Abdul Malik Ab Razak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Abdul Malik Ab Razak
Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia
Dalam jawatan
2014–2015
Butiran peribadi
LahirAbdul Malik bin Ab Razak
(1993-03-31) 31 Mac 1993 (umur 31)
Dikenali keranamenjadi Setiausaha Akhbar Presiden PAS, Abdul Hadi Awang

Abdul Malik Ab Razak ialah seorang ahli politik di Malaysia. Beliau merupakan Setiausaha Akhbar kepada Presiden PAS, Haji Abdul Hadi Awang sejak 2017[1]. Ketika bergelar mahasiswa, beliau pernah dilantik sebagai Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia[2].

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Abdul Malik dilahirkan pada 31 Mac 1993. Beliau pernah melanjutkan pengajian di Fakulti Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)[3]. Beliau telah dilantik sebagai Setiausaha Akhbar kepada Presiden PAS, Haji Abdul Hadi Awang sejak 2017[1]. Beliau telah dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) bagi sesi 2019–2021[4]. Bagi sesi 2021–2023, beliau sekali lagi dipilih sebagai AJK DPPM dan menggalas tugas sebagai Pengarah Jabatan Pembangunan Graduan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Mesyuarat Khas PAS Pusat: Lantikan AJK Kerja PAS Pusat, Pesuruhjaya dan Pengerusi/Timb. Pengerusi Lajnah-Lajnah". PAS. 6 Mei 2017. Dicapai pada 24 November 2021.
  2. ^ "Gamis gesa k'jaan batal konsert Mariah Carey". Malaysiakini. Ogos 5, 2014. Dicapai pada 24 November 2021.
  3. ^ Abdul Malik Ab Razak (Disember 2, 2013). "Terus membisu pada tangisan Rohingya". Malaysiakini. Dicapai pada 24 November 2021.
  4. ^ "Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) Sesi 2019-2021". PAS. 23 Jun 2019. Dicapai pada 24 November 2021.