy keduanya bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik dalam Minisiri atau Filem TV.[24]

Pada bulan Februari 2014, Cumberbatch muncul bersama karakter Sesame Street, Murray dan Count von Count untuk PBS.[25] Pada bulan April tahun yang sama, ia telah diumumkan bahawa Cumberbatch akan melakonkan watak Richard III dalam The Hollow Crown.[26]

Filem[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2006, Cumberbatch melakonkan watak William Pitt the Younger dalam Amazing Grace. Beliau muncul sebagai peranan sokongan dalam Atonement (2007) dan The Other Boleyn Girl (2008). Pada tahun 2009, beliau muncul dalam filem biografi Darwin, Creation sebagai kawan Darwin, Joseph Hooker. Pada tahun 2010, beliau muncul dalam The Whistleblower. Beliau melakonkan watak Peter Guillam dalam Tinker Tailor Soldier Spy. Filem ini diarahkan oleh Tomas Alfredson serta dibintangi Gary Oldman dan Colin Firth.[27] Cumberbatch melakonkan watak Major Jamie Stewart dalam War Horse pada tahun 2011.[27]

Pada tahun 2012, Cumberbatch menyuarakan watak Smaug the Dragon dan Necromancer dalam An Unexpected Journey.[28] Beliau menyambung wataknya sebagai Smaug dan Necromancer dalam The Desolation of Smaug (2013) dan The Battle of the Five Armies (2014).[29][30]

Ketika tayangan perdana Los Angeles untuk The Hobbit: The Desolation of Smaug, Disember 2013

Pada tahun 2013, Cumberbatch muncul dalam Star Trek Into Darkness sebagai Khan.[31][32] Tiga daripada empat filem dibintangi oleh beliau semasa separuh kedua tahun 2013 dibuka di Festival Filem Antarabangsa Toronto: The Fifth Estate, dimana beliau berlakon sebagai pengasas WikiLeaks, Julian Assange, 12 Years a Slave sebagai William Prince Ford dan August: Osage County sebagai Charles Aiken.[33]

Pada bulan Januari 2014, Gary Oldman mengesahkan bahawa Cumberbatch, Ralph Fiennes dan Amanda Seyfried akan membintangi projek arahan beliau seterusnya, Flying Horse.[34][35][36] Cumberbatch mempunyai peranan suara dalam Penguins of Madagascar yang ditayangkan pada 26 November 2014 di AS.[37][38]

Cumberbatch membintangi The Imitation Game sebagai Alan Turing, ditayangkan di AS pada 28 November 2014. Lakonan beliau mendapatkannya pencalonan Anugerah Golden Globe, BAFTA, SAG dan Akademi bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik.[39][40][41]

Pada bulan Mei 2014, beliau menyertai barisan pelakon Black Mass dibintangi Johnny Depp.[42] Pada bulan Ogos 2014, ia telah diumumkan bahawa beliau akan menyuarakan watak Shere Khan dalam Jungle Book: Origins.[43]

Pada bulan Disember 2014, Marvel Studios mengesahkan Cumberbatch telah dipilih untuk watak Doctor Strange dalam filem Doctor Strange, dijadual ditayangkan pada bulan November 2016.[44]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Bersama isterinya, Sophie Hunter, Julai 2015

Semasa berada di KwaZulu-Natal, Afrika Selatan pada tahun 2005, Cumberbatch dan dua rakannya telah diculik semalaman oleh sekumpulan penduduk tempatan. Penculik tersebut kemudiannya melepaskan mereka tanpa penjelasan.

Cumberbatch berkahwin dengan pengarah, Sophie Hunter. Mereka mempunyai seorang anak, Christopher Carlton (l. 2015).[45][46]

Cumberbatch dilantik sebagai Commander of the Order of the British Empire (CBE) pada tahun 2015.[47]

Filmografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Nota Ref.
2002 Hills Like White Elephants The Man Filem pendek [48]
2003 To Kill a King Royalist [49]
2006 Starter for 10 Patrick Watts [48]
2006 Amazing Grace William Pitt [50]
2007 Inseparable Joe / Charlie Filem pendek [51]
2007 Atonement Paul Marshall [48]
2008 Other Boleyn Girl, TheThe Other Boleyn Girl William Carey [48]
2009 Creation Joseph Hooker [50]
2009 Burlesque Fairytales Henry Clark [52]
2010 Four Lions Negotiator [53]
2010 Third Star James [54]
2010 Whistleblower, TheThe Whistleblower Nick Kaufman [55]
2011 Tinker Tailor Soldier Spy Peter Guillam [56]
2011 War Horse Major Jamie Stewart [57]
2011 Wreckers David [58]
2012 Hobbit: An Unexpected Journey, TheThe Hobbit: An Unexpected Journey Smaug & The Necromancer [59]
2012 Girlfriend in a Coma Dante Alighieri Suara; dokumentari [60]
2013 Star Trek Into Darkness Khan Noonien Singh [61]
2013 Little Favour Wallace Filem pendek, juga penerbit [62]
2013 12 Years a Slave William Prince Ford [63]
2013 Fifth Estate, TheThe Fifth Estate Julian Assange [64]
2013 Hobbit: The Desolation of Smaug, TheThe Hobbit: The Desolation of Smaug Smaug & The Necromancer Suara dan tangkapan gerakan [65]
2013 August: Osage County "Little" Charles Aiken [66][67]
2014 Penguins of Madagascar Classified Suara [68]
2014 Imitation Game, TheThe Imitation Game Alan Turing [69]
2014 Hobbit: The Battle of the Five Armies, TheThe Hobbit: The Battle of the Five Armies Smaug & Sauron (The Necromancer) Suara dan tangkapan gerakan
2015 Black Mass William "Billy" Bulger [70]
2016 Zoolander No. 2 All
2016 Doctor Strange Stephen Strange / Doctor Strange [71]
2016 Magik Lewis Suara [72]
2017 Jungle Book: Origins Shere Khan [73]

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Nota Ref.
1998–2004 Heartbeat Charles / Party Guest / Toby Fisher 3 episod [74]
2002 Tipping the Velvet Freddy Minisiri [56]
2002 Silent Witness Warren Reid 2 episod [75]
2003 Cambridge Spies Edward Hand Minisiri [76]
2003 Spooks Jim North Episod: "2.1" [77]
2003 Fortysomething Rory Slippery 6 episod [49]
2004 Dunkirk Lt. Jimmy Langley Dokumentari [49]
2004 Hawking Stephen Hawking Filem TV [78]
2005 Nathan Barley Robin 2 episod [75]
2005 To the Ends of the Earth Edmund Talbot 3 episod
2005 Broken News Will Parker 3 episod [79]
2007 Stuart: A Life Backwards Alexander Masters Filem TV [80]
2008 Last Enemy, TheThe Last Enemy Stephen Ezard 5 episod [81]
2009 Small Island Bernard Filem TV [82]
2009 Marple: Murder Is Easy Luke Fitzwilliam Filem TV [48]
2010 Van Gogh: Painted with Words Vincent van Gogh Dokumentari [83]
2010 Turning Point, TheThe Turning Point Guy Burgess Teater Langsung TV [84]
2010 Rattigan Enigma, TheThe Rattigan Enigma Penyampai Dokumentari [85]
2010–sekarang Sherlock Sherlock Holmes 10 episod [86]
2012 Parade's End Christopher Tietjens 5 episod [87]
2013 Simpsons, TheThe Simpsons Perdana Menteri British / Severus Snape (suara) Episod: "Love is a Many-Splintered Thing" [88]
2014 The Colbert Report Smaug (suara) Episod: "1,443" [89]
2016 The Hollow Crown: The Wars of the Roses Richard III Filem TV [90]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Benedict Cumberbatch". TVGuide.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 October 2015. Dicapai pada 11 November 2015. 
  2. ^ "Pauline Cumberbatch | Deceased Estates". The Gazette Official Public Record. Dicapai pada 31 August 2014. 
  3. ^ Stanford, Peter (18 August 2012). "It's no good, Benedict Cumberbatch can't stop us liking him". The Daily Telegraph. 
  4. ^ Fraser McAlpine (22 April 2013). "The Full Dynastic Heritage Of Benedict Cumberbatch". BBC America. Dicapai pada 8 December 2014. 
  5. ^ "Hedda Gabler | Almeida Theatre". Almeida Theatre. Dicapai pada 25 August 2014. 
  6. ^ Brown, Mark (13 March 2011). "After the Dance, the awards: Terence Rattigan play wins four Oliviers". The Guardian. Dicapai pada 24 April 2014. 
  7. ^ "Frankenstein". Royal National Theatre. Dicapai pada 12 February 2011. 
  8. ^ "Full list: Olivier award winners 2012". The Guardian. 15 April 2012. Dicapai pada 5 September 2013. 
  9. ^ "50th anniversary | National Theatre". National Theatre. Dicapai pada 24 April 2014. 
  10. ^ "BBC Two – Dunkirk, Deliverance". BBC. Dicapai pada 24 November 2014. 
  11. ^ Francis, Anna (8 May 2013). "Sherlock star Benedict Cumberbatch: I cried after carjacking shock – I thought thought I was going to die". Now Magazine. 
  12. ^ Matt Trueman (2 May 2013). "Stuart: A Life Backwards adaptation to launch new Edinburgh venue at Fringe". The Guardian. Dicapai pada 24 November 2014. 
  13. ^ "Television Awards Winners in 2010". BAFTA. Dicapai pada 6 June 2010. 
  14. ^ "'The Turning Point' (by Michael Dobbs) starred Benedict Cumberbatch and Matthew Marsh". Michael Dobbs Official Site. 2010. Dicapai pada 29 August 2013. 
  15. ^ Caroline Westbrook (27 September 2014). "Benedict Cumberbatch can't say 'penguins', according to this 2009 documentary clip...". Metro. Dicapai pada 24 November 2014. 
  16. ^ "Masterpiece | Classic | New Upstairs Downstairs". PBS. Dicapai pada 24 April 2014. 
  17. ^ "BBC Drama announces Sherlock, a new crime drama for BBC One" (Press release). BBC. 19 December 2008. Dicapai pada 19 December 2008. 
  18. ^ Wollaston, Sam (26 July 2010). "TV Review: Sherlock and Orchestra United". The Guardian. Dicapai pada 26 July 2010. 
  19. ^ Laura Prudom (25 August 2014). "'Sherlock' Shocks Emmys with Benedict Cumberbatch, Martin Freeman Wins". Variety. 
  20. ^ Alex Ritman (8 April 2015). "BAFTA TV Awards: Benedict Cumberbatch Gets Third Nomination for 'Sherlock'". The Hollywood Reporter. Dicapai pada 8 April 2015. 
  21. ^ "Nominations Announced for this Year's House of Fraser British Academy Television Awards". BAFTA. Dicapai pada 8 April 2015. 
  22. ^ "Parade's End". BBC. Dicapai pada 10 June 2011. 
  23. ^ Goldberg, Lesley (3 June 2011). "HBO Back in War Business With 'Parade's End'". The Hollywood Reporter. Dicapai pada 29 September 2011. 
  24. ^ Stuart Kemp (18 July 2013). "U.K. Stars, Shows Draw Primetime Emmy Nominations". The Hollywood Reporter. Dicapai pada 24 November 2014. 
  25. ^ Cumberbatch on Sesame Street: Sherlock Star Talks to Muppets, Time; accessed 12 March 2014.
  26. ^ "Benedict Cumberbatch to play Richard III on BBC2". The Guardian. 6 April 2014. Dicapai pada 25 August 2014. 
  27. ^ a b Euan Ferguson (18 August 2012). "Benedict Cumberbatch: naturally he's a class act". The Guardian. Dicapai pada 25 August 2014. 
  28. ^ Fleming, Jr., Mike (16 June 2011). "Benedict Cumberbatch To Voice Smaug in 'The Hobbit'". Deadline.com. Dicapai pada 31 January 2012. 
  29. ^ Calia, Michael. "Third 'Hobbit' Film Renamed 'The Battle of the Five Armies'". The Wall Street Journal. Dicapai pada 24 April 2014. 
  30. ^ Romano, Nick (22 October 2013). "The Many Faces of Benedict Cumberbatch for 'The Hobbit 2' Motion Capture". Screen Crush. Dicapai pada 18 February 2014. 
  31. ^ Finke, Nikki (4 January 2012). "'Star Trek' Sequel Hires Hot British Actor". Deadline.com. Dicapai pada 4 January 2012. 
  32. ^ Radish, Christina (8 January 2012). "J.J. Abrams Talks Star Trek 2; Says Filming Begins Thursday and 3D Tests on First Star Trek Convinced Him to Post-Convert Sequel". Collider.com. Dicapai pada 8 January 2012. 
  33. ^ "Cast | August: Osage County". August: Osage County Official Website. Dicapai pada 24 April 2014. 
  34. ^ "Amanda Seyfriend Joins 'Flying Horse', But Gary Oldman Says The Film Still Needs Financing". Indie Wire. Dicapai pada 12 March 2014. 
  35. ^ "Gary Oldman Prepares Flying Horse". Empire Online. Dicapai pada 12 March 2014. 
  36. ^ "Gary Oldman to Direct Benedict Cumberbatch & Ralph Fiennes in Flying Horse?". Screen Rant. Dicapai pada 12 March 2014. 
  37. ^ Brent Lang (20 May 2014). "'Home,' 'Penguins of Madagascar' Swap Release Dates". Variety. Dicapai pada 25 August 2014. 
  38. ^ "Benedict Cumberbatch, John Malkovich Join Penguins of Madagascar". TheWrap. Dicapai pada 12 March 2014. 
  39. ^ "Actor in a Leading Role / BENEDICT CUMBERBATCH". The Oscars. 
  40. ^ Kristopher Tapley (2 May 2014). "Weinstein sets awards season dates for 'Big Eyes,' 'Imitation Game' and 'Eleanor Rigby'". HitFix. Dicapai pada 25 August 2014. 
  41. ^ Mike Fleming Jr (7 February 2014). "Berlin Record Deal: Harvey Weinstein Pays $7 Million For Alan Turing WWII Tale 'The Imitation Game'". Deadline.com. Dicapai pada 25 August 2014. 
  42. ^ Dave McNary (21 May 2014). "Benedict Cumberbatch Replaces Guy Pearce in Johnny Depp's Whitey Bulger Movie". Variety. Dicapai pada 22 August 2014. 
  43. ^ Release, Press. "Benedict Cumberbatch, Cate Blanchett and Christian Bale Head the Ensemble of Warner Bros. Pictures' 3D Adventure "Jungle Book: Origins"". Business Wire. 
  44. ^ Strom, Marc (4 December 2014). "Benedict Cumberbatch to play Doctor Strange". Marvel.com. Dicapai pada 4 December 2014. 
  45. ^ Leon, Anya; Boucher, Philip (13 June 2015). "Benedict Cumberbatch and Sophie Hunter Welcome a Son". People. Dicapai pada 13 June 2015. 
  46. ^ Guglielmi, Jodi. "Benedict Cumberbatch and Sophie Hunter Name Son Christopher Carlton". People. 
  47. ^ "2015 Queen's Birthday Honours". The London Gazette. 
  48. ^ a b c d e Natalie Zutter (13 December 2013). "From 'Sherlock' to Smaug: Benedict Cumberbatch's Best Characters From Books". Bookish. Dicapai pada 9 September 2014. 
  49. ^ a b c "20 Questions With... Benedict Cumberbatch". Whats On Stage. 25 April 2005. Dicapai pada 4 September 2014. 
  50. ^ a b Joe Reid (17 May 2013). "Benedict Cumberbatch: 8 Roles Ranked In Order of Creepiness". Tribeca Enterprises. Dicapai pada 9 September 2014. 
  51. ^ "Short Film Festivals: Does Short and Sweet Win The Race?". Lights Film School. Dicapai pada 9 September 2014. 
  52. ^ "Film-maker's debut movie stars Benedict Cumberbatch". Bath Chronicle. 
  53. ^ Philip French (8 May 2010). "Four Lions | Film". The Guardian. Dicapai pada 9 September 2014. 
  54. ^ Jana Monji (6 December 2012). "Third Star Review". Roger Ebert. Dicapai pada 9 September 2014. 
  55. ^ "Benedict Cumberbatch: Rising Star". E!. Dicapai pada 9 September 2014. 
  56. ^ a b Euan Ferguson (18 August 2012). "Benedict Cumberbatch: naturally he's a class act". The Guardian. Dicapai pada 4 September 2014. 
  57. ^ Ian Freer (17 June 2010). "Exclusive: War Horse Cast Announced". Empire. Dicapai pada 4 September 2014. 
  58. ^ Peter Bradshaw (15 December 2011). "Wreckers – review". The Guardian. Dicapai pada 4 September 2014. 
  59. ^ Mike Fleming Jr (16 June 2011). "Benedict Cumberbatch To Voice Smaug in 'The Hobbit'". Deadline.com. Dicapai pada 4 September 2014. 
  60. ^ Stefano Lippiello (29 April 2013). "'Girlfriend in a Coma': Film censured by Italy opens in Berlin". Cafe Babel. Dicapai pada 9 September 2014. 
  61. ^ Nikki Finke (4 January 2012). "'Star Trek' Sequel Hires Hot British Actor". Deadline.com. Dicapai pada 4 September 2014. 
  62. ^ Kofi Outlaw (22 August 2014). "'Little Favour' Review". Screen Rant. Dicapai pada 9 September 2014. 
  63. ^ Justin Kroll (31 May 2012). "Cumberbatch joins '12 Years a Slave'". Variety. Dicapai pada 23 October 2012. 
  64. ^ Child, Ben (23 January 2013). "Benedict Cumberbatch as Julian Assange in the WikiLeaks movie – first picture". The Guardian. Dicapai pada 23 January 2013. 
  65. ^ Fleming, Mike. "Benedict Cumberbatch To Voice Smaug in 'The Hobbit'". Deadline. Dicapai pada 23 October 2012. 
  66. ^ "Benedict Cumberbatch in Talks to Join 'August: Osage County' (Exclusive)". The Hollywood Reporter. 23 August 2012. Dicapai pada 23 October 2012. 
  67. ^ Deepanjana Pal (7 March 2014). "August: Osage County: Families are sad even with a singing Cumberbatch". First Post. Dicapai pada 4 September 2014. 
  68. ^ Todd Cunningham (20 May 2014). "DreamWorks Animation Switches Release Dates on 'Penguins of Madagascar' and 'Home'". The Wrap. Dicapai pada 4 September 2014. 
  69. ^ Kit, Borys (4 June 2013). "Keira Knightley to Star Opposite Benedict Cumberbatch in 'Imitation Game'". The Hollywood Reporter. Dicapai pada 20 September 2013. 
  70. ^ Borys Kit (21 May 2014). "Benedict Cumberbatch Replacing Guy Pearce in Johnny Depp's Whitey Bulger Pic". The Hollywood Reporter. Dicapai pada 4 September 2014. 
  71. ^ "Benedict Cumberbatch in Nepal". The Himalayan Times. November 5, 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada November 5, 2015. Dicapai pada November 5, 2015. 
  72. ^ Claire Rutter (25 June 2013). "Benedict Cumberbatch Warned Of Fellow Actors' Jealousy?". Entertainment Wise; Giant Digital. Dicapai pada 4 September 2014. 
  73. ^ Lesnick, Silas (March 9, 2015). "Production Officially Begins on Warner Bros.' The Jungle Book". comingsoon.net. Dicapai pada March 10, 2015. 
  74. ^ Fraser McAlpine (22 April 2013). "The Full Dynastic Heritage Of Benedict Cumberbatch". BBC America. Dicapai pada 4 September 2014. 
  75. ^ a b James Mottram (4 October 2013). "'It's Not Like I've Completely Conqured Everything': Benedict Cumberbatch Interview". The Independent. Dicapai pada 4 September 2014. 
  76. ^ "BBC tackles 'glamorous' spies". BBC. 5 August 2002. Dicapai pada 4 September 2014. 
  77. ^ "Sherlock's Benedict Cumberbatch: I'm not an overnight success". Radio Times. 14 August 2013. Dicapai pada 9 September 2014. 
  78. ^ Judith Welikala (21 August 2013). "Benedict Cumberbatch on playing Stephen Hawking". The Telegraph. Dicapai pada 4 September 2014. 
  79. ^ "BBC – Comedy – Broken News About The Show". BBC. Dicapai pada 9 September 2014. 
  80. ^ "Stuart: A Life Backwards – TV adaptation of Alexander Masters' award-winning memoir commences filming". BBC. 9 December 2006. Dicapai pada 4 September 2014. 
  81. ^ "The Last Enemy revealed in new BBC One thriller". BBC. 9 March 2007. Dicapai pada 4 September 2014. 
  82. ^ "Small Island: Benedict Cumberbatch plays Bernard". BBC. 14 October 2009. Dicapai pada 4 September 2014. 
  83. ^ "BBC One – imagine..., Vincent Van Gogh: Painted with Words". BBC. 17 July 2011. Dicapai pada 23 October 2012. 
  84. ^ Matt Tamanini (20 August 2014). "BWW Profile: Benedict Cumberbatch Emmy-Nominated Star of Stage and Screen". Broadway World. Dicapai pada 4 September 2014. 
  85. ^ "The Rattigan Enigma By Benedict Cumberbatch". BBC Four. 2 January 2012. Dicapai pada 23 October 2012. 
  86. ^ Press Office (12 December 2008). "BBC Drama Announces Sherlock, a New Crime Drama for BBC One". BBC. Dicapai pada 25 March 2013. 
  87. ^ Andreeva, Nellie. "HBO Greenlights World War I Mini Starring Benedict Cumberbatch And Rebecca Hall". Deadline.com. Dicapai pada 23 October 2012. 
  88. ^ Dan Snierson (8 February 2013). "'The Simpsons': Watch Benedict Cumberbatch play the British prime minister AND Snape". Entertainment Weekly. Dicapai pada 9 September 2014. 
  89. ^ "Smaug". The Colbert Report. Dicapai pada 12 December 2014. .
  90. ^ "Principal photography begins on The Hollow Crown: The Wars Of The Roses". BBC Two. 1 October 2014. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]