99 Cahaya di Langit Eropa (filem)
99 Cahaya di Langit Eropa | |
---|---|
Pengarah | Guntur Soeharjanto |
Penulis | Alim Sudio Hanum Salsabiela Rais Rangga Almahendra |
Berdasarkan | 99 Cahaya di Langit Eropa oleh Hanum Salsabiela Rais & Rangga Almahendra |
Dihasilkan oleh | Yoen K (Penerbit Eksekutif), Ody M Hidayat |
Dibintangi | Acha Septriasa Abimana Aryasatya Raline Shah Nino Fernandez Dewi Sandra Marissa Nasution Alex Abbad Geccha Tavvara |
Disunting oleh | Ryan Purwoko |
Muzik oleh | Cahaya di Langit Itu – Fatin Shidqia Cipt. Nukke Kusumadewi |
Diedarkan oleh | Maxima Pictures |
Tarikh tayangan | 29 November 2013 (premier)[1] 5 Disember 2013 (terbit) |
Masa tayangan | 100 minit |
Negara | Indonesia |
Bajet | Rp 15 bilion[2] |
Pecah panggung | Rp 35,7 bilion |
99 Cahaya di Langit Eropa ialah filem drama agama tahun 2013 dari Indonesia. Filem ini merupakan filem ke-40 yang dikeluarkan oleh Maxima Pictures. Filem drama ini diadaptasikan daripada novel dengan nama yang sama oleh Hanum Salsabiela Rais dan Rangga Almahendra[3] dan merupakan filem Maxima Pictures yang termahal ketika penanyangan, dengan bajet melebihi Rp 15 bilion.[2]
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Filem ini mengisahkan pengalaman seorang wartawan dari Indonesia yang menemani suaminya menjalani pengajian kedoktoran di Vienna, Austria dan menceritakan cara mereka menyesuaikan diri, bertemu dengan pelbagai kawan sehingga akhirnya membawa mereka ke jejak Islam di benua Eropah yang dibawa oleh orang Turki pada era Merzifonlu Kara Musiitafa Pasha daripada Empayar Uthmaniyyah.[4]
Watak dan pelakon
[sunting | sunting sumber]- Acha Septriasa sebagai Hanum Salsabiela Rais,[3] seorang wartawan Indonesia yang selama tiga tahun menemani suaminya, Rangga Almahendra yang sedang menuntut pengajian kedoktoran, kemudian mula mengenali sejarah dan pengaruh Islam yang dibawa oleh bangsa Turki dalam era Empayar Uthmaniyyah di Eropah, dari Vienna, Paris hingga Istanbul.
- Abimana Aryasatya sebagai Rangga Almahendra, Suami Hanum yang sedang melanjutkan pelajaran kedoktoran di Universiti di Vienna, Austria.
- Raline Shah sebagai Fatma Pasha, seorang muslimah berketurunan Turki yang dikenali oleh Hanum di Austria.
- Dewi Sandra sebagai Marion Latimer, seorang mualaf yang bekerja sebagai saintis di Institut Dunia Arab Paris.
- Alex Abbad sebagai Khan, seorang pemuda Islam dari Pakistan yang merupakan pelajar kedoktoran dan kawan rapat Rangga.
- Nino Fernandez sebagai Stefan, pelajar kedoktoran dan kawan rapat Rangga di kampus.
- Marissa Nasution sebagai Maarja, watak yang berkonflik dengan Rangga dan Khan kerana sudut pandangan yang berbeza.
- Geccha Tavvara sebagai Ayse,[3] puteri dari Fatma.
- Fatin Shidqia sebagai dirinya
- Dian Pelangi sebagai dirinya
- Hanum Salsabiela Rais sebagai dirinya
Ulsan dan kritikan
[sunting | sunting sumber]Filem ini mendapat pujian daripada Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono semasa tayangan perdana di Djakarta Theatre pada 29 November 2013.[1]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b Presiden Puji Film 99 Cahaya di Langit Eropa
- ^ a b Pengakuan produser film Ody M Hidayat saat sesi tanya jawab di Indonesian Film Festival Melbourne, 28 April 2014.
- ^ a b c Daftar Pemain Film 99 Cahaya di Langit Eropa
- ^ Film 99 Cahaya di Langit Eropa di FilmIndonesia.or.id