2NE1

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
2NE1
2NE1 from acrofan 2.jpg
2NE1 ketika di Pesta Muzik MTV-Daum pada 2011.
Latar belakang
Berasal dari Korea Selatan Seoul, Korea Selatan
Genre K-pop, hip hop, R&B, elektronik, pop tarian, urban, elektropop
Tahun aktif 2009–2017
Label
Laman sesawang yg-2ne1.com
Bekas ahli

2NE1 (Korea: 투애니원 tu-aeniwon) merupakan sebuah kumpulan muzik yang berasal dari negara Korea Selatan. Kumpulan muzik ini dibentuk oleh syarikat rakaman YG Entertainment pada tahun 2009 dan ia terdiri daripada empat orang ahli iaitu CL, Dara, Bom dan Minzy. 2NE1 adalah singkatan bagi "Evolusi Baru Abad ke-21" dan ia disebut sebagai "twenty-one" atau "to anyone".[1][nb 1]

Kumpulan muzik ini muncul pertama kali dalam lagu Lollipop yang merupakan satu promosi komersil bersama dengan Big Bang untuk LG Electronics. Single penampilan sulung mereka iaitu "Fire" mula dilancarkan pada 6 Mei 2009. Sejak itu, 2NE1 ini telah melancarkan dua buah album mini iaitu 2NE1 dan 2NE1 2nd Mini Album serta sebuah album studio iaitu To Anyone. Single "I Don't Care" (Apa Aku Kisah) daripada album mini pertama berjaya memperoleh anugerah "Lagu Tahun Ini" dalam Anugerah Muzik Asia Mnet tahun 2009.[2] Single 2NE1 berjudul "Naega Jeil Jal Naga" (Akulah yang Terbaik) yang dilancarkan pada 24 Jun 2011 juga berjaya merangkul anugerah yang sama pada tahun 2011.[3][4]

2NE1 turut membuat penampilan pertama mereka di Jepun pada September 2011 dengan album mini NOLZA. Sejak itu, mereka telah mengeluarkan satu album studio, Collection dan dua single fizikal di Jepun. Menurut akhbar The New York Times, persembahan 2NE1 di Prudential Center, New Jersey adalah "salah satu konsert yang terbaik untuk 2012".[5] Pada Oktober 2012, Zack Greenburg dari majalah Forbes berkata bahawa 2NE1 berjaya 27 juta muat turun digital.[6]

Pada beberapa bulan yang lalu syarikat mereka YG Entertainment mengumumkan bahawa mereka akan dibubarka dan tidak bergiat aktif lagi. Pada tahun ini CL telah berada di Amerika Syarikat dan debut sebagai artist solo di sana, manakala Dara dan Bom sibuk dengan aktiviti solo mereka. Bekas Ahli mereka Minzy telah menanda tangani kontrak dengan syarikat baru iaitu Music Works Entertainment.[7]

Pada 25 November 2016, 2NE1 secara rasminya dibubarkan setelah bersama selama 7 tahun. Mereka telah mengeluarkan lagu terakhir mereka sebagai satu kumpulan yang berjudul "GOODBYE" pada 21 Januari 2017.[8]

Ahli[sunting | sunting sumber]

Nama ahli Pengenalan ringkas
CL
(씨엘)
  • Nama penuh : Lee Chae-rin (이채린, 李債潾)
  • Tarikh lahir : (1991-02-26) 26 Februari 1991 (umur 26)
  • Tempat lahir : Korea Selatan Seoul, Korea Selatan
  • Peranan : Ketua, penyanyi rap utama, vokalis
Bom
(봄)
  • Nama penuh : Park Bom (박봄, 朴봄)
  • Tarikh lahir : (1984-03-24) 24 Mac 1984 (umur 33)
  • Tempat lahir : Korea Selatan Seoul, Korea Selatan
  • Peranan : Penyanyi vokal utama
Dara
(다라)
  • Nama penuh : Park Sandara (박산다라, 朴산다라)
  • Tarikh lahir : (1984-11-12) 12 November 1984 (umur 32)
  • Tempat lahir : Korea Selatan Busan, Korea Selatan
  • Peranan : Vokalis, visual
Minzy
(민지)
  • Nama penuh : Gong Min-ji (공민지, 孔敏知)
  • Tarikh lahir : (1994-01-18) 18 Januari 1994 (umur 23)
  • Tempat lahir : Korea Selatan Seoul, Korea Selatan
  • Peranan : Ketua vokalis, penari utama, penyanyi rap

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Diskografi 2NE1

Diskografi Korea[sunting | sunting sumber]

Album studio[sunting | sunting sumber]

Album mini[sunting | sunting sumber]

Diskografi Jepun[sunting | sunting sumber]

Album studio[sunting | sunting sumber]

Album mini[sunting | sunting sumber]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

  • 2009 Style (cameo)
  • 2009 Girlfriends (cameo)
  • 2009 2NE1TV
  • 2010 2NE1TV Season 2
  • 2011 2NE1TV Live: Worldwide (season 3)
  • 2013 Running Man EP156
  • 2014 America´s Next Top Model CBSTV
  • 2014 The Bachelor - Juan Pablo
  • 2014 The Tim Yap Show
  • 2014 SBS Roommate (Park Bom only)
  • 2014 Running Man EP195 (along with 2PM, Jo Jung-Chi, Muzie, Yoon Jung-Shin & Eddy Kim)

Konsert[sunting | sunting sumber]

Konsert utama[sunting | sunting sumber]

  • The Party in Philippines (2011)
  • Nolza (2011)
  • New Evolution Global Tour (2012)
  • AON: All or Nothing World Tour (2014)

Konsert lain[sunting | sunting sumber]

  • YG Family Concert (2010)
  • YG Family 15th Anniversary Concert (2011–2012)
  • YG Family Concert (2014)

Anugerah dan penghargaan[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ini disebabkan sebutan Bahasa Inggeris Amerika Syarikat "to anyone" (kepada sesiapa) dan "twenty-one" (dua puluh satu) ditulis dengan cara yang sama dalam Hangul dengan hanya perbezaan dari segi penjarakkan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "여자 빅뱅, '21(To Anyone)'으로 공식명칭 확정" (dalam bahasa Korea). The Chosun Ilbo. 27 Mac 2009. Dicapai pada 22 Mei 2009. 
  2. ^ "Anugerah Muzik Asia Mnet (MAMA) 2009 – Senarai Pemenang" (dalam bahasa Inggeris). Kome World. 30 November 2009. Dicapai pada 3 Februari 2014. 
  3. ^ "Senarai pemenang Anugerah Muzik Asia Mnet 2011" (dalam bahasa Inggeris). xinmsn. 29 November 2011. Dicapai pada 3 Februari 2014. 
  4. ^ Aysohmay (29 November 2011). "Pemenang Anugerah Muzik Asia Mnet 2011" (dalam bahasa Inggeris). jpopasia.com. Dicapai pada 3 Februari 2014. 
  5. ^ "The Best Concerts of 2012, as Seen by Times Critics" (dalam bahasa Inggeris). The New York Times. Dicapai pada 6 Januari 2013. This was the year K-pop arrived — not in the form of “Gangnam Style,” which was everywhere and yet completely evanescent — but in these arena shows, which were full of thousands of young, paying fans eager to see the girls of 2NE1 and the boys of BigBang, groups with zero American hits between them, but rabid American followings all the same. 
  6. ^ Greenburg, Zack (16 Oktober 2012). "Bigger Than Psy: 2NE1 And The Future Of K-Pop" (dalam bahasa Inggeris). Forbes. Dicapai pada 25 Januari 2013. Known by many as the Korean version of the Spice Girls, the group has sold 27 million digital downloads to date, including the single “I Am The Best,” which moved 4.5 million units 
  7. ^ Tamar Herman (26 November 2016). "2NE1 Officially Disbands, YG Entertainment Renews Contracts With CL and Dara". www.billboard.com. Dicapai pada 16 January 2017. 
  8. ^ "[공식입장] YG 측 "2NE1, 21일 '굿바이' 음원 발표"". news.nate.com. 5 January 2017. Dicapai pada 16 January 2017. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]