Syeikh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Sebahagian siri
Usul al-fiqh

Fiqh
Hukum dalam Islam
  • Batil — tidak sah, tidak betul
  • Fasiq — rosak ahklak
Gelaran cendekiawan

Syeikh, juga ditulis Sheik, Cheikh, Sheik, Shaykh, Shaikh, Sheekh, Sheyh, Šeih, Şeyh dan kelainan lain (Arab: شيخshaykh; (Urdu شیخ, Shiekh); j. شيوخshuyūkh), ialah suatu perkataan atau istilah hormatan dalam bahasa Arab yang secara harfiahnya bererti "sarjana". Ia lazimnya digunakan untuk merujuk kepada orang tua suatu kaum, orang bijaksana yang dihormati, atau sarjana Islam. Walaupun gelaran ini umumnya merujuk kepada lelaki, ada juga bilangan kecil syeikh wanita dalam sejarah.

Penggunaan keagamaan[sunting | sunting sumber]

Istilah ini lazim digunakan oleh Muslim bagi menyapa orang-orang berilmu dalam pelbagai bidang seperti ahli fikah, mufti, dan ahli hadis, dan secara amnya bagi menunjukkan rasa hormat kepada pihak berkuasa agama.

Istilah ini juga sedang dan telah digunakan di wilayah tertentu di bahagian Afika Islam, oleh raja-raja Muslim dalam kerajaan maharaja Bela Shangul di Ethiopia dan juga orang kenamaan Islam di Wollo, Tigray dan Eritrea. Di Somalia istilah ini merujuk kepada semua orang alim.