T.O.P (penyanyi)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Jangan dikelirukan dengan Tower of Power
Rencana ini memaparkan nama orang Korea yang mana nama keluarganya ialah Choi.
T.O.P
T.O.P - 0.TO.10 in Seoul - 2.jpg
Kelahiran Choi Seung-hyun
(1987-11-04) 4 November 1987 (umur 30)
Seoul, Korea Selatan Korea Selatan
Pekerjaan
  • Penyanyi-penulis lagu
  • Pelakon
  • Penerbit rakamn
  • penyanyi rap
Kerjaya muzik
Genre
Tahun aktif 2006–kini
Syarikat rakaman YG Entertainment[1]
Kegiatan berkaitan Big Bang, Keluarga YG
Nama Korea
Hangul 최승현
Hanja 崔勝鉉
Perumian Semakan Choe Seung-hyeon
McCune–Reischauer Ch'oe Sŭnghyŏn

Choi Seung-hyun (Hangul: 최승현; lahir 4 November 1987),[2] atau lebih dikenali sebagai nama pentasnya, T.O.P, merupakan penyanyi, pelakon dan penerbit rakaman Korea Selatan. Beliau merupakan salah seorang ahli kumpulan muzik boyband Korea Selatan Big Bang dan juga terlibat alam pelbagai drama dan filem, seperti I Am Sam (2007), Iris (2009), 19-Nineteen (2009), 71: Into the Fire (2010), Commitment (2013) dan Tazza: The Hidden Card (2014).

Kolumnis, Jeff Benjamin dari Billboard K-Town menyifatkan T.O.P amat dikenali sebagai penyanyi rap bersuara low-timbre .[3]

Kehidupan dan kerjaya[sunting | sunting sumber]

2005-2006: Kehidupan awal dan kemunculan pertama bersama Big Bang[sunting | sunting sumber]

Big Bang di MTV Fast Forward, Thailand, Disember 2007

Sebelum penglibatannya bersama YG Entertainment, Seung-hyun merupan penyanyi rap bawah tanah di bawah nama Tempo, dan merupakan rakan karib G-Dragon, seorang lagi ahli Big Bang.[4] G-Dragon menyatakan bahawa mereka berdua ialah "rakan kejiranan sejak sekolah rendah” dan kerap menari dan menyanyikan rap bersama-sama.[5] Meskipun G-Dragon berpindah dan kedua-duanya “membawa haluan”, beliau menghubungi Seung-hyun sekali lagi apabila YG Entertainment sedang mencari bakat baru untuk mewujudkan sebuah kumpulan boyband.[5] Mereka berdua merakamkan beberapa demo dan menghantarnya kepada Yang Hyun-suk, Ketua Pegawai Eksekutif YG Entertainment, yang kemudiannya meminta Seung-hyun untuk ujibakat.[4] Seung-hyun pada awalnya ditolak oleh syarikat rakaman, yang menyifatkannya terlau “gempal” dan untuk memuatkan versi idealistik idola.[4] Seung-hyun kemudiannya menyatakan bahawa: “saya pulang ke rumah dan dan bekerja keras untuk menurunkan berat badan kerana saya mahu menyertai YG Entertainment”.[4] Enam bulan kemudian, beliau kembali untuk satu lagi ujibakat dan telah ditandatangani. Beliau dilaporkan telah hilang berat badan 20kg dalam masa 40 hari.[4] Choi Seung-hyun telah diberikan nama pentas T.O.P (Korea: 탑) oleh artis felo YG, Se7en. Beliau menjadi salah seorang daripada dua penyanyi rap dalam kumpulan Big Bang, bersama-sama dengan G-Dragon, Daesung, Seungri dan Jang-Hyun seung dan sebuah dokumentasi mengenai latihan mereka yang disiarkan untuk mempromosikan mereka.[6] So-1 telah digugurkan oleh label dan Big Bang membuat kemunculan sulung rasmi mereka dengan lima ahli.[7] Album pertama mereka, Since 2007 merupakan satu kejayaan yang membuahkan hasil,[8] dan termasuk lagu solo pertama T.O.P, “Big Boy”. Kumpulan ini mencapai kejayaan arus perdana melalui lagu “Lies” (Korea: 거짓말; Perumian Semakan Geojitmal), dari album mini 2007 mereka Always yang menduduki beberapa carta semasa pelancarannya. Single dari album ini, “Last Farewell” (Korea: 마지막 인사; Perumian Semakan: Majimak Insa) dari album mini Hot Issue dan “Day By Day” (Korea: 하루하루; Perumian Semakan: Haru Haru) dari album Stand Up juga menduduki tangga teratas carta.[9][10]

2007-2010: Perkembangan kerjaya solo, menerjah ke bidang lakonan dan GD & TOP[sunting | sunting sumber]

T.O.P membuat persembahan bersama G-Dragon pada 2011

Berikutan pelancaran single dan album kumpulan ini, T.O.P memulakan kerjaya solonya. Pada April 2007, beliau ditampilkan bersama rakan sekumpulannya, G-Dragon dan Taeyang menerusi lagu nyanyian Lexy, “Super Fly daripada albumnya, Rush. Kemudiannya, beliau muncul sebagai pelakon dalam muzik video Red Roc, “Hello”.[11] Beliau kemudiannya menjadi ahli kumpulan Big Bang yang pertama yang menceburi bidang lakonan, berlakon dalam drama KBS2, I Am Sam,[1] memegang watak sebagai Chae Musin, pelawan terbaik sekolah. Beliau juga mengambil peranan sebagai MC dalam rancangan Music Core untuk siaran MBC, pada 10 April 2007, hanya berhenti pada bulan April tahun berikutnya. Pada 2008, bekerjasama dengan penyanyi R&B, Gummy menerusi lagu “I’m Sorry” dari albumnya, Comfort, penyanyi veteran Uhm Jung-hwa untuk lagunya, “D.I.S.C.O” dan ZiA menerusi lagunya, “I Only See You”. Pada tahun yang sama, beliau dihantar ke jabatan teater di Universiti Dankook.[12]

T.O.P kemudiannya memperlahankan kerjaya solonya sementara menyertai Big Bang untuk aktiviti promosi mereka. Selepas lebih setahun mempromosikan produk kumpulan ini, beliau kembali ke bidang lakonan, memegang watak sebagai pembunuh yang bernama Vick dalam drama televisyen Korea,[13] Iris. [14] T.O.P juga merakamkan lagu “Halleujah” untuk runut bunyi drama tersebut, bersama Taeyang dan G-Dragon. Selepas Iris, T.O.P dan rakan Big Bangnya, Seungri muncul dalam drama suspens remaja, 19,[15] yang mana mereka mengeluarkan single, “Because”.

Penggambaran gambar promosi GD & TOP

Kemunculannya dalam filem 2010, 71: Into the Fire mendapat sambutan dan pujian, melayakkan beliau menerima beberapa anugerah termasuk Anugerah Populariti Hallyu dalam Anugerah Filem Grand Bell ke-47.[16] Filem ini juga memperoleh 1 juta tontonan dalam seminggu, menjadikan filem Korea Selatan pada 2010 untuk berbuat demikian.[17] Serentak, T.O.P mula membuat persediaaan untuk konsert solo pertamanya.[18] Semasa konsert Big Bang’s Big Show pada Januari 2010, T.O.P mempersembahkan single terbarunya, "Turn It Up". Mereka kemudiannya memuat naik video rasmi, yang memperoleh lebih dari sejuta tontonan dalam masa beberapa minit.[19] Beliau menjadi artis Korea pertama yang mempunyai lagunya dikeluarkan di seluruh dunia menerusi iTunes.

Pada 2010, YG Entertainment mengumumkan T.O.P dan rakan sekumpulannya dalam Big Bang, G-Dragon bakal melancarkan album kolaborasi di bawah nama GD & TOP.[20] Mendahului pelancaran album, duo ini mengadakan persembahan perdana seluruh dunia untuk album mereka di Times Square di Yeongdeungpo di Seoul, Korea Selatan,[21] yang juga disiarkan secara langsung di YouTube.[22] Untuk mempromosikan album, pasangan duo ini mengeluarkan tiga single "High High," "Oh Yeah," dan "Knock Out".[23] Semua tiga single ini mendahului pelancaran album. Single yang mencapai kejayaan komersial: "Knock Out" telah menduduki carta,[24] sementara "Oh Yeah" dan "High High" masing-masing menduduki di tangga No 2 dan No 3. [25][26] Album ini dikeluarkan pada malam Hari Krismas, dan membuat kemunculan pertama [27] dengan pra-pesanan sebanyak 200,000 salinan.[28]

2011-kini: Terus berlakon[sunting | sunting sumber]

T.O.P pada 2012
T.O.P di konsert Big Bang Alive World Tour

Pada tahun 2011, Big Bang menghentikan kegiatan mereka berikutan pengumuman album EP Tonight mereka kerana daesung terlibat dalam kemalangan jalan raya dan skandal marijuana G-Dragon. Beliau telah menghadiri 2011 MTV EMA dengan kumpulannya Big Bang, yang mereka memenangi kategori itu untuk Artis Seluruh Dunia Terbaik.[29]

Pada tahun 2012, T.O.P membintangi filem Commitment (juga dikenali sebagai Alumni), memegang watak anak seorang perisik Korea Utara yang dituduh.[30][31] Semasa penggambaran adegan pertempuran untuk filem itu, dia mengalami kecederaan belakang tangannya di atas serpihan kaca dan kemudiannya dimasukkan ke hospital untuk pembedahan. Penggambaran filem itu ditangguhkan selama beberapa minggu, walaupun kecederaannya beliau terus muncul dengan Big Bang sepanjang jelajah dunia mereka.[32] Kerana peranannya, beliau memenangi Anugerah Rookie di Anugerah Bintang Asia, yang diadakan semasa Festival Filem Antarabangsa Busan, satu-satunya pelakon Korea yang memenangi anugerah dalam majlis tersebut.

T.O.P telah dinamakan sebagai salah satu simbol seks pada tahun 2013.[33] Pada bulan November, beliau mengeluarkan satu single digital, "Doom Dada"[34] yang dia sendiri menganggap ia sebagai aneh dan pelik. Ia adalah single terbarunya selepas 3 tahun dengan pelancaran "Turn It Up" pada tahun 2010. Lagu ini dipersembahkan buat kali pertama di Anugerah Muzik Asia Mnet 2013 di Hong Kong.[35] Beliau kemudiannya ditampilkan dalam album Jepun artis England, Pixie Lott bersama-sama dengan G-Dragon untuk lagu "Dancing on My Own".[36] Pada tahun 2014, T.O.P memegang peranan watak utama Ham Dae-Gil dalam filem perjudian Korea Selatan, Tazza 2: The Hidden Card, kesinambungan kepada Tazza: The High Rollers.

Selepas memulakan debutnya sebagai pereka perabot pada tahun 2015 dengan kerjasama Vitra,[37] beliau telah dianugerahkan Anugerah Kebudayaan Visual di Anugerah Mata Prudential.[38]

Pada tahun 2015 beliau membintangi drama wen CJ E&M drama web The Secret Message bersama pelakon Jepun, Juri Ueno.

Pada masa ini beliau berada di Jerman untuk filemnya, "Out of Control", kerjasama jerman-cina.

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Diskografi Big Bang
Album kolaborasi
  • GD & TOP bersama G-Dragon (2010)
  • Play with GD & TOP bersama G-Dragon (2011)
  • Play "ZUTTER (GD & TOP)" bersama G-Dragon dalam MADE SERIES E (2015)

Single[sunting | sunting sumber]

Tahun Single Kedudukan carta Album
KOR
[39]
2006 "Big Boy" (T.O.P solo) Since 2007
2007 "Friend" (Feat. Taeyang) MBC TV Drama [Friend, Our Legend] OST
"Act Like Nothing's Wrong" (Feat. Kim Jieun) Always
2009 "Hallelujah" (Feat. G-Dragon & Taeyang) 18 Iris OST
2010 "Turn it Up" 11 Digital Single
"Because" 19 OST
2011 "Of All Days" 89 GD & TOP
"Oh Mom" 27
2013 "Doom Dada 4 Digital Single
2015 "Hi Haruka" Secret Message OST

Single kolaborasi dan tampilan[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Kedudukan carta Album
KOR
[40]
2006 "Forever with You" (with G-Dragon Ft. Park Bom) Bigbang Vol.1
"We Belong Together" (with G-Dragon & Vxp Ft. Park Bom)
2007 "Buckwild" (NBK Gray Ft. T.O.P)
2008 "I'm Sorry" (Gummy Ft. T.O.P) Comfort
"D.I.S.C.O" (Uhm Jung-hwa Ft. T.O.P) D.I.S.C.O
"All I See is You" (ZiA Ft. T.O.P) Road Movie
"We Belong Together" English version (with G-Dragon Ft. Park Bom) With U
2010 "Digital Bounce" (Se7en Ft. T.O.P) Digital Bounce
2011 "High High" (with G-Dragon) 1 GD & TOP
"Oh Yeah" (with G-Dragon Ft. Park Bom) 2
"Knock Out" (with G-Dragon) 3
"Intro" (with G-Dragon)
"Baby Goodnight" (with G-Dragon) 13
"Don't Go Home" (with G-Dragon) 22
2012 "Dancing on My Own" (Pixie Lott Ft. T.O.P & G-Dragon) Young Foolish Happy (Deluxe Edition)
2013 "Bubble Butt" (Major Lazer Ft. Bruno Mars, G-Dragon, T.O.P, Tyga and Mystic) 78 Free the Universe (Asian Edition)
2015 "Zutter" (with G-Dragon) 2 Made
"—" menunjukkan keluaran yang tiada dalam carta atau tidak dikeluarkan di wilayah tertentu.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Catatan
2008 Story of Men Dirinya sendiri Kemunculan kameo
2009 Nineteen Seo Jeong-hun
2010 71: Into the Fire Oh Jang-beom
2011 Iris the Movie Vick Adaptasi filem Iris untuk Jepun
2013 Commitment Lee Myeong-hoon / Kang Dae-ho
2014 Tazza: The Hidden Card Ham Dae-gil Kesinambungan Tazza: The High Rollers
2016 Out of Control[41] Tom Young Filem Cina

Drama televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Rangkaian
2007 I Am Sam (TV series) Chae Mu-sin KBS2
2009 Iris Vick KBS2
2010 Haru T.O.P
2015 Secret Message[42] Woo-hyun CJ E&M Web Drama

Rancangan aneka[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Rangkaian Catatan Video
2009 Family Outing SBS Tetamu, episod 34 dan 35 [-]
2012 Running Man SBS Tetamu bersama BIGBANG, episod 84 dan 85 [-]
2013 Running Man SBS Tetamu bersama Kim Yoo-jung, episod 170 [-]
2015 Running Man SBS Tetamu bersama BIGBANG, episod 250 [-]
2015 Yu Huiyeol's Sketchbook KBS2 Tetamu bersama BIGBANG, episod 276 KBS World TV
2015 Happy Together KBS2 Tetamu bersama BIGBANG, episod 398 KBS World TV

Kemunculan muzik video[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk lagu Penyanyi
2007 "Hello" Red Roc
2008 "I'm Sorry" Gummy
"D.I.S.C.O" Uhm Jung-hwa
2011 "I'm Sorry" (versi Jepun) Gummy

Anugerah dan penghargaan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Karya tercalon Keputusan
2010 47th Grand Bell Awards Hallyu Popularity[43] 71: Into the Fire Menang
Best New Actor[44] Dicalonkan
8th Korean Film Awards Best New Actor[45] Dicalonkan
Style Icon Awards New Icon (Movie)[46] Menang
31st Blue Dragon Film Awards Best New Actor Menang
Popularity Award Menang
Max Movie Award Best New Actor[47] Menang
5th Asian Film Awards Best New Actor[48] Dicalonkan
2011 47th Baeksang Arts Awards Best New Actor[49] Menang
Popularity Award[49] Menang
2013 17th BIFF Asia Star Awards Rookie Awards[50] Commitment Menang
2014 50th Baeksang Arts Awards Popularity Award Dicalonkan
Singapore Entertainment Awards Most Popular K-pop Music Video Doom Dada Dicalonkan
2015 Prudential Eye Awards Visual Culture Award Himself Menang
52nd Grand Bell Awards Popularity Award Tazza: The Hidden Card Dicalonkan
2016 4th Drama Fever Awards Best Feature Film Tazza: The Hidden Card Won
2016 4th Drama Fever Awards Best SNS Drama Secret Message Won

Kemenangan carta muzik[sunting | sunting sumber]

SBS's Inkigayo[sunting | sunting sumber]

Tahun Tarikh Lagu
2011 9 Januari "High High" (GD&T.O.P)

Mnet's M! Countdown[sunting | sunting sumber]

Tahun Tarikh Lagu
2010 30 Disember "Oh Yeah" (GD&T.O.P)
2011 6 Januari "High High" (GD&T.O.P)
2015 20 Ogos "Zutter" (GD&T.O.P)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Choi Seung Hyun YG Profile". YG Entertainment. Dicapai pada May 26, 2009. 
  2. ^ Mark Russell (April 29, 2014). K-Pop Now!: The Korean Music Revolution. Tuttle Publishing. m/s. 34. ISBN 978-1-4629-1411-1. 
  3. ^ Benjamin, Jeff. "BIGBANG in America: Behind the Scenes With the K-Pop Boy Wonders". Billboard. Dicapai pada November 16, 2012. 
  4. ^ a b c d e (Korea){{cite http://www.google.com/imgres?q=t.o.p+bigbang&start=110&um=1&hl=en&sa=N&biw=1366&bih=690&tbm=isch&tbnid=wFs8Rfa20KHbCM:&imgrefurl=http://www.koreaboo.com/index.html/_/general/big-bangs-top-injures-hand-during-t-r18073&docid=wENS_DAHnh89pM&imgurl=http://www.koreaboo.com/forum/uploads/cc783ab569ec885de139952dac83d2d0.jpg&w=290&h=290&ei=bnAtUa7QOvSr2AXsgoGgBQ&zoom=1&ved=1t:3588,r:10,s:100,i:34&iact=rc&dur=268&sig=107515174304572353076&page=5&tbnh=174&tbnw=167&ndsp=28&tx=63&ty=117 2010012614544865752|title=新스타고백지드래곤⑥'빅뱅' 별명은 '어떡해'였죠|date=February 3, 2010|publisher=Asiae News|accessdate=February 4, 2010}}
  5. ^ a b 新스타고백지드래곤⑤아이돌그룹 활동, 망설였다. Asiae News. February 2, 2010. Dicapai pada February 4, 2010. 
  6. ^ "Big Bang". KBS World. Dicapai pada January 15, 2010. 
  7. ^ '준비된 그룹' 빅뱅, 대폭발 예고. Sports Chosun. July 7, 2006. Dicapai pada January 15, 2010. 
  8. ^ "Album Sales for the Month of February 2007". Industry Association of Korea. Diarkibkan daripada original pada December 21, 2007. Dicapai pada February 15, 2008. 
  9. ^ "빅뱅 쥬크온차트 8주 연속 1위 기염, JOO도 2주만에 7위 진입". Newsen. January 21, 2008. Dicapai pada February 1, 2008. 
  10. ^ "Big Bang's 'Day by Day' Sweeps J-Pop Charts for Four Weeks". KBS Global. September 8, 2008. 
  11. ^ 빅뱅 8월 신보 발매, 태양 솔로 데뷔는 미정. Newsen. July 18, 2007. Dicapai pada February 4, 2010. 
  12. ^ 탑(T.O.P), 단국대 입학 증명사진 화제. Etoday.co.kr. Retrieved on January 13, 2012.
  13. ^ Chung Kang, Hyun (November 26, 2009). "New drama finds a gripping formula for success". Joongang Daily. Dicapai pada December 3, 2009. 
  14. ^ Han Sang, Hee (May 24, 2009). "'Iris' to Bring Spy Story to Small Screen". Korea Times. Diarkibkan daripada original pada October 16, 2009. Dicapai pada December 3, 2009. 
  15. ^ "Big Bang duo star in murder movie". JoongAngDaily. May 22, 2009. Dicapai pada December 3, 2009. 
  16. ^ Hicap, Jonathan M. (October 30, 2010). "'Poetry' wins best film at 47th Daejong Film Awards". Manila Bulletin. Manila Bulletin Publishing. Dicapai pada November 6, 2010. 
  17. ^ Yim, Seung-hye (February 5, 2010). "Actor Kwon Sang-woo injured while filming fight". JoongAng Daily. Dicapai pada February 5, 2010. 
  18. ^ 탑-대성, 빅뱅 콘서트서 솔로곡 첫 공개. Osen. January 31, 2010. Dicapai pada February 5, 2010. 
  19. ^ 빅뱅 탑 콘서트서 첫 솔로곡 뮤비 깜짝 공개 ‘올 상반기 활동’. Newsen. January 31, 2010. Dicapai pada February 5, 2010. 
  20. ^ "G-Dragon and Top to Release Duet Album in December". KBS Global. November 30, 2010. Dicapai pada January 20, 2011. 
  21. ^ Kim, Jessica (December 15, 2010). "Big Bang T.O.P, G-Dragon pose at album showcase". 10asia. Dicapai pada January 20, 2011. 
  22. ^ Kim, Jessica (December 15, 2010). "G-Dragon and T.O.P hold world premiere showcase for duo unit". 10asia. Dicapai pada January 20, 2011. 
  23. ^ Kim, Jessica (December 24, 2010). "Big Bang unit G-Dragon and T.O.P release third title track". 10asia. Dicapai pada January 20, 2011. 
  24. ^ "Big Bang duo on TV today". Korea JoongAng Daily. International Herald Tribune. Dicapai pada January 20, 2011. 
  25. ^ Kim, Heidi. "IU "Good Day" stays atop Gaon chart for 4th week". 10asia. Dicapai pada January 20, 2011. 
  26. ^ Kim, Heidi. "IU's "Good Day" takes charge of Mnet chart for 4th week". 10asia. Dicapai pada January 20, 2011. 
  27. ^ "Gaon Chart Search: GD & TOP". Gaon Chart. Korea Music Content Industry Association. Dicapai pada October 31, 2010. 
  28. ^ "'발매 D-2' GD·탑 유닛 첫앨범, 선주문만 '20만장' (GD&TOP's album receives 200,000 pre-orders)". Daum. Dicapai pada January 23, 2011. 
  29. ^ "Big Bang Wins the "World Wide Act" Award at MTV European Music Awards". Soompi. Dicapai pada November 6, 2011. 
  30. ^ "Big Bang's T.O.P. and Jo Sung Ha Confirmed for "Alumni"". Soompi. Dicapai pada June 12, 2012. 
  31. ^ "Kim Yoo Jung to Play T.O.P's Younger Sister in New Movie". Soompi. Dicapai pada June 26, 2012. 
  32. ^ "T.O.P suffers an injury while filming for movie Alumnus". Allkpop. Dicapai pada November 11, 2013. 
  33. ^ "2013's Hottest Sex Symbols". RollingStone. Dicapai pada December 17, 2013. 
  34. ^ "'YG Music' DOOM DADA". Genie. Dicapai pada November 15, 2013. 
  35. ^ "Performances from the '2013 MAMA'!". Allkpop. Dicapai pada November 22, 2013. 
  36. ^ http://www.allkpop.com/2012/03/gdtop-to-feature-in-english-singer-pixie-lotts-new-japanese-release
  37. ^ "T.O.P to Debut as Furniture Designer in 2015 in Collaboration with Switzerland-based Brand VITRA". YGUnited. Dicapai pada January 21, 2015. 
  38. ^ "Big Bang's T.O.P awarded Visual Culture Award for his artistic interests from 'Prudential Eye Awards'". Allkpop. Dicapai pada January 21, 2015. 
  39. ^ "Gaon Chart Search: T.O.P". Gaon Chart. Korea Music Content Industry Association. Dicapai pada November 6, 2010. 
  40. ^ "Gaon Chart Search: Park Bom". Gaon Chart. Korea Music Content Industry Association. Dicapai pada November 6, 2010. 
  41. ^ http://www.newseveryday.com/articles/35876/20160406/kpop-news-bigbang-t-o-p-to-star-in-a-chinese-movie.htm
  42. ^ "BigBang T.O.P. and Japanese actress reveal 'Secret Message'". Korea Times. October 28, 2015. Dicapai pada November 4, 2015. 
  43. ^ [아츠포토] '시' 윤정희-이창동감독, '대종상영화제' 참석. Arts News. October 30, 2010. Dicapai pada February 23, 2011. 
  44. ^ ホーム»第47回大鐘賞映画祭授賞式公式観覧ツアー. 韓流コンサート. October 30, 2010. Dicapai pada February 23, 2011. 
  45. ^ "8th Korea Film Awards". MBC. November 10, 2010. Dicapai pada February 23, 2011. 
  46. ^ Han, Jiyoung (November 18, 2010). 올해 스타일아이콘 어워즈, 이병헌-소지섭-신민아 엣지있는 이유는?(종합) (dalam bahasa Korea). Newsen. Dicapai pada February 23, 2011. 
  47. ^ 제8회 맥스무비 최고의 영화상 [Top of the 8th Max Movie Awards]. Dicapai pada March 31, 2011. 
  48. ^ "5th AFA Nominees & Winners by Nominees". Dicapai pada March 31, 2011. 
  49. ^ a b "Winners of 47th Baeksang Award". Allkpop. May 26, 2011. Dicapai pada May 26, 2011. 
  50. ^ "[T.O.P becomes the only Korean celebrity to be awarded at BIFF's 'Asia Star Awards'". Big Bang Updates. October 6, 2013. Dicapai pada October 6, 2013. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]