A. P. Moller-Maersk Group
55°41′14.81″U 12°35′53.28″T / 55.6874472°U 12.5981333°T
| Nama asli | Maersk |
|---|---|
| Jenis/bentuk sah | Awam OMX: MAERSK A MAERSK B |
| ISIN | DK0010244508 |
| Industri | Pengangkutan, Tenaga, Offshore, Peruncitan, Perindustrian, Perbankan |
| Ditubuhkan | 1904 |
| Pengasas | Arnold Peter Møller |
| Ibu pejabat | Copenhagen, Denmark |
| Tokoh penting | Nils Smedegaard Andersen (CEO) Michael Pram Rasmussen (Pengerusi lembaga) |
| Keluaran | Perkapalan |
| Hasil | US$61.211 bilion (2008) |
| Pendapatan kendalian | 30,860,000,000 Dolar Amerika Syarikat (2022) |
| Pendapatan bersih | ▲US$3.462 bilion (2008) |
| Modal | 25,256,000,000 Dolar Amerika Syarikat (2018) |
| Jumlah aset | 56,600,000,000 Dolar Amerika Syarikat (2018) |
| Jumlah ekuiti | 33,392,000,000 Dolar Amerika Syarikat (2018) |
| Pemilik | A.P. Møller Holding, A.P. Møller og Hustru Chastine McKinney Møllers Familiefond, Den A.P. Møllerske Støttefond |
| Bilangan kakitangan | 120,000 (2009) |
| Syarikat induk | A.P. Møller Holding |
| Anak syarikat | Maersk Air, Maersk Air UK, Odense Steel Shipyard, Maersk Line, Maersk Drilling, APM Terminals, Farrell Lines, Safmarine, Suez Canal Container Terminal, Poti Sea Port, Maersk Tankers, Mærsk Supply Service, Total E&P, Aliança Navegação e Logística, Maersk Drilling, Roulunds Fabrikker |
| Tapak web | www.maersk.com |
| sunting · sunting di Wikidata | |

A.P. Moller - Maersk Group (bahasa Denmark: A.P. Møller - Mærsk Gruppen) atau Maersk ialah sebuah syarikat konglomerat dari Denmark.[1] Maersk menjalankan aktiviti perniagaan dalam pelbagai sektor terutamanya pengangkutan dan tenaga. Ia merupakan syarikat pengendali kapal kontena dan kapal pengangkut yang terbesar di dunia.[2] A.P. Moller - Maersk berpangkalan di Copenhagen, Denmark, dengan syarikat subsidiari dan pejabat urusan di 130 negara di dunia dan tenaga kerja sekitar 12,0000 orang.[1] Ia disenaraikan pada kedudukan 106 dalam Fortune Global 500 pada tahun 2009.[3]
A.P. Moller - Maersk Group bermula dengan syarikat perkapalan Dampskibsselskabet Svendborg yang diasaskan oleh kapten Peter Mærsk-Møller dan anaknya Arnold Peter Møller di Svendborg, pada tahun 1904.[1]
Aktiviti perniagaan A.P. Moller - Maersk boleh dibahagikan kepada lapan segmen perniagaan:[1]
- Perkapalan, kontena dan aktiviti berkaitannya - Maersk Line, Safmarine, Damco, Maersk Line, Limited (berpangkalan di Amerika Syarikat) dan lain lain lagi.[4]
- Terminal kontena - APM Terminals International yang berpangkalan di Den Haag, Belanda mengendalikan sehingga 50 terminal kontena di seluruh dunia.
- Kapal tangki, kapal pesisir - Maersk Tankers, Maersk Supply Service, Maersk Drilling, Maersk FPSOs, Maersk LNG, Svitzer dan Norfolkline.[4]
- Industri minyak dan gas - Maersk Oil (bahasa Denmark : Mærsk Olie og Gas A/S)
- Peruncitan - Dansk Supermarket Group - mengoperasikan rangkaian pasaraya Bilka, Føtex, F. Salling dan Netto.[4]
- Pembinaan kapal - Odense Steel Shipyard Group mengoperasikan limbungan-limbungan Odense Steel Shipyard, Denmark; Loksa Shipyard, Estonia; Baltija Shipbuilding Yard JSC, Lithuania; UAB Baltic Engineering Centre, Lithuania.[4]
- Syarikat industri yang lain - Rosti (pengeluar produk plastik), Star Air (syarikat penerbangan)
- Perbankan - A.P. Moller - Maersk memegang 20% saham dalam Danske Bank, antara bank terbesar di Scandinavia.[4]
Nota
[sunting | sunting sumber]- 1 2 3 4 "Maersk Tanker's website". Maersk.com. 2007. Dicapai pada 2007-12-04.
- ↑ "Container shipping". Economist.com. 2005-05-11. Dicapai pada 2007-12-04. Cite has empty unknown parameter:
|coauthors=(bantuan) - ↑ "Fortune 500". Fortune. 2009. Dicapai pada 2009-07-13.
- 1 2 3 4 5 "Annual Report 2008". shareholders.maersk.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-07-17. Dicapai pada 2009-07-20.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- Peter Suppli Benson, Bjørn Lamnek and Stig Ørskov: Mærsk · manden og magten, Politiken Bøger, 2004 ("Maersk · The Man and Power", in Danish).
- Lotte Folke Kaarsholm, Cavling Prize recipient Charlotte Aagaard (Information) and Osama Al-Habahbeh (Al-Jazeera in Denmark): Iraqi Port Weathers Danish Storm, CorpWatch, 31/1/2006.
- Christian Jensen, Tomas Kristiansen and Karl Erik Nielsen: Krigens købmænd, Gyldendal, 2000 ("The Merchants of War", in Danish).
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Koordinat tiada di Wikidata
- Syarikat yang tersenarai dalam bursa OMX
- Syarikat Denmark
- Syarikat perkapalan
- Syarikat perkapalan Denmark
- Syarikat minyak dan gas Denmark
- Jenama Denmark
- Syarikat pengendalian pelabuhan
- Syarikat pengangkutan dan pengedaran
- Syarikat perkapalan kontena Denmark
- Syarikat perkapalan tangki
- Syarikat perkapalan gas
- Syarikat perkapalan bekalan
- Pengendali FPSO
- Syarikat yang berpusat di Norfolk, Virginia
- Syarikat yang ditubuhkan pada 1904
