ADiB (penyanyi)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
ADiB
Adib wearing a glasses while posing for his photoshoot
Latar belakang
Nama lahirSyed Muhammad Adib bin Syed Rahiman
Juga dikenali sebagai
ADiB
Kelahiran (1995-07-25) 25 Julai 1995 (umur 24)
Rembau, Negeri Sembilan Negeri Sembilan, Malaysia Malaysia
GenrePop, R&B
PekerjaanPenyanyi
Pencipta lagu
Penulis Lirik
InstrumenVokal
Tahun aktif2015 - kini
Syarikat rakaman
Map Music Malaysia
Kegiatan berkaitan
Alif Sleeq , Ainan Tasneem

Syed Muhammad Adib Bin Syed Rahiman (Jawi: سيد محمد اديب بن سيد رحيما) atau lebih dikenali sebagai ADiB (lahir 25 Julai 1995) merupakan penyanyi dan komposer lelaki dari Malaysia. Mempunyai suara berjenis Alto dengan range G3-E6. beliau kini tampil dengan single Matamu hasil duet bersama Alif Sleeq dan Deanna Zully.

Latar Belakang[sunting | sunting sumber]

[1]

Sejak dari tadika beliau mula meminati bidang nyanyian dengan memasuki pertandingan Nasyid mewakili tadika beliau. dan bila masuk sahaja Sekolah Menengah, beliau mula bergiat aktif dengan memasuki bermacam macam pertandingan nyanyian dan mewakili sekolah hingga ke peringkat daerah.Beliau bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Mantin, Negeri Sembilan , Malaysia .

Beliau juga pernah memasuki ujibakat Akademi Fantasia pada tahun 2014 dan hanya sampai ke saringan ke 2 sahaja. namun itu tidak mematahkan semangat beliau untuk membuktikan bakat nyanyian beliau.

ADiB mula menghasilkan lagu pada umur 13 tahun dengan menggunakan komputer ribanya. pada tahun 2013, ADiB telah menghasilkan lagu raya untuk Ainan Tasneem yang bertajuk Bersama Di Hari Raya atas terbitan MVM Production. selepas dari itu beliau terus menghasilkan lagu dan menghantar demo lagu kepada syarikat rakaman tempatan.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Kesal EP (2015)[sunting | sunting sumber]

Pada November 2015, beliau telah menghasilkan EP pertamanya yang berjudul KESAL. EP tersebut mengandungi 3 buah lagu antaranya "Aku" , "Gembira" . Kesal EP adalah hasil sepenuhnya dari beliau dengan hanya menggunakan komputer ribanya sahaja.

ADiBXHAFIZ - Manusia EP (2015)[sunting | sunting sumber]

Pada November 2015 juga, beliau telah bekerjasama dengan rakan muziknya (Hafiz) , untuk menghasilkan EP bertajuk Manusia. EP ini mengenengahkan mesej dan ragam Manusia. antara lagu di dalam EP ini adalah "Jalan Lenggang" , "Jangan Lepaskan" , "SETAN" .

Dari segi komposisi lagu, secara keseluruhan, melodi dan gubahan muzik dilakukan oleh ADiB, dan lirik oleh Hafiz (kecuali "SETAN" dan "Budak Gemok" yang ditulis sepenuhnya oleh ADiB)

Artis Rakaman (2016)[sunting | sunting sumber]

Pada April 2016, secara rasminya ADiB dilamar oleh MAP Music Malaysia yang akan berkerjasama dalam membantu beliau dari segi promosi dan pengurusan. Peluang ini diperoleh beliau atas kepercayaan pihak Map Music ke atas beliau dari segi penulisan lagu dan penghasilan lagu. Beliau juga merasakan ini adalah langkah untuk beliau menjejakkan kaki selangkah kehadapan di dalam industri muzik Malaysia.

Matamu (Debut Single)[sunting | sunting sumber]

Pada Disember 2016, Adib telah mengeluarkan Debut Single pertama beliau. ini merupakan lagu pertama beliau yang bakal di mainkan di corong radio. Matamu adalah hasil ciptaan Adib dan Alif Sleeq. lagu ini dirakam di studio milik Alif Sleeq iaitu Magic Potions. lagu ini berdurasi 3 minit dan 39 saat. Di dalam lagu ini juga, Alif Sleeq turut tampil dengan Rapnya dan Deanna Zully sebagai penyanyi latar. ianya bergenre R&B / Soul . Pada 24 November 2016, Video lirik rasmi Matamu telah di muat naik di Saluran Youtube Map Music Malaysia.


Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album EP[sunting | sunting sumber]

Tahun Album Jenis
2015 KESAL EP Solo
2015 Manusia EP Solo

Single[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk lagu Edaran Durasi Genre Penulis Penerbit Penerbit Eksekutif Studio Rakaman Pembelian Digital dan Muzik streaming?
2016 "Matamu ft. Alif Sleeq & Deanna Zully" Magic Potions , Media Asia Production Sdn Bhd (Map Music Malaysia) 03:39 minit R&B , Soul Adib , Alif Sleeq Alif Sleeq B.Y Teoh Magic Potions Ya, itunes ,Spotify , dll

Carta[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Kedudukan Tertinggi Nota
ERA FM
[2]
Hot FM
[3]
JOOX
[4]
2016 "Matamu" 6 1

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Syed Muhd Adib bin Syed Rahiman bakat baru yang ingin dikenali dengan Adib merupakan anak kelahiran Negeri Sembilan. Adib yang merupakan anak tunggal ini mula meminati muzik seawal umur 13 tahun lagi. Beliau yang menjejaki bakat bapanya yang merupakan seorang komposer dan Adib juga pernah mencipta lagu untuk Ainan Tasneem bertajuk ‘ Bersama Di Hari Raya’ pada tahun 2013. "Map Music Artist", ADiB, 29 Disember 2016, dicapai 8 bulan lalu.
  2. ^ "Lagu Baru Nak Up". ERA FM. 
  3. ^ "Lokal Hot". Hot FM. 
  4. ^ "Player Ranking". JOOX APP. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]