Presiden Parti Islam Se-Malaysia
Presiden Parti Islam Se-Malaysia | |
---|---|
Gelaran | Yang Berhormat |
Pembentukan | 1951 |
Pemegang pertama | Ahmad Fuad Hassan (Sebagai Yang Dipertua PAS) |
Presiden PAS merujuk kepada jawatan eksekutif tertinggi dalam Parti Islam Se-Malaysia. PAS adalah sebuah parti politik dan gerakan Islam di Malaysia, merupakan salah sebuah parti pemerintah bagi kerajaan Persekutuan dan merupakan kerajaan di negeri Terengganu dan Kelantan di Malaysia pada pilihan raya umum Malaysia ke-14. Presiden pertama PAS ialah Ustaz Ahmad Fuad Hassan.
Sejarah[sunting | sunting sumber]
Jawatan ketua eksekutif PAS ini pada awalnya dikenali sebagai “Yang Dipertua PAS” sejak penubuhan PAS pada 1951, tetapi ekoran tumbuhnya cawangan-cawangan PAS mulai 1952, di mana ketua cawangan (sekarang kawasan) juga dikenali sebagai Yang Dipertua PAS, maka Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kedua pada 26-27 Ogos 1953 telah memutuskan bahawa jawatan ini dikenali sebagai “Yang Dipertua Agung PAS.”
Pada 1971, Timbalan Yang Dipertua Agung PAS, Ustaz Hassan Adli Mohd Arshad pernah mencadangkan jawatan Yang Dipertua Agung PAS ditukar kepada “Ketua Pimpinan PAS,” tetapi ditolak oleh Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan PAS 1971, yang menyebabkan nama asal terus digunakan sehingga 1987. Pindaan Perlembagaan PAS pada 1987 telah mengubah nama jawatan Yang Dipertua Agung PAS kepada “Yang Dipertua PAS Pusat,” sebelum ia dikenali sebagai “Presiden PAS” mulai 1993[1].
Tugas-tugas Presiden[sunting | sunting sumber]
Presiden mempunyai beberapa tugas sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan PAS[2], antaranya perlu bertanggungjawab sebagai ketua bagi melaksanakan pentadbiran, gerakan dan kegiatan PAS bagi mencapai tujuan-tujuan yang termaktub dalam Perlembagaan mengikut dasar yang diperuntukannya dan yang diputuskan oleh mana-mana badan yang diberi kuasa oleh Perlembagaan bagi menghurai, menjelas dan mentafsirkan dasar PAS serta membuat ketetapan-ketetapan mengenainya; bertanggungjawab ke atas semua kerja dan urusan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat serta menyelaraskan tugas-tugas Jawatankuasa Kerja PAS Pusat; melantik Setiausaha Agung, Penolong Setiausaha Agung, Bendahari, Ketua Penerangan, Ketua Pengarah Pilihan Raya dan Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja yang dilantik serta Pesuruhjaya-Pesuruhjaya PAS Negeri/Wilayah Persekutuan menurut peruntukan-peruntukan Perlembagaan ini di dalam dan dengan persetujuan mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat; mengambil apa-apa jua langkah yang perlu bagi menjamin perpaduan, persefahaman dan kesungguhan Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dalam menjalankan tugas masing-masing; dan menetap dan mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan Jawatankuasa Harian PAS Pusat.
Presiden juga berperanan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kewangan PAS[3].
Senarai Presiden PAS[sunting | sunting sumber]
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ Mohd Fadli Ghani (14 Januari 2018). "Presiden PAS: Ketua Eksekutif Yang Melaksanakan Dasar PAS". Ensiklopedia Harian PAS. Dicapai pada 29 September 2021.
- ^ Fasal 26 (1), Perlembagaan PAS
- ^ Fasal 76 (2)(a) Perlembagaan PAS