Abdul Hadi Yahya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Abdul Hadi Yahya
Maklumat peribadi
Nama penuh Abdul Hadi Yahya
Tarikh lahir Mac 6, 1985 (1985-03-06) (umur 32)
Tempat lahir Klang, Selangor, Malaysia
Posisi permainan Penyerang
Maklumat kelab
Kelab terkini Perak FA
Nombor 7
Kerjaya remaja
2005 Piala Presiden Selangor FA
Kerjaya senior*
Tahun Pasukan Kmncln (Gol)
2006-2007
2007-2008
2009-2010
2010-2011
2011-2012
2013
Selangor FA
PKNS FC
Kuala Lumpur FA
PBDKT T-Team FC
Terengganu FA
Perak FA
0  ? 0 (?)
0 ? 0 (?)
32 (14)
0 ? 0 (?)
26 (20)
Pasukan kebangsaan
2011 - kini Malaysia Malaysia 05 (2)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga Jun 8, 2011.

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga Oktober 15, 2012

Abdul Hadi Yahya (lahir pada Mac 6, 1985 di Klang, Selangor) adalah pemain Bola Sepak Kebangsaan Malaysia yang bermain untuk pasukan Perak FA. Beliau bermain di posisi Penyerang.

Karier[sunting | sunting sumber]

Hadi memulakan kerjaya bolasepaknya di pasukan Piala Presiden Selangor FA dan mula mewakili pasukan senior pada tahun 2006. Beliau telah meningaalkan pasukan negeri kelahirannya pada tahun 2007 untuk menimba lebih banyak pengalaman, dan telah mewakili pasukan PKNS FC dan Kuala Lumpur FA.

Hadi kemudian berhijrah ke Pantai Timur untuk mewakili kelab PBDKT T-Team FC dalam Liga Super musim 2010. Untuk musim 2011, beliau bermain dengan pasukan negeri Terengganu. Di sini Hadi memperlihatkan kehebatannya sebagai seorang penyerang, dengan menjaringkan 20 gol untuk memenangi Kasut Emas penjaring terbanyak liga,[1] dan membantu Terengganu menduduki tempat naib juara liga di belakang Kelantan FA.

Pasukan kebangsaan[sunting | sunting sumber]

Prestasi hebat Hadi dalam liga dalam tahun 2011 membuatkan beliau telah dipanggil mewakili pasukan kebangsaan Malaysia. Hadi membuat penampilan antarabangsa pertama sebagai pemain gantian, dan menjaringkan gol pertama beliau untuk Malaysia dalam tempoh 6 minit setelah dimasukkan, dalam perlawanan persahabatan menentang Hong Kong pada 3 Jun 2011.[2][3]

Gol-gol senior antarabangsa[sunting | sunting sumber]

# Tarikh Tempat Lawan Jaringan Keputusan Pertandingan
1. Jun 3, 2011 Padang Sukan Siu Sai Wan, Hong Kong  Hong Kong 1-1 Seri Persahabatan
2. Julai 23, 2011 Stadium Jalan Besar, Singapura  Singapura 3-5 Kalah Kelayakan Piala Dunia FIFA 2014 – Pusingan Kedua AFC

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]