Abdul Karim Amrullah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Haji Abdul Karim Amrullah, juga digelar sebagai Haji Rasul atau Muhammad Rasul, adalah seorang reformis Islam terkenal di Sumatera, Indonesia. Beliau dilahirkan di desa Kepala Kabun, Nagari Sungai Batang, Maninjau, Agam, Sumatera Barat pada 10 Februari 1879. Ayahnya bernama Syeikh Muhammad Amrullah, seorang Syeikh dari tarekat Naqsyabandiyah. Ibunya pula bernama Tarwasa.[1]

Pada tahun 1894 beliau telah dihantar oleh bapanya ke Makkah untuk menimba ilmu agama Islam, beliau kemudiannya berguru dengan Syeikh Ahmad Khatib Al-Minangkabawi yang pada waktu itu menjadi guru dan Imam Masjidil Haram.

Pada tahun 1925, sekembalinya beliau ke Jawa, beliau telah mengembangkan cabang organisasi Muhammadiyah di Minangkabau, iaitu di Sungai Batang, kampung halamannya.

Haji Abdul Karim Amrullah meninggal dunia pada tanggal 2 Jun 1945.

Salah seorang puteranya, iaitu Buya Hamka (Haji Abdul Malik Karim Amrullah), dikenali banyak orang sebagai ulama besar dan tokoh sasterawan Indonesia angkatan Balai Pustaka[2]

Catatan kaki[sunting | sunting sumber]

  1. H Abdul Karim Amrullah, Penyeru 'Revolusi Jiwa' Republika Online
  2. HAMKA (Haji Abdul Malik Karim Amrullah) Ensiklopedi Tokoh Indonesia. Dicapai 14 Oktober 2009