Wangsa Achaemenid
Empayar Achaemenid امپراتوری هخامنشی Emperâturi-ye Hakhâmaneshiyan | |||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
ca. 550 SM–330 SM | |||||||||||||||
![]() | |||||||||||||||
![]() Wilayah Empayar Achaemenid pada kemuncaknya. | |||||||||||||||
Ibu negara | Pasargadae, Ecbatana, Persepolis, Susa, Babylon | ||||||||||||||
Bahasa yang umum digunakan | Parsi Kuno, Imperial Aramaik, Elamite, Akkadia | ||||||||||||||
Agama | Zoroastrianisme | ||||||||||||||
Kerajaan | Monarki | ||||||||||||||
Maharaja | |||||||||||||||
• 559 BCE–529 BCE | Cyrus II Agung | ||||||||||||||
• 336 BCE–330 BCE | Darius III | ||||||||||||||
Era Sejarah | Sejarah purba | ||||||||||||||
• Didirikan | ca. 550 SM | ||||||||||||||
• Pembinaan bermula di Persepolis | 515 BCE | ||||||||||||||
• Penaklukan Mesir oleh Cambyses II | 525 BCE | ||||||||||||||
498–448 BCE | |||||||||||||||
• Penaklukan semula Mesir oleh Artaxerxes III | 343 BCE | ||||||||||||||
• Kekalahan Empayar Achaemenid oleh Alexander Agung | 334 BCE–330 BCE | ||||||||||||||
• Ditakluk semasa Perang Alexander Agung | 330 SM | ||||||||||||||
• Darius III dibunuh oleh Bessus | 330 BCE | ||||||||||||||
Mata wang | Daric dan Siglos | ||||||||||||||
| |||||||||||||||
Sekarang sebahagian dari | ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
Empayar Achaemenid atau Wangsa Achaemenid (Bahasa Parsi Lama: Hakhāmanishiya) (sekitar 559 SM - 338 SM) adalah empayar Parsi pertama yang memerintah Iran dan negara negara sekitarnya, termasuk Afghanistan, Pakistan, Turki Barat, Iraq, Arab Saudi Utara, Palestin, Jordan, Israel dan Lebanon. Keluasan empayarnya dianggarkan seluas 7.5 juta km persegi.
Nama Achaemenid berasal daripada pengasas empayar ini Achaemenes, tetapi teori ini diperdebatkan oleh sejarahwan sehingga ke hari ini. Achaemenid pada mulanya adalah sebuah negeri naungan Empayar Medes, tetapi negeri ini berkembang dan berjaya menumpas dan mengakhirkan pertuanan Medes. Empayar Achaemenid kemudiannya berkembang sehingga ke Mesir dan menawan hampir ke semua jajahan Yunani. Namun begitu, wangsa Achaemenid diakhiri Iskandar Agung dari Yunani.
Antara raja terkenal yang juga dianggap pengasas Wangsa ini yang benar ialah Cyrus Agung.
Empayar Achaemenid merupakan sebuah empayar yang diasaskan oleh Cyrus Agung (r. c. 585–c. 529 B.C.E.). Pada kemuncak kekuasaannya pada Kurun ke-lima B.C.E. Empayar Achaemenid pernah menguasai kawasan yang terbentang dari Albania di sebelah Barat sehingga ke Taxila dan mengikuti Lembah Indus di sebelah Timur, dan dari Laut Aral sehingga ke Cyrene di Libya moden, termasuk Asia Barat dan Mesir.
Empayar Achaemenid dipecahkan menurut Wilayah. Di sebelah timur ia termasuk, dari utara sehingga ke selatan, Khwarizm selatan Laut Aral, Sogdiana di muara Sungai Syr Dar’ya, Arachosia dan Gedrosia di Baluchistan, dan Bactria, Margiana, dan Gandhara di Afghanistan. Penaklukan ini dirangsang oleh keinginan Cyrus bagi sempadan yang stabil menghadapai Scythians, dan juga keinginan kepentingan imperial bagi merampas dan menguasai jajahan. Polisinya termasuk mengasaskan penempatan di sempadan, yang mana bandar Cyropolis yang terletak di lembah Sungai Syr Dar’ya paling terkenal.
Pada akhir kurun ke-enam B.C.E., raja yang menggantikannya, Darius Agung (r. 522–489 B.C.E.), memimpin kempen di timur yang dikatakan sampai ke persisiran Laut Aral. Dalam beberapa tahun yang berselang,pihak Parsi menakluk kawasan yang kini utara Pakistan, dan tentera dari provinces timur menjadi penting dalam tentera Achaemenid. Empayar ini berakhir dengan kekalahan Darius III pada ALEXANDER THE GREAT dalam Pertempuran Gaugamela (Iraq moden) pada tahun 331 B.C.E.
Kesan peninggalan Empayar Achaemenid[sunting | sunting sumber]
Sepanjang pemerintahan Empayar Achaemenid selama dua kurun telah banyak membantu perhubungan budaya antara pusat dan timur. Orang-orang Scythian, Bactrian, Arachosian, Gandharan, dan India kesemuanya digambarkan di ukiran di Persepolis, pusat istiadat Parsi di kini selatan Iran moden. Puak Scythians digambarkan dengan ciri-ciri biasa mereka, mengenakan topi meruncing dengan pedang pendek; puak Bactrian dipaparkan memegang cawan dan memandu unta Bactrian dengan loceng pada lehernya. Orang-orang India mengenakan ikat kepala dan kain pendek dan membawa bekas dalam bakul yang disandang dari galang kayu yang digalas di atas bahu, sama yang seperti masih dilihat masa kini di India. Pergaulan dan pengembaraan ini mendedahkan peserta pada empayar terbesar di dunia, membabitkan pengetahuan mengenai skrip Aramaic dan kaedah pentadbiran. Kedua-duanya memudahkan pengukuhan hasil penaklukan Alexander Agung dan pasukannya.
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- Briant, P. From Cyrus to Alexander:A History of the Persian Empire. Winona Lake, Ind.:
- Eisenbrauns, 2002; Dandamaev, M. A. Political History of the Achaemenid Empire (Ancient Near East).
- Leiden: Brill, 1997; Dusinberre, E. R. M. Aspects of Empire in Achaemenid Sardis.
- Cambridge: Cambridge University Press, 2003.
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Wangsa Achaemenid |
![]() |
Cari Wangsa Achaemenid dalam Wikikamus bahasa Melayu, kamus bebas. |
- Livius.org on Achaemenids
- ČIŠPIŠ
- The Behistun Inscription
- Livius.org on Achaemenid Royal Inscriptions
- Achaemenid art on Iran Chamber Society (www.iranchamber.com)
- Persepolis Fortification Archive Project
- Photos of the tribute bearers from the 23 satrapies of the Achaemenid empire, from Persepolis
- Ancient Civilization > Ancient Iran > Dynasty Achaemenid
- Iran, The Forgotten Glory - Documentary Film About Ancient Iran (achaemenids & Sassanids)
- Achemenet The major electronic resource for the study of the history, literature and archaeology of the Persian Empire
- Persepolis Before Incursion (Virtual tour project)
- Musée achéménide virtuel et interactif (Mavi) Diarkibkan 2006-11-26 di Wayback Machine a vast "Virtual Interactive Achemenide Museum" of more than 8000 items, dedicated to the inheritance of the Persian Empire, from Cyrus the Great to Alexander, is now accessible on the Internet thanks to the initiative of a College de France professor, Pierre Briant.
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.